Kemunculan Pelangi Selepas Perginya Hujan

Saturday, June 03, 2017

Kemunculan Pelangi Selepas Perginya Hujan


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii selamat pagi semua kawan-kawan Yana .. Sihat kah ?  Hmm ,  kenapa tajuk entri Yana kemunculan pelangi selepas perginya  hujan pulak ? Jom lah baca sampai habis nanti tau lah kenapa ..


Okay , kita semua tahu bahawa dalam hidup nie tak semuanya indah .. Adakalanya kita diuji dan mengalir air mata .. Nak pula kita perempuan yang sememangnya mudah terusik walaupun baru diuji sebesar zarah .. Yana pun sama .. Pernah Yana diuji , Yana hilang kawan yang Yana percaya , kawan yang merupakan bahu untuk Yana bersandar dan pada masa yang sama Yana ditipu dengan rasa cinta .. Perasaan Yana masa tu Allah saja tau .. Yana keseorangan .. Takda kawan yang nak tiupkan kata-kata semangat untuk Yana berdiri semula .. Tapi , satu saja yang Yana pegang "Dia ada dengan aku , Dia selalu ada dan tak pernah sekali pun Dia tinggalkan aku" .. Berbekalkan dengan kata-kata tu Yana belajar berdiri , berjalan dan terus berlari kejar apa yang Yana impikan ..

Alhamdulilah , sekarang Yana lebih bahagia berbanding dengan apa yang Yana ada dahulu .. Rezeki Yana pun alhamdulilah semakin murah .. Yana blogger semua orang tahu .. Bukan Yana nak riak , selama Yana bergelar blogger rezeki tak putus dan datang daripada pelbagai bentuk .. Nampak tak ? Dia uji Yana sebesar zarah saja tapi Dia kurniakan Yana kegembiraan yang tak terhingga .. Yana tak rasa lonely pun .. Yana bahagia sangat dengan apa yang Yana ada sekarang .. Satu saja Yana nak daripada Dia pelihara Yana daripada segi mental dan fizikal .. Itu dah pun mencukupi .. 

Ada orang tanya macam mana Yana boleh kuat ? Hm , tak mudah Yana nak bangun .. Tapi , Yana simpan dalam hati Yana hilang mungkin seorang dua kawan tapi ramai lagi yang masih berdiri di  belakang Yana sambil meniupkan kata-kata semangat untuk Yana terus kejar apa yang Yana idamkan dalam hidup nie .. Yana ada keluarga yang sayang dekat Yana , Yana ada pendapatan tetap , Yana ada pendapatan sampingan .. Apa lagi yang Yana nak mintak bila Dia dah bagi Yana lebih daripada apa yang Yana perlukan .. Benda yang paling berharga yang Yana dapat daripadaNya pengalaman hidup yang tak mungkin Yana dapat dengan duit .. Alhamdulilah dengan itu Yana lebih matang  dan lebih berhati-hati dalam memilih kawan dan cinta .. Cinta kepadaNya tak pernah hilang buat apa Yana nak mengemis cinta manusia yang bersifat sementara kan ? 

Hm , okaylah sampai sini saja ye .. Yana nak sambung tidurrrrr .. Hehehe .. 

You Might Also Like

1 comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^