L ♥ I's Stories: Staf Boat Noodle Sunway Carnival Menghampakan

Staf Boat Noodle Sunway Carnival Menghampakan

/
19 Comments
April 30, 2017

Staf Boat Noodle Sunway Carnival Menghampakan

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semuaaa .. Haa , Yana jarangkan nak menulis mengenai keburukkan nie benda-benda negatif Yana akan usaha untuk elakkan .. Sebenarnya , untuk entri nie Boat Noodle tak salah , staf PEREMPUAN dia yang agak menghampakan Yana .. Kenapa ? Sabar , Yana akan ceritakan .. Sebenarnya , Yana dengan sepupu Yana agak lama dah plan nak ke Boat Noodle nie memandangkan Yana nie  craving sangat dekat Sangkaya sampai dah takdak tahap dah .. Hee .. Kami set 30 April kami nak ke sana .. Maka pergilah kami ke Boat Noodle hari nie .. At first dugaan masa nak carik parking bukan Yana yang drive tapi sepupu Yana .. Haha angin jugaklah dia masa nak carik parking tu .. Keadaan agak sesak memandangkan ada Mood Republik dekat dengan Sunway Carnival ..


Setibanya kami berempat dekat sana ada satu meja untuk 4 orang kosong tapi cawan , pinggan dan mangkuk belum dikutip .. Kami duduk saja memandangkan Boat Noodle nie sentiasa crowded .. Masa dah duduk Yana dengan yang lain kononnya nak la tolong kemas sebab staf perempuan dekat situ tersangatlah slow motion nya .. Nak dijadikan cerita salah seorang daripada kami berempat nie nak lah tolong lap meja tu sebab basah kotor lah baju kami nanti .. Staf perempuan dekat situ tegah kami untuk berbuat demikian dia  cakap nanti dia lap .. Huh , nak tunggu dia punya lap kering sendiri tempat yang basah tu .. Nak buat macam mana kami lap lah sendiri dengan tisu yang disediakan dekat situ .. Okay tu bahagian lap .. 

Kami duduk menjadi tugu negara dekat situ agak lama .. Tambahan pula kami pun agak lapar laa , pernah dengar pepatah Inggeris ada mengatakan a hungry man is an angry man .. Jadi , memang kesabaran kami berempat agak teruji buat masa tu .. Mula-mula kami tak ditanya langsung nak order apa sampai Yana kena mintak buku menu dengan customer dekat meja belakang Yana .. Okay dah selesai bab tu , kami dah siap order dan ada lah sikit benda kami tak faham Yana panggil dan tanya dengan baik dekat staf tu boleh dia buat muka dengan Yana .. Okay , Yana faham dia letih dengan kerja dia .. Yana abaikanlah .. Sesudah selesai order Yana keluar pergi tandas sebab Yana tak nampak pun tempat basuh tangan dalam tu nak tanya nanti dia buat muka lagi kan ? So , better don't takpa lah Yana jalan jauh sikit .. Masa nak ambil resit order tu pon Yana diberitahu kawan-kawan Yana yang kena panggil tu pon dalam kadar yang sangat LAMBAT ! Apalagi , kenalah dia dengan sepupu Yana yang sememangnya angin dari tempat parking lagi .. Haa ..


Hee .. Nie hak milik sepupu Yana yang berbaju merah jambu dekat atas tadi .. Nie bukan kali pertama Yana ke Boat Noodle .. Masa kali pertama Yana pi pon Yana agak kecewa dengan staf perempuan dia akan sikap acuh tak acuh mereka kepada pelanggan .. Oh ya , bila ada pelanggan lelaki baik pulak layanan yang diberi .. Tolonglah , for whom it may concern tolong train your staff very well .. Sikap yang ditunjukkan kepada kami tadi adalah sangat tidak profesional dan sangat memalukan .. Ada lagi satu cerita , masa dia nak letak sudu dekat meja kami tadi siap dihempasnya sudu-sudu tu .. Amboi , dia ingat kami makan dekat sana secara percuma kah ? Yana nak bagitau awak pilih salah orang okay kalau Yana jahat Yana panggil pengurus dia .. Dah la servis lambat satu hal attitude zero ! Yana tak pernah okay burukkan mana - mana kedai yang Yana pernah pergi tapi Boat Noodle dekat Sunway Carnival very dissapointed me ..


Sangkaya , harga RM6.90

Tadaaaa ! Nie lah sangkaya yang Yana craving sangat-sangat tu .. Hee , disebabkan nie lah Yana sanggup mai ke Boat Noodle buat kedua kalinya .. Kalau terkenangkan sikap staf dia dan betapa crowded nya kedai tu memang Yana tak pergi dah sebab Yana memang tak suka langsung akan tempat yang crowded nie ..Akan tetapi , disebabkan sangkaya nie Yana pejam mata dan pergi sekali lagi tapi Yana tak rasa Yana akan pi lagi selepas apa yang berlaku tadi melainkan ada francais Boat Noodle dekat tempat lain .. Tiba saat nya Yana belanja gambar makanan yang menjadi pilihan kami tadi ..


Kra-Pow Chicken Rice , highly recommended .. Memang sedap .. Jangan tertipu ya itu bukan nasi akan tetapi pulut hehehe .. Harga ? RM11.90 ..



The Kraken Kari , Yana tak recommend yang nie , sebab orang yang makan tu kata tak sedap tapi kalau awak nak cuba apa salahnya .. Harga RM13.90 ..


