L ♥ I's Stories: Rawatan Pertama di MBH Medispa Sungai Petani

COPY

Rawatan Pertama di MBH Medispa Sungai Petani

/
5 Comments
April 25, 2017

Rawatan Pertama di MBH Medispa Sungai Petani

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semuaaa .. Okay hari nie Yana nak bercerita sikit mengenai pengalaman Yana buat treatment di MBH Medispa Sungai Petani .. Kalau nak buat sebarang rawatan pon kena buat appointment dulu tau .. Sebab MBH Medispa nie sentiasa sesak dengan pelanggan .. Yana dan kawan Yana  hampir - hampir saja tak dapat disebabkan beberapa miscommunication .. Tapi semuanya dapat diatasi .. Kami dapat buat treatment lebih kurang pada pukul 4 petang sampailah pukul 6.30 petang kalau tak salah Yana .. Yana dapat buat treatment nie sebab April lepas Yana ada dijemput untuk untuk menulis review mengenai grand opening MBH Medispa di Sungai Petani .. Selepas selesai task tu setiap blogger yang hadir diberi voucher sebanyak RM 1000 ..


Okay , mula-mula Yana dan kawan Yana diminta untuk isi borang .. Dalam borang tu dia minta keterangan peribadi kita , dan dalam borang tu juga kita diminta untuk tanda tangan sekiranya berlaku apa-apa pihak MBH Medispa tidak akan bertanggungjawab .. Dekat situ ada tertulis siapa yang boleh dan tidak boleh membuat rawatan dekat situ .. Bukan apa sekiranya ada yang sakit darah tinggi , darah rendah ke kencing manis ke sakit jantung ke memang tak sesuai lah untuk terima rawatan daripada MBH Medispa .. Lepas dah isi borang staf dekat situ memulakan dengan analisis jenis kulit kami ..


Apa yang awak semua nampak dalam gambar kat atas tu .. Kulit wajah Yana sedang dianalisis .. Selepas selesai sesi analisis staf MBH Medispa bagi tahu yang Yana mengalami masalah pori terbuka agak besar , masalah jerawat dari dalam dan masalah kulit kering .. Yana boleh pilih mana-mana treatment yang Yana nak sebab hampir semua treatment yang ada di situ sesuai dengan masalah kulit Yana .. Okay selepas Yana bincang dengan staf dekat situ Yana putuskan untuk ambil Mudnetic Detox Facial , Luminious Skin Treatment dan MBH Bubble Facial , Yana diberitahu bahawa MBH Bubble Facial merupakan yang terbaru .. 

staf MBH Medispa memberi penerangan mengenai masalah kulit



Okay ,, selepas selesai dengan analisis kulit dan selesai memilih treatment yang kami nak .. Yana dan kawan Yana dibawa ke bilik yang nak dibuat rawatan tu .. Kebanyakkan rawatan dekat sini menggunakan mesin .. Mula - mula dia cuci dahulu muka Yana , remove make up Yana .. Selepas dah selesai dia buat urutan dekat muka Yana dengan menggunakan mesin .. Selepas urutan muka selesai dia steam muka Yana dengan bertujuan untuk membuka pori muka Yana .. Lepas dah settle part steam staf MBH vacum Yana punya white head masa nie tak sakit sangat .. Lepas tuuuuu , haa dia picit white head Yana sakit uii .. Nak pulak dekat tepi-tepi hidung tuu sakitnya Tuhan saja yang tau .. Heheh okay Yana overrr .. Lepas dah selesai picit Yana punya white head sekali lagi dia vacum sel kulit mati Yana .. Tak sakit proses proses men vakum sel kulit mati tu , sakit lagi masa dia picit white head menitis air mata Yana =P ..




