L ♥ I's Stories: Senang Saja Nak Smule

Senang Saja Nak Smule

/
5 Comments
February 13, 2017

Senang Saja Nak Smule

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Selamat malam semuaaa .. Kebelakangan nie kan , ramai jugak yang tanya Yana macam mana nak Smule ? Memang kena bagi nampak muka ka ? Malu laa , ehh sapa cakap wajib nampak muka ? Haa , kalau takmau versi video boleh audio kan .. Senang sangat caranya .. Ehem , nanti kalau dah create account untuk Smule meh la join Yana yee .. =P 

Okay , langkah pertama nak buka akaun untuk Smule haruslah install dulu aplikasi Smule dekat Playstore .. 

cara nak smule , smule

Aplikasinya , yang paling atas tu ye .. Memandangkan Yana dah installed sebab tu nampak macam tu .. Hehehe =))

Seterusnya , bila dah installed kenalah create account .. Senang jer , jangan risau Yana akan tunjukkan langkah demi langkah acewahhh .. Hehehehe ..

cara nak smule , smule

Dekat sini ada tiga cara nak daftar , sama ada link kan dengan Facebook , Google email ataupun nombor telefon .. Yana guna cara daftar melalui google email , sebab bila guna Facebook  dia akan secara automatik akan post ke Facebook kita punya recording .. Yana takmau semua sampai ke Facebook .. Jadi , Yana pilih guna google email .. 

cara nak smule , smule

Okay , bila dah siap semua dia akan keluar macam nie .. Sebelum tu ada benda Yana nak bagitau .. Dekat Smule nie awak anda boleh pilih sama ada nak jadi VIP ataupun tak .. Kelebihan VIP nie , anda boleh bernyanyi secara solo , open a collaboration dan join orang lain .. Sekiranya anda bukan VIP , hanya sekadar boleh join orang .. Boleh nak solo ataupun open a collaboration tapi kena unlocked dengan menggunakan kredit .. Ada caranya , Yana nak tunjukkan tak boleh sebab Yana VIP hee .. Oh ya , sebelum Yana lupa untuk jadi VIP caj sebanyak RM 3.50 akan dikenakan untuk sebulan ada juga untuk setahun tapi Yana tak ingat pula berapa .. Hee .. Okay , done bab VIP .. Meh la pilih lagu yang anda nak nyanyi tu , klik saja mana-mana lagu yang anda minat ..


Selepas dah pilih , dia akan naik macam nie .. Sekiranya , anda VIP boleh pilih keempat-empat tu .. Sekiranya tidak , kena pilih join someone else tu ataupun macam Yana cakap tadi kena unlocked lagu dengan menggunakan kredit ..


Haa , awal-awal  tadi Yana dah mentioned pasai nie .. Yana faham , bukan semua orang jenis tak malu macam Yana .. Haha .. Kalau anda nak versi video teruskanlah dengan nie .. Tunggu sampai perkataan "start" tu bertukar ke warna hijau pastu klik lahh start .. Sebelum tu , meh Yana nak kongsi sikit masa Yana memula main Smule  nie .. Yana pon maluu oii .. Nyanyi pon bisik-bisik .. Lama-lama dah tak berapa nak malu sampailah Yana dah berani buat video dan jemput orang .. Sebelum , Yana kalau smule video dengan Cik En sahaja , lepas tu perlahan-perlahan Yana joined orang lain sampailah satu  tahap Yana berani rekod video sendiri dan jemput orang .. =P


Mana yang malu-malu tu ?? Haa ,  senang ja tolak ke "off" pastu nanti jadilah versi audio .. Senang kan ? Malu sangattttt .. Hehehe =P


Haa nampak tak dah hijau "start" tu ? Apalagi , klik la dekat situ .. =))


Bila dah tekan "start" dia  akan jadi macam nie .. Yana pilih solo tadi jadi semua tulisan akan berwarna biru .. Sekiranya anda pilih untuk duet , ada dua warna tulisan biru dan kelabu .. Yang biru bahagian anda manakala yang kelabu rakan duet anda .. =)



Dah selesai nyanyi , dia akan jadi macam nie .. Jadi anda boleh lah pilih jenis audio macam mana yang anda nak .. Haa , pilihlah ikut tahap kesedapan yang diinginkan hehehe .. Kalau Yana , Yana akan amek warna ungu punya super studio audio nie khas untuk VIP sahaja .. Hehehe ... =P


Kadang-kadang suara dan muzik akan tidak sekata , jadi cara nak adjust klik dekat vocal out of sync tu .. Pastu adjust la dekat situ .. Kalau ke depan nak bagi cepat belakang bagi lambat .. Pastu , kalau nak bagi bergema suara tu boleh adjust dekat atas tu reverb and room size tu .. Tukarlah macam mana yang anda nak dan rasa ala-ala retis gituu .. Hee 


Okay , last but not least .. Tajukkan lah recording anda tu .. ikut suka sebenarnya nak tulis apa .. Tulis je la kata-kata yang minta orang join lagu tu atau apa-apa sajalah .. Hehehe .. Untuk yang memulakan sahaja ye , yang join orang tak perlu pon .. =) Akhir sekali tekan simpan , pastu klik saja yes untuk semua soalan dia .. Hahaha !!

ladyana274 , lyana ishak

Sekian sahajalah penerangan Yana mengenai cara untuk Smule  .. Siapa yang dah ada akaun tu pergilah join orang kat atas tu nyanyi .. Hee .. Sebelum nie Yana ada kongsi cara untuk simpan recording Smule .. Nie link nya : CARA MP3 KAN SMULE ..
















You may also like

5 comments:

  1. perna ada akaun smule ni tp btahan 2 hari je pastu buang wahahaha

    ReplyDelete
  2. owh boleh tak nampak muka rupanya...errr tapi smartphone dah tak cukup space....

    hehe

    ReplyDelete
  3. suka sungguh smule noh....hehe

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^