L ♥ I's Stories: Ceritera Raya Seorang Lyana

Ceritera Raya Seorang Lyana

/
13 Comments
July 07, 2017

Ceritera Raya Seorang Lyana

ASSALAMMULAIKUM WBT ♥

Haii semua .. Selamat pagi .. Sihatkah semuanya ? Macam mana dengan raya hari tu ?  Semua enjoyed tak ? Sebenarnya , entri nie Yana patut tulis paling lewat seminggu selepas raya .. Tapi , dek kerana perasaan malas yang membuak2 dalam diri seorang blogger picisan nie maka harinilah baru Yana nak cerita mengenai pengalaman Yana beraya pada tahun nie .. Eh , nak tanya canttik tak template baru Yana nie ? Haa , Yana suruh MAISARAH SIDI .. Template Yana yang sebelum pun cantik .. Tapi , Yana  nie tipikal suka tukar-tukar jadi terhasil lah template nie .. =) Jom Yana nak mula cerita mengenai pengalaman Yana beraya tahun nie ..

Cerita Raya Seorang Lyana , raya yana , selamat hari raya aidilfitri , hari raya2017 , hari raya

Raya Pertama Yana .

Tahun nie umi Yana ajak beraya di rumah kami yang satu lagi di Tikam Batu , Kedah .. Kenapa Yana beraya di sana ? Sebab rumah yang Yana duduk sekarang agak tak selesa lah kalau orang nak datang beraya sebab tak semua tetamu Yana animal lover  .. Dekat rumah Yana pula ada agak banyak kucing , sesetengah ibu bapa  tak suka kalau anak dia main dengan kucing lah .. Jadi , solusi terbaik kami sekeluarga pun beraya dekat Tikam Batu which is agak selesa bagi Yana .. Rumah kampung kalau nak dibandingkan dengan rumah taman , selesa lagi rumah taman iya dok ? Okay , kembali kepada cerita hari raya .. Pada mulanya , raya pertama Yana agak hambar , adik beradik masing-masing menunggu di rumah mereka selalunya mereka akan beraya di rumah Yana pada raya kedua .. Jadi , pagi raya tu rumah Yana agak krik .. krik .. Yana pun pakai baju biasa saja .. Hehehe ..

Cerita Raya Seorang Lyana , raya yana , selamat hari raya aidilfitri , hari raya2017 , hari raya


Tadaaa ! Kenapa Yana boleh ada dekat sini ? Okay , nak dijadikan cerita masa Yana tengah kebosanan tu tiba-tiba si Akma whatsapp Yana , dia tanya Yana taknak ke rumah dia ka ? Yana apa lagi , terus ja bagi tau umi yang Yana nak ke rumah si Akma tu .. Memang tiap-tiap kali raya pertama Yana akan habiskan masa dekat rumah dia .. Kami akan ambil gambar dekat bendang pada setiap kali raya pertama .. Tapi , tahun nie kami tukar sikit .. Sesampainya di rumah dia Yana dihidangkan dengan bihun sup ayam .. Sedap uii .. Lepas tu kami bersiap-siap pergi beraya di rumah kawan Yana yang seorang lagi .. Okay , dekat rumah kawan Yana seorang lagi tu kami berdua dihidangkan dengan laksa .. Memang favourite Yana lah cerita dia .. Kami dekat situ tak lama sebab ada tempat lain nak dituju .. Kami kemudian menghala ke Kulim nak pergi beraya ke rumah salah seorang rakan blogger .. Ini merupakan kali pertama dan mengharapkan sepenuhnya akan bantuan Waze .. Hahaha ! Waze punya pasai dia bawa kami bertiga ke perkampungan orang India , patutlah masa nak masuk tu lain macam saja mereka tengok kami ..  Cari punya cari , pusing punya pusing kami tak jumpa dan dah tak berani nak teruskan sebab kawasan tu agak sunyi dan hari makin lewat petang dah .. Kami ke mana tau ? Tungguuuuu ..

Cerita Raya Seorang Lyana , raya yana , selamat hari raya aidilfitri , hari raya2017 , hari raya

Kami bertiga ke Sunway Carnival Mall , hahaha kami memang a bit crazy .. Orang beraya ke rumah saudara dan rakan taulan kami ke mall .. Sebenarnya , kami ke sini pun ada agenda kami tersendiri .. Agenda pertama sebab nak beli Starbucks yang menjadi kegemaran Yana tu dan agenda kedua nak ambil gambar raya yang cantik sebab dekat Sunway Carnival Mall nie dekorasi untuk raya aidilfitri agak cantik .. Kami pun apa lagi bergambar