L ♥ I's Stories: Buffet Ramadhan Terbaik di Flamingo Hotel by the Beach

COPY

Buffet Ramadhan Terbaik di Flamingo Hotel by the Beach

/
2 Comments
June 08, 2017

Buffet Ramadhan Terbaik di Flamingo Hotel by the Beach

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semuaaa .. Erm mesti ada kawan-kawan Yana perasan pada 31 Mei yang lepas Yana dijemput untuk menghadiri satu food review di Flamingo by the Beach Hotel .. Okay , Yana dijemput kali ini untuk review buffet Ramadhan mereka .. Kebetulan pada hari tu ada satu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim .. Jadi meriah lah suasana di hotel pada ketika itu .. 



Seperti biasa , as a blogger  Yana dan rakan Yana iaitu Akma akan berada di sana lebih kurang sejam awal untuk memulakan kerja mengambil gambar makanan .. Hmm , untuk pengetahuan awak semua makanan pada hari tersebut totally masakan melayu sampaikan pencuci mulut juga dihidangkan kuih muih tradisional melayu seperti buah melaka , kuih lapis dan lain-lain .. Memang sangat mengiurkanlah bila Yana tengok masa nak ambil gambar tu .. Memandangkan sedang berpuasa Yana tahan sekejap nafsu nak makan tu dan fokus dengan kerja-kerja Yana .. Hehehe .. Makanan terdiri daripada tiga bahagian iaitu apperteizer , main dish dan dessert .. Okay , Yana tak mau melalut panjang berjela jom Yana tunjukkan antara makanan yang boleh didapati dalam Buffet Ramadhan di Flamingo Hotel by the Beach ..




Sebagai pembuka selera untuk Buffet Ramadhan di Hotel Flamingo disediakan ulam-ulaman beserta dengan sambal belacan , sotong kangkung , gado-gado berkuah kacang , ayam pandan goreng , samosa ubi goreng .. Haa , satu lagi Yana nak bagitau terdapat pelbagai jenis kerabu turut dihidangkan tau kerabu perut , kerabu taugeh dengan kerang dan menu lain antaranya keropok ikan , papadom , keropok lekor dan lain-lain lagi .. Penuh entri Yana kalau nak mention satu persatu .. Manakala , sambal juga turut terdapat pelbagai jenis sambal antaranya sambal cencaluk , sambal belacan , sambal tempoyak , sambal nyior dan sambal kicap dengan bawang ..








Seterusnya , jom kita ke menu utama .. Masa Yana ke sana kami dihidangkan dengan nasi briyani dan nasi putih.. Terdapat banyak jenis lauk-pauk yang dihidangkan sampaikan Yana pun rambang mata tak tahu nak pilih yang mana .. Jom Yana senaraikan antara lauk pauk yang dihidangkan :-

  • Ayam Kurma Berkentang
  • Ketam Masak Asam Pedas
  • Gulai Kawah Daging
  • Udang Masak Masam Manis
  • Nangka Muda Masak Kari dengan Ikan Bilis
  • Dalca Kambing (nie yang paling best)




Maaf yer tak dapat Yana nak kongsi semua gambar makanan yang ada nanti awak give up pulak sebab kena loading lama-lama .. Kalau rajin nanti jenguk-jenguk la Instagram Yana akan Yana kongsikan di sana ..

Seterusnya , Yana nak tunjuk beberapa side dish yang disediakan di bahagian luar hotel .. Agak menarik jom lah usha-usha .. Hehehe ..





  • Tandoori Ayam Golek
  • Daging ala Mangolian BBQ
  • Pisang Goreng
Ehh siapa cakap sampai di sini saja makanannya ? Ada lagi okay jom Yana nak tunjuk lagi apa ada dalam Buffet Ramadhan 2017 di Flamingo Hotel by the Beach .. 




Kalau awak semua nie jenis yang kaki makan dan rasa tak cukup dengan nasi dan lauk pauk tadi .. Jangan risau ada lagi menu yang WAJIB awak cuba iaitu :

  • Laksa Kedah
  • Ais Kacang
  • Bihun Sup
Maaf ye gambar bihun sup Yana tak sempat nak ambil .. Banyak sangat makanan yang perlu kamera Yana "makan" .. Hehehe ..

Jom ke part yang paling Yana suka DESSERT !! Haa ,pencuci mulut di Flamingo Hotel by the Beach tak pernah mengecewakan Yana tau .. Sebelum nie Yana pernah reiew buffet Sunday Mania desserts nya memang terbaikkk .. Cakap banyak takmau , jomlah tengok ..





Seperti yang Yana cakap tadi samalah juga kes nya dengan pencuci mulut , tak dapatlah Yana nak kongsikan kesemua gambar-gambar pencuci mulut yang ada .. Apakata awak semua cuba sendiri nanti .. Mesti lagi bestttt .. 





Okay sampai sini sajalah penceritaan Yana mengenai buffet ramadhan yang terdapat di Flamingo Hotel by the Beach .. Dekat bawah  nie Yana ada attached pamplet buffet ramadhan jadi awak boleh la tengok harganya dekat bawah nie .. Bagi Yana ianya sangat berbaloi sebab makanan yang disajikan banyak dan sedap-sedap belaka .. Suasana dalam hotel tu jugak sangat selesa .. 



Sekalung penghargaan Yana ucapkan kepada Encik Mokhtar selaku Assistant F&B Manager di Flamingo Hotel by the Beach kerana sudi menjemput Yana untuk menghadiri food review  nie dan secara tak langsung Yana dapat berbuka puasa bersama-sama beberapa rakan blogger dan anak-anak yatim daripada Wisma Anak-Anak Yatim .. In shaa allah sekiranya diberi peluang sekali lagi Yana sangat berbesar hati nak sertai lagi ..


Rakan-rakan blogger yang turut sama menjayakan food review di Flamingo Hotel by the Beach .. Berbaju biru Racheal Loh , berbaju kuning Rosmazyatul Akma dan berbaju pink tu takkan awak semua tak kenal kannnnn .. Hehehe .. Bye jumpa lagi nanti .. Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk membaca entri Yana nie .. =)


Untuk maklumat lanjut awak semua bolehlah hubungi staf Flamingo Hotel by the Beach :-

Flamingo By The Beach Penang
Tanjong Bungah,
11200, Tanjong Bungah,
Pulau Pinang, 11200, Malaysia
+604 892 7111
www.flamingo.com.my



You may also like

2 comments:

  1. Wah... Bestnya... Hopefully dapat makan sini... :-)

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.. semuanya nampak sangat sedap terutama puding.. bila tengok time tgh panas ni.. huwaa...

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^