L ♥ I's Stories: Cara Untuk Mengikhlaskan Dan Meredhai

COPY

Cara Untuk Mengikhlaskan Dan Meredhai

/
1 Comments
March 12, 2017

Cara Untuk Mengikhlaskan Dan Meredhai


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


Haiii .. Selamat malam semua kesayangan .. Sihatkah ?? Yana , alhamdulilah sihat .. Okay , malam nie Yana nak bercakap sikit mengenai ikhlas dan redha .. Yana tahu tak semua mampu untuk berbuat demikian .. Termasuk diri Yana sendiri , akan tetapi sekarang Yana sedang mencuba belajar untuk mengikhlaskan dan meredhai ..

Bila kita perlu mengikhlaskan dan meredhai ? Saat kita diuji dengan kehilangan sesuatu atau seseorang .. Ditipu , dianiya dan lain-lain lagi .. Tadi Yana ada cakap tak semua orang mampu untuk mengikhlaskan dan meredhai akan sesuatu benda .. Kenapa ianya terjadi ? Hal ini demikian kerana kita tidak meletakkan Allah  sebagai yang mutlak dalam hati kita .. Masih ada sekelumit dendam , hasad dengki dan pelbagai lagi lah aura negatif yang masih lagi "bertakhta" dekat hati kita ..

Yana nak cakap mengenai keikhlasan terlebih dahulu .. Macam mana kita nak tahu sama ada kita ikhlas ataupun tidak ? Senang saja caraya , meh Yana bagi satu situasi sekiranya anda memberi sesuatu kepada seseorang tanpa mengharap sebarang balasan dan tidak pernah sekelumit pun memikir mengenainya .. Itu tandanya anda betul-betul ikhlas memberi .. Bagaimana pula untuk mengikhlaskan pemergian seseorang ? Ramai yang akan kata dengan melupakannya .. Persoalannya , melupakan cara yang mana ? Melupakan dengan penuh dendam atau sebaliknya ? Yana akui sebagai insan biasa sukar untuk kita melupakan seseorang yang telah menganiaya kita tanpa sikit pun rasa benci dan dendam .. Tapi , ketahuilah sekiranya ia berlaku sedikit demi sedikit ia akan membunuh hati anda .. Cubalah mengikhlaskan pemergiannya sematkan di hati setiap apa yang berlaku ada hikmahnya .. Ingatlah bahawa kifarah itu wujud .. Allah tak pernah menutup mata untuk setiap perkara yang berlaku .. Mungkin masanya belum lagi tiba .. Dekatkan diri anda dengan Dia .. Tanamlah rasa cinta sepenuhnya kepada Dia .. Yakinilah akan kekuasaannya ..

Bagaimana pula dengan redha ? Sebenarnya tak jauh pun bezanya dengan ikhlas .. Belajarlah untuk melepaskannya .. Tenangkan lah hati anda gembirakannya dengan apa pun yang boleh menggembirakan .. Bagi Yana mungkin dengan keluar melihat pemandangan dan elakkan diri daripada bersendirian .. Setiap kali teringat saat bersama istighfar lah .. Minta Allah lupuskan kenangan itu dan hadirkan lembaran baru yang indah dalam hidup anda .. Itu yang Yana sedang lakukan sekarang .. Tapi Yana tak cukup kuat ada suatu masa Yana nak sangat Allah hilangkann ingatan Yana .. Nampak betapa ceteknya pemikiran Yana .. Tapi akhirnya Yana sedar , dan Yana sedang belajar untuk mengihlaskan dan meredhai .. Yana percaya ada sebab ia terjadi dan Yana sangat yakin akan hadir pelangi indah dalam hidup Yana suatu hari nanti .. =) ♥

Okay , Yana rasa cukuplah sampai sini Yana berceloteh .. In shaa allah ada masa dan umur yang panjang kita jumpa lagi ..


You may also like

1 comment:

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^