Grand Opening MBH Medispa - Sungai Petani

Tuesday, April 04, 2017

Grand Opening MBH Medispa - Sungai Petani


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


Hai ,, selamat malam semua .. Mesti kawan-kawan yang dekat instagram dengan facebook perasan kan pada hari Sabtu yang lalu bertarikh pada 1 April 2017 Yana dan rakan-rakan Blogger Utara dijemput untuk menghadiri majlis perasmian MBH Medispa di Sungai Petani .. Okay , malam nie Yana nak bercerita sedikit sebanyak mengenai majlis tersebut ..

grand opening MBH Medispa , MBH Medispa Sungai Petani , Blogger Utara
Antara Blogger Utara yang hadir semasa upcara perasmian pembukaan MBH Medispa Sungai Petani


Kami terdiri daripada 6 orang blogger mewakili Blogger Utara menghadiri majlis perasmian MBH Medispa Sungai Petani .. Setibanya kami di sana kami disambut mesra oleh salah seorang staf MBH Medispa Puan Zalia .. Suasana agak meriah , ramai jugak orang yang hadir ke majlis perasmian MBH Medispa di Sungai Petani .. Kami diberikan penerangan mengenai tentatif majlis tersebut .. Kemudian kami memulakan kerja kami dengan merekodkan setiap moment di sana .. 

yaya mohammad , pengasas MBH Medispa , MBH Medispa Sungai Petani
Puan Yaya Mohammad pengasas MBH Medispa


Okay dekat sini Yana nak ceritakan sedikit mengenai MBH Medispa nie .. Puan Yaya Mohammad merupakan pengasas MBH Medispa .. Puan Yaya merupakan anak kelahiran negeri Johor .. Kami , Blogger Utara difahamkan Puan Yaya menceburi bidang ini atas permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan rawatan wajah dan estetik .. Kami juga dimaklumkan bahawa ini bukanlah bidang beliau sebelum nie .. Puan Yaya merupakan seorang Jurutera sebelum beliau menceburi bidang ini .. Selain daripada itu , kami juga diberitahu MBH Medispa di Sungai Petani merupakan cawangan MBH Medispa yang ke 11 Yana nak kongsikan antara cawangan MBH Medispa yang terdapat di Malaysia 

  1. Bangi 
  2. Ampang
  3. Shah Alam
  4. Wangsa Maju
  5. Kota Damansara
  6. Cheras
  7. Melaka
  8. Ipoh
  9. Johor Bahru 
  10. Negeri Sembilan
dan yang terkini di Kedah , Sungai Petani .. In shaa allah Puan Yaya memaklumkan kepada kami MBH Medispa akan bertapak di Penang iaitu di Bertam ..

Okay , untuk entri ini Yana hanya akan menceritakan mengenai majlis upcara perasmian MBH Medispa di Sungai Petani sahaja ye .. In shaa allah entri akan datang Yana akan ceritakan dengan lebih terperinci mengenai MBH Medispa ..

Grand opening Mbh Medispa Sungai Petani , MBH Medispa
Antara orang ramai yang hadir untuk memeriahkan suasana

grand opening MBH Medispa , MBH Medispa Sungai Petani ,
Pendaftaran untuk mendapatkan rawatan kulit wajah
grand opening MBH Medispa , MBH Medispa Sungai Petani
Antara makanan yang disajikan kepada Blogger Utara
grand opening MBH Medispa , lisdawati , fareez mentor , qody mentor , MBH Medispa Sungai Petani
Sedikit ucapan daripada Lisdawati selaku selebriti yang diundang khas untuk merasmikan MBH Medispa Sg Petani
grand opening MBH Medispa Sungai Petani
Upcara perasmian oleh selebriti jemputan Lisdawati


Blogger Utara bersama pengasas MBH Medispa dan Lisdawati




qody mentor , fareez mentor , afiq yasin , MBH Medispa Sungai Petani , Blogger Utara
Blogger Utara bersama sama dengan artis jemputan Qody Mentor , Fareez Mentor dan duta MBH Medispa 2017 Afiq Yasin


Okay , sekian sahajalah perkongsian Yana mengenai majlis upcara perasmian pembukaan MBH Medispa di Sungai Petani .. In shaa allah di entri akan datang Yana akan menceritakan dengan lebih terperinci mengenai MBH Medispa .. Selamat malam

Sekiranya ada antara awak tu yang berminat nak dapatkan rawatan di MBH Medispa .. Alamat seperti yang tertera di bawah yaa ..

19, Jalan Cempaka 1, 
Bandar Amanjaya, 
08000 Sungai Petani, 
Kedah

018-299 9039

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai MBH Medispa sila layari laman sesawang di bawah beserta media sosial MBH Medispa seperti yang di bawah :

       Blog: www.mbhmedispa.com
  Facebook: MBH Medispa 
Instagram: mbh_medispa


You Might Also Like

11 comments

  1. Bestnyaaaa... nak ikuutt.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe .. Tak cakap nak ikot .. Kalau tak boleh ajak pi sekali heheh

      Delete
  2. Replies
    1. Kalau ada lagi meh join Farah hehehe ..

      Delete
  3. seronoknya dpt pergi event mcm ni. Boleh try spa tu nanti sbb selalu jugak turun sp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup best jugak .. Boleh kenal dengan ramai orang .. Try la pi eh , nampak best jugak spa nya .. =)

      Delete
  4. wow, jom buat treatment kat sini. macam menarik je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha .. jom kak mia .. wat 1k punya treatment .. =P

      Delete
  5. ada kat Wangsa Maju jugak...nnt nk usha jugak la..mana tau kot2 ada rezeki utk buat treatment kat situ...

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^