L ♥ I's Stories: Susah Ke Nak Move On

Susah Ke Nak Move On

/
2 Comments
April 02, 2017

Susah Ke Nak Move On 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥


Haii .. Selamat behujung minggu semua .. Hari nie Yana nak cakap sikit pasai move on .. Ramailah yang kata eh susah la nak move on .. Sat Yana nak tanya , susah ke awak yang taknak move on nie ? Sebenarnya , bagi Yana tak susah mana pun nak move on nie .. Semua nie terletak pada hati masing-masing saja .. Kalau awak kata benda tu senang maka senanglah jadinya .. Kan ?

Okay , Yana nak tanya tau .. Awak dah tahu benda yang awak kenangkan tu menyakitkan hati .. Kenapa nak dikenangkan lagi ? Cubalah buat benda yang boleh menggembirakan hati awak tu .. Yana pernah lah dengar phrase "I can't live without you" and sort of .. Eh .. Hello .. helloooo .. Awak bernyawa di atas bumi nie pun sebab Dia .. Jadi , there's no such thing yang awak tak boleh hidup disebabkan si polan itu okay .. Awak cakap , lepas nie awak dah takda siapa-siapa , yang kat atas tu selalu ada untuk awak okay .. Awak sahaja yang buta kerana terlalu mencintai seseorang yang tak kekal .. Cuba , awak duduk sesaja awak muhasabah diri awak tu kenapa nie terjadi .. Kalau ianya tak terjadi sekarang mungkin akan terjadi di masa akan datang dan Yana bet masa tu lagi susah awak nak move on .. 

Sebenarya kan banyak benda yang boleh buat awak move on .. Antaranya pergi jalan-jalan ke .. Buat je lah apa-apa aktiviti yang awak suka .. Yana percaya lama-lama awak dah tak akan fikir pon mengenai perkara yang menyakitkan hati awak .. Awak boleh menangis sepuas-puasnya tapi pastikan itu tangisan terakhir awak dan jangan menangis lagi untuk perkara yang sama .. Macam Yana , Yana akan keluar berjalan-jalan dengan kawan-kawan Yana , bernyanyi , macam-macam lagilah Yana buat untuk gembirakan hati Yana .. Satu saja Yana pegang , bila orang dah takmau buat apa kita meratapi hebat sangatkah dia untuk diratapi ? Lagi satu , Yana tak suka cakap dah tak ada siapa-siapa tu .. Ramai sebenarnya yang ada dengan kita cuma kita yang melimitkan mereka disebabkan si polan tu .. Last ye Yana nak ingatkan yang Dia selalu ada tak kira masa dan tempat .. Turn to him whenever you feel miserable .. In shaa allah Dia akan memberi jalan untuk semua payah awak ..

Cukuplah sampai sini Yana membebel .. Hehehe sehingga berjumpa lagi di episod akan datang .. Terima kasih kepada yang sudi membaca .. =)



You may also like

2 comments:

  1. Nak move on, tak susah. Yang susah nya, bila terlampau banyak sangat kenangan. Tu yang buat rasa susah tu.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan Yana.. Allah sentiasa ada untuk kita kan.. :)

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^