L ♥ I's Stories: Barah Payudara Pembunuh Nombor Satu Kaum Wanita

Barah Payudara Pembunuh Nombor Satu Kaum Wanita

/
5 Comments
July 31, 2017

Barah Payudara Pembunuh Nombor Satu Kaum Wanita

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Barah payudara merupakan barah tisu payudara .. Barah payudara merupakan pembunuh nombor satu kaum wanita di seluruh dunia .. Ia menyerang sekitar 10% semua wanita pada semua peringkat umur di dunia Barat .. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi pengesanan awal dan rawatan berkesan 20% wanita dengan barah payudara akan meninggal disebabkan penyakit tersebut .. Yana yakin pasti ramai kaum wanita yang sudah sedia tahu apakah tanda-tanda barah payudara .. Tapi tak salah rasanya Yana berkongsi hasil pembacaan Yana dengan rakan-rakan Yana kan ? Oh ya , semua nie Yana refer dengan Mr Google daripada beberapa blog ya .. Yana takdak ilmu yang cukup nak kongsikan ilmu nie .. Akan Yana kreditkan artikel Yana nie jangan risau Yana tak curi hasil kerja awak ye .. =)


TANDA-TANDA BARAH PAYUDARA .

  • Tanda pertama barah payudara yang dialami oleh pesakit adalah dengan kehadiran ketumbuhan , pengeluaran cecair dari puting dan sakit atau rasa tidak selesa pada kawasan payudara .
  • Ketumbuhan yang wujud pada payudara merupakan perubahan utama yang akan dialami oleh pesakit .. Ketumbuhan ini biasanya tidak akan berasa sakit dan akan terdapat pada sebelah payudara sahaja .. Antara ciri ketumbuhan tersebut adalah seperti keras dan pejal , memiliki tepian yang tidak licin ..
  • Lelehan yang keluar dari puting payudara kadangkala akan mengandungi darah , berair dan datang secara spontan tanpa dirangsang ..
  • Sekiranya barah tersebut telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya payudara dan puting akan mengalami perubahan bentuk , akan terbentuk lekukan pada kulit payudara dan teksturnya kelihatan seperti kulit buah oren .. Bukan itu sahaja , malah bentuk dan saiz payudara juga akan berubah ..

PERINGKAT BARAH PAYUDARA .

  • Tahap 1 :- Pada peringkat ini , ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2cm ataupun kurang .. Pada tahap ini , sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja ..
  • Tahap 2 :- Pada tahap ini pula , ukuran ketumbuhan barah akan meningkat antara 2 cm hingga kepada 5cm .. Selain daripada bahagian payudara , ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagiann bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya ..
  • Tahap 3 :- Pada tahap ketiga , saiz ketulan barah payudara akann berukuran 5cm .. Pada perinngkat ini barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak , kulit ataupun oto yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada)
  • Pada peringkat serta tahap ini , serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara .. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher , paru-paru , hepar ataupun tetulang penghidapnya ..

Okay , sekian sahaja perkongsian Yana mengenai barah payudara .. In shaa allah ada masa Yana akan kongsikan siapakah yang berisiko untuk mendapat barah payudara .. Assalammualaikum .. Selamat malam =)


You may also like

5 comments:

  1. nice info sis! takutnya bila baca huhu harap dapat dijauhkan

    ReplyDelete
  2. thanks sharing.
    kawan saya juga bekas breast cancer survivor, dapat cancer type IIB, sel kanser yang rare kata doktor, so dia kena buat kemo ... memang sukar melihat seseorang yang kita rapat mendapat cancer, kemoterapi memang menyakitkan katanya tapi tiada pilihan lain ... saya pun sedang mencari doktor wanita yang boleh menjalankan ultrasound breast untuk langkah awal mengetahui tahap kesihatan diri ...

    ReplyDelete
  3. Wah...ada banyak peringkat rupanya. Mmg betul pembunuh no.1, sbb x sedar. Akak ada kenal ramai kawan2 yg mempunyai ibu yg pergi akibat kanser payudara. Sbb lambat kesan. Minta dijauhkan kepada kita semua.

    Kepada Lyana dan kawan2 yg nak join giveaway COKLAT juga, boleh lawati blog Sii Nurul di:
    https://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang baik. Semoga memberi pendedahan pada wanita

    ReplyDelete
  5. Hati2 dan sentiasa peka dengan segala perubahan pada tubuh bdan kita. Jika ada perubahan yang abnormal cepat2 minta nasihat doktor tau. thank for sharing this good info.

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^