Trip ke Pulau Langkawi Part I

Saturday, May 20, 2017

Trip ke Pulau Langkawi Part I

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua .. Selamat malam .. Fuhh , hampir seminggu jugak Yana biarkan blog Yana nie terabai kan ? Okay malam nie Yana  nak cerita serba sedikit megenai trip Yana ke Langkawi beberapa hari lepas .. Sebenarnya , Yana nie susah tau parents nak lepas join trip yang macam nie entah macam mana kali nie Yana terlepas .. Hehe .. Jujur Yana akui Yana enjoyed sangat-sangat trip Yana dengan geng-geng GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung)


Trip Yana ke Pulau Langkawi selama 3 hari dua malam .. Erm , semasa dekat sana Yana dan kawan-kawan mengginap di Chalet Pantai Tengah .. Yana agak berpuas hatilah dengan chalet tu .. Harga ? Ops , Yana tak tahu sebab sepanjang Yana dekat sana semuanya percuma .. Kecuali hampa nak main banana boat dan lain-lain hahaha ! Kita mula dari awal eh .. Banyak sangat dah nie Cik Yana melalut ..



Okay , kami bertolak daripada Sungai Dua ke jeti Kuala Perlis seawal jam 8 pagi lebih kurang lah .. Kami terus saja ke sana tanpa singgah di mana-mana kawasan rawat dan rehat sebab feri kami dalam pukul 11.00 pagi .. Disebabkan takut tak sempat sampai ke sana dalam jangka masa yang ditetapkan kami skip part berhenti sekejap tu .. Alhamdulilah , sepanjang perjalanan kami ke jeti Kuala Perlis lancar .. Haa , masa dah sampai dekat jeti Kuala Perlis kami diminta bawa turun barang masing-masing disebabkan Yana terlalu memerlukan toilet Yana tertinggal bungkusan makanan , ada roti butterscotch , maggi cup dua cawan , gula-gula Halls dua dan kipas tangan umi Yana . Itu yang paling berharga tu sebab Yana dah tahu kalau hilang tu siap la kena tadah telinga , awal-awal lagi dia dah pesan jangan bagi hilang .. Takpa lah Yana halalkan dah bukan rezeki Yana .. Hehee itulah sapa suruh cuai sangat .. 

chalet yang kami mengginap tu

Okay nak dipendekkan cerita kami sampai dekat jeti aaa dalam pukul 1 nak dekat pukul 2 kot .. Sorry serius Yana tak ingat yang tau dah memang nak masuk waktu sembahyang Jumaat .. Sesampainya kami dekat chalet tu kami rehat-rehat sekejap  manakala kaum adam pergi menunaikan solat Jumaat ..
Selepas mereka selesai solat Jumaat kami dipanggil keluar sebab nak dirombak nya kami .. Hahaha konon-konon nak bagi kenal antara satu sama lain takmau bagi ada geng la kot .. Selepas dah selesai dan dapat partner bilik masing-masing kalau tak silap Yana lah kan kami naik ke bilik dulu then kami dibawa ke kedai nasik kandaq untuk lunch .. Tapi satu Yana nak cakap , nasik kandaq depa tak boleh lawan Penang punya tauuuuu .. Heheh .. Selepas selesai makan kami balik ke bilik masing-masing freshing kan diri sebab petang tu akan ada sesi ice breaking oh nooo part yang paling Yana seryau sebab Yana tipikal orang yang segan nak cakap depan orang hehehe .. 

Okay seperti yang dijanjikan pada petang hari pertama kat sana kami berkumpul dekat dataran tu untuk sesi ice breaking .. Yana belanja gambar saja lah eh untuk part nie hehehe ..


Sebelum bermulanya sesi perkenalan diri , kami main dua game nie game yang pertama kami dikehendaki menutup mata masing-masing sambil mengikat kedua-dua tangan dengan tali yang diberikan .. Selepas tu kan , nampak tak mamat yang berbaju hitam tu ? Haa dia gaulkan tali-tali kami semua selepas tu kami kena rungkaikan ikatan tu dengan mata yang tertutup dan mulut yang diam .. Hahaha ! Perempuan mana boleh diam , bising ui Yana sendiri akui hehehe .. =P


Haa nampak tu apa dia duk buat ? Hahaha .. bersemangat dia kan .. =P


See , siap gelak uii dia kenakan kami .. Hahaha .. Sabar saja lah ..

Okay , nie merupakan game pertama yang kami main selepas sampainya ke Langkawi .. Ada lagi satu game Yana gagal selesaikan .. Sebab minda tak mampu berfikir sejauh itu .. Tambahan pula hati melonjak-lonjak nak main dekat pantai .. Hehehe .. 


Hahaha !! Tengok macam-macam aksi ada dalam percubaan nak rungkaikan ikatan tu .. Tetapi , tetap berjaya .. Yana pon sama gagal jugak nak rungkaikan .. Bila diberitahu caranya , ekele cenggitu jer ? Tapi , Yana dah tak ingat dah kalau suruh buat sekali lagi confirm failed lagi .. =P



Selepas selesainya game nie kami diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing which is part yang paling Yana tak suka sebab Yana tipikal yang nervous bila  cakap depan orang .. Smule video berani lak ? Hahaha .. Masa smule Yana sorang-sorang takdak sapa tengok okay .. Masa dah Yana published semua orang tengok ..


Nie namanya Eryn .. Pusing pi pusing mai dia kerja dekat saja dengan tempat kerja Yana .. Haha .. What a small world .. =P


Haa , yang nie namanya Kak Hajar garang wehhh .. Hehehe .. =P


Bersama ahli ahli GPMS SPU (Gabungan Pelajar Melayu Malaysia) yang turut sama menjayakan program di Langkawi .. Nampaknya sesi ice breaking dah settle .. Apalagi ? Pantai time lahh !! Akhirnyaa ,..



Bosanlah main air tepi pantai macam budak-budak .. Jom try something extreme .. Hehe .. Yaa , banana boat .. Dah lama tau Yana nak naik tapi takdak sapa nak layan .. Sehingga sampai Yana kat Langkawi nie , yess !! Ada jugak geng nak naik banana boat dengan Yana .. Hehe .. Harga yang dikenakan RM15 seorang kami dibawa pusing sekitar pantai tu dua kali kami dijatuhkan .. Rasa ? Oh sangat best .. Nak tau sila cuba sendiri hehehe ..


Hahaha !! Nie kali kedua kami semua dijatuhkan di hadapan geng-geng GPMS .. Masa nie lah tudung seketul Yana nak tercabut aiyakkk ! 


Apa apa pon aktiviti pada petang tu memang sangat best sampai tak terkira dah berapa liter air laut Yana telan belum lagi yang masuk dalam hidung .. =P


Pada sebelah malamnya kami melakukan sedikit perbincangan mengenai GPMS .. Selepas selesai perbincangan nie kami keluar jalan-jalan dekat Chenang kot kalau Yana tak salah .. Ermm maaf masa jalan-jalan dekat Chenang takda pulak Yana snap gambar .. So , sampai di sini sajalah Trip ke Pulau Langkawi Part I Yana ..Ada lagi 2 part nanti Yana sambung ye .. Assalammualaikum ..

You Might Also Like

0 comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^