L ♥ I's Stories: Soalnya Hati

Soalnya Hati

/
3 Comments
April 30, 2017

Soalnya Hati

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


Haii semua , Yana tak tahulah dari mana Yana nak mula .. Berserabut semuanya .. Bila terkenangkan semua yang berlaku dalam sekelip mata .. Hati cuba nak bertenang dan act like nothing happen tapi itu bukanlah diri Yana .. Selagi tak selesai , selagi Yana tak berjaya dapat apa yang Yana harapkan selagi itulah dia akan menghantui diri Yana ..

Hati , merupakan bahagian yang sangat sensitif dalam diri manusia tersilap usik , tersalah orang sampai matilah akan dihantui rasa bersalah .. Tak kira apa yang kita buat untuk kembalikan keadaan seperti biasa ia takkan pernah sama .. Kadang-kadang Yana tertanya dekat diri sendiri apa faedah Yana dapat bila jaga hati orang disaat hati sendiri disakiti ? Apa manfaat menggembirakan hati orang lain disaat hati sendiri luka berdarah ? Itu cara Yana , biar Yana sakit .. Biar Yana terluka asalkan orang di sekeliling Yana bahagia ..

Tipulah kalau Yana cakap Yana tak kisah akan semua tu ,, Hati kecil nie nak jugak rasa dihargai walaupun sedikit .. Cukuplah sekadar tak disakiti disaat dia sedang berusaha sehabis mungkin untuk puaskan hati semua orang .. Kadang-kadang Yana terfikir salah Yana apa ? Kenapa Yana dilayan sebegini ? Adakah kerana rupa yang menjadi ukuran atau tahap pendidikan yang menjadi kayu ukur untuk sesuatu persahabatan ? Kalau itulah yang dicari Yana akui memang Yana tak ada semua itu in shaa allah masih ada sekelumit nilai murni yang dah lama diterap untuk menghormati dan menghargai orang lain ..

Sebenarnya , banyak lagi Yana nak cakap tapi makin banyak Yana bicara makin laju pulak air mata yang mengalir .. Lagipun , macam dah selalu sangat Yana cakap yang Yana nie hati tisu tolong jangan sakiti kalau dah tak boleh nak memahami .. Tetapi ada saja yang sengaja nak sakitkan jugak .. Mesti dia rasa seronok kan buat macam tu .. Bila air mata Yana gugur dia boleh bersorak kemenangan yang dia telah berjaya sakiti hati Yana dan buat Yana menangis .. Jutaan terima kasih Yana ucapkan , tu hak awak terserahlah .. Selamat malam .. ♥


You may also like

3 comments:

  1. mmm adakah ini ada kaitan dengan makan tak habis?

    errrr....


    lariiiiii

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hehe ni masa ada orang buang yana =P

      Delete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^