Okay , selepas dah selesai dengan men vakum tadi proses seterusnya dia letak mud dekat muka Yana dan dibiarkan selama lebih kurang 10-15 minit .. Mud tersebut bukan dicuci macam biasa tetapi disedut menggunakan magnet .. Haa , mesti hairan kan macam mana tu ? Tak apa diakhir entri Yana akan tunjukkan .. =) Selepas cukup 15 minit kalau tak salah Yana staf MBH Medispa menggunakan live magnet untuk menarik mask mud dekat muka Yana tadi disusuli dengan urutan muka .. Dua langkah terakhir ialah penggunaan mesin LED untuk wajah dan pemakaian soothing lotion , dan juga pelindungan UV ..  Siapppp !! Yana rasa ringan dan bersih saja muka Yana selepas rawatan Mudnetic Detox Facial lagi dua treatment menanti Yana .. Mungkin dalam bulan puasa atau selepas raya lah pulak Yana pi .. Jangan risau semestinya Yana akan update dekat sini ..

Okay dekat bawah nie Yana ada sertakan sedikit maklumat mengenai Mudnetic Detox Facial ..

Apakah itu Mudnetic Detox facial?
.

.
• Mudnetic Detox Facial ialah rawatan terbaru di MBH Medispa yang unik kerana ia bersifat magnetic dan mempunyai kuasa detox.
.
.
Apa istimewanya rawatan ini berbanding rawatan lain?
.
.
Istimewanya rawatan ini ialah kerana ada dua perkara asasnya iaitu pertama
.
.
(1) sifat bahannya yang unik iaitu bersifat magnetic dan kedua
(2) khasiat utama rawatan ini iaitu menyingkirkan toksin pada wajah untuk pembersihan wajah yang maksimum dan dapat meneutralkan wajah yang selama ini penuh dengan kotoran yang berasid.
.
.
Bagaimanakah rawatan ini dilakukan?
.
.
Rawatan detox wajah yang lengkap bermula dari :
• mencuci wajah,
• urutan seluruh wajah,
• proses steamer,
• vacuum wajah,
• proses extraction,
• pemakaian sodium chloride
• mesin microdermabrasion,
• pemakaian magnetic mud mask selama 15 minit,
• menggunakan live magnet untuk menarik masker dari wajah,
• urutan wajah,
• penggunaan mesin LED untuk wajah,
• Memakai soothing lotion dan pelindung UV.
.
.
Apakah fungsi magnet di dalam rawatan ini?
.
.
Live magnet digunakan untuk menarik masker lumpur yang telah menyerap semua toksin dan kekotoran dari wajah. Rawatan ini menggunakan kaedah “menarik” kekotoran kerana mahu menghalang kekotoran dari tersumbat semula ke dalam liang roma. Kaedah ini amat penting untuk kuasa pembersihan wajah yang maksimum.
.
.
Kak mie cakap tos terang tau, korang buat la apa rawatan sekalipun, skincare mahal nauzubillah tapii tapii tapiii KALAU MUKA TAK DETOX, DENGAN SISA MERKURI YANG HAMPA PENAH PAKAI DULU MASIH TAK HILANG, confirm pasti lagi wajib korang punya muka TAKKAN ADA RESULT!
.
.
Sooo detox muka paling wajib paling kak mie suggest untuk dapatkan best result untuk next next treatment taw.
.
( nie Yana ambil daripada page MBH Medispa Sungai Petani , untuk keterangan lanjut awak semua boleh refer dekat sini MBH Medispa Sungai Petani )

Tadi Yana cakap nak tunjuk cara staf MBH Medispa gunakan live magnet untuk menarik mask kan ?



Sekian sahaja pengalaman Yana melakukan Mudnetic Detox Facial di MBH Medispa Sungai Petani .. Nanti Yana akan kongsikan pengalaman Yana yang seterusnya .. =)




LOKASI MBH MEDISPA SUNGAI PETANI ..



You may also like

5 comments:

  1. makin berseri seri la yana

    ReplyDelete
  2. seronoknya yana pergi spa.bertambah flawless la lepas ni

    ReplyDelete
  3. makin retis lah pasni, haha!

    ReplyDelete
  4. wah, dah gi sana ke. kak mia tak tahu la bila nak guna voucher tu. hihi

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^