L ♥ I's Stories: Aku Dan Kacamata

Aku Dan Kacamata

/
6 Comments
March 20, 2017

Aku Dan Kacamata

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥



Haii selamat pagi .. Memandangkan Yana tak dapat nak melelapkan mata lagi .. Jadi , Yana decide nak kongsi sikit la cerita mengenai Yana dan kacamata .. Dulu kan masa Yana di bangku sekolah Yana teringin sangat nak berkacamata .. Sebab bagi Yana orang bila berkacamata nie nampak pandai , matang dan cantik .. Yana nak pakai takda sebab , mata Yana  dapat melihat dengan baik lagi .. Kadangg-kadang tu pernah la jugak pinjam cermin mata kawan punya nak sangat pakai cermin mata tu ..

Hmm , sepanjang Yana di bangku sekolah .. Alhamdulillah , Yana diberikan penglihatan yang sebaik-baiknya sampai cikgu dari jarak jauh pun Yana dah boleh nampak .. Jadi , Yana  bolehlah get ready and behave dengan semoleknya sebelum cikgu masuk kelas ..  Hahaha , Yana dulu bukannya baik sangat dekat sekolah ada juga nakalnya .. Nakal lah bukan jahat tau ? =P

Memandangkan Yana nak sangat lah kan berkacamata .. Nah , sekarang Allah dah kabulkan permintaan Yana .. Pada mulanya Yana segan nak buat sebab Yana takut orang ingat Yana mengada-ngada .. Yala , mereka kenal Yana tanpa cermin mata ..  Tetiba Yana nak pakai mesti orang akan rasa ehh dia nie rabun ka ? Dah la  masa Yana baru buat tu , masa tu jugaklah trend orang pakai bingkai cermin mata .. Yana cuba untuk tak buat , tapi makin lama makin Yana tak boleh nak fokus bila buat kerja .. Yana tak boleh nak tengok komputer lama-lama nanti mata Yana pedih .. Lepas tu , bila Yana tengok dari jauh mata belah kiri Yana agak kabur .. Mau .. Takmau Yana buat jugaklah ..

Pada mulanya , Yana rasa kekok la jugak nak pakai .. Takut orang tegur .. Pada awal-awal tu memang ada orang tegur dan Yana pon dah tak larat nak explain kat mereka .. Selamatlah tak lama lepas tu semua dah diam .. Yana sangkakan seronok berkacamata nie .. Padahal tak , rasa tak selesa sebab bila mata gatal nk kena buka , bila Yana minum air panas nanti cermin mata akan berkabus dan menghalang pandangan Yana .. Banyaklah benda tak seronoknya .. 

Nasihat Yana kat sini , kepada sesiapa sahaja yang mata dia masih elok tu .. Jagalah sebaik-baiknya .. Tak perlulah ada rasa teringin nak berkacamata .. Tak seronok mana pun .. Nak ber shawl pun susah .. Sebab nanti shawl akan jadi kembang tak cantik .. Yana bila pakai shawl pun Yana akan buat versi bawal sebab takmau bagi nampak kembang ..




You may also like

6 comments:

  1. pakai kaca mata pun masih cantik lagi yana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe .. terima kasih Nadia .. Nadia pun cantik manis ♥

      Delete
  2. Sy guna spek dari darjah 3! Best lg kalo tak pakai spek sebenarnya kan. Tp apa blh buat huhuhu. Nak pakai lena tak pandai pulak. Terpaksalah guna spek je memanjang. Tak nak pakai nanti tak nampak pulak. x'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe .. lagi awal Eeca pakai .. Yana baru tahun lepas .. Kan rasa selesa lagi bila tak pakai .. Kalo xpakai nnti plihatan terbatas pulak ..

      Delete
  3. Bab nak ber shawl tu betul..kembang jadinya,,hihihi..solusinya cermin mata sangkut kat luar je..huhuhuhu tapi kena hati2 takut jatuh la pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha .. sama la kita PC , kalau Yana pakai shawl Yana sangkut dekat luar tapi takut jugak kalau patah RM lagi =P

      Delete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^