Grill Chicken Meat Ball , harga RM4.90 .. Awak rasa berbaloi tak ? Hahaha rasa dia okay jugak cuma Yana prefer beef punya ..


Minuman yang menjadi pilihan kami berempat Thai Iced Green Tea dan Thai Iced Lemon Tea harga RM7.90 untuk satu .. Yana recommend dua-dua nie cuma Thai Iced Lemon Tea agak masam la sikit .. 

Sebenarnya ada lagi satu menu kami order .. Banyak benarlah dugaan untuk menu nie .. Mula-mula Yana dah order sekali dengan semua makanan dekat atas tu tak sampai jugak semua makanan dah nak habis .. Tak apalah kawan Yana order lagi satu mee dalam mangkuk comel tu cakap sekali lagi pasai menu tu oh ya kerabu maggi yang kami order tu .. Staf lelaki tu iyakan tapi masih tak sampai ke meja kami .. Terakhir , Yana panggil Yana tanya status kerabu maggi tu kalau lambat sangat Yana nak cancel saja .. Dia cakap dah buat dah .. Padahal , sepupu Yana nampak lepas Yana tanya tu baru staf lelaki dekat kitchen baru ambil maggi sambil tersengih dekat kami .. Oh no , seriously staf Boat Noodle macam nie ? Okay , kami tunggu sampai saja kerabu maggi tu kami terus bedal tak sempat pon nak ambil gambar .. Recommended , harga RM8.50 ..

Okay , sekian sahajalah celoteh Yana untuk malam nie .. Secara kesimpulannya , Yana sangat-sangat kecewa dengan servis dekat Boat Noodle , Sunway Carnival .. Kalau nak diikutkan ada lagi francais yang jauh lebih baik dan mahal harga makanannya akan tetapi Yana tak pernah mendapat layanan seteruk begini daripada mereka .. Jadi , selepas nie memang seorang Yana tak akan pergi dah ke Boat Noodle .. Mereka rugi Yana kalau makan bukan sikit .. Selamat malam ya jumpa lagi nanti ..













You may also like

19 comments:

  1. Haha! Timm kat bwah ni pun tension gak ngn suka customer, letih.akhirnya wat xtau je kt cstomer, pntau budk2 ni buat kja dri jauh jek, kah3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha .. Tapi kalo Timm wat xtaw ada org lain back up takpa , nie sapa sekoq pon xmai tnya .. Memang mencarik aaa

      Delete
  2. eee bencinya macam tu...hilang mood nak makan tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpa Nad .. Tapi memang niat pi situ semata-mata nk makan kat boat noodle ja sebab yg dua xpernah try lagi .. Kalau saja-saja nak mkn mmg angkat kaki dah ..

      Delete
  3. Teruk sangat servis macam ni..patut komplain kat manager depa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang trok pon .. Ngan org laki kemain dia layan .. Kalau Yana report kat manager dia mmg Yana xmkn dah kelmarin .. Hee .. Harap manager depa nampak entri nie

      Delete
  4. hmmm..kalau main hempas hempas sudu tuh mmg tak patutlah..sound jer..tak pon sudukan kepala dia.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpa .. Memang takda attitude , selamat mood Yana okay masa tu kalau tengah angin kena dah .. Takpa awal-awal lagi kezen Yana dh bancuh dia hehe

      Delete
  5. saya pun perasa staff boat ramai yg main2 belakang kaunter

    ReplyDelete
    Replies
    1. btoi tu .. main-main ada masa nak layan customer nicely takda masa .. bengang btul huhu

      Delete
  6. Tak pe.. Janji makanan sedap..

    Soal. Servis sangat subjektif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul .. Makanan dia mmg okay tak dinafikan .. Tapi daripada servis tu la yang akan membuat pelanggan akan selalu pergi ke situ atau tak .. Kalau servis teruk makanan sedap mcm mana pon still xda point .. Customer tak kan ulang dah .. =)

      Delete
  7. Saya keliru. Awak tak suka tempat tu tapi ada makanan yg yana rekemen, siap dgn karga sekali. Kekiru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee .. Excuse me Encik Adam .. Saya tak cakap yang saya tak suka Boat Noodle in fact saya ada mention dakat atas tu sekiranya ada francais lain saya still akan pergi ke Boat Noodle .. Saya tak suka sikap staf Boat Noodle dekat Sunway Carnival terhadap saya dan kawan2 saya kelmarin .. Thats all =)

      Delete
  8. sabar kak sabar. lela pun tak pernah lagi try boat noodle kat aman central kedah. nnti tngk dia punya layanan macam mana pulak.

    ReplyDelete
  9. hehehe...biasa kalau servis baik, makanan sedap konfirm orang akan datang lagi beratur pun tak apa....macam nandos

    ReplyDelete
  10. Tak pernah makan mee kapal ni.. teringin juga tapi confirm dah pangkah yang Sunway Carnival punya.. Try tempat lain lah. Kak ain pun pantang bab staff buat muka ni..! Silap2 kak ain jirus je mee kapal tpu atas muka dia... kahh kahh kahh..

    :p

    ...

    ReplyDelete
  11. kalau eyja yang mai tu, dengan meja terbalik dengan staff kena pnampaq. aku kiqa apa. hahahahahahahah haqu sungguh!

    ReplyDelete
  12. Kadang-kadang makanan kat satu tempat tu memang best tapi servis je buat tak best.. tak semua tempat la..

    kena2 lagi kalau tengah kelaparan, boleh jadi gaduh :D

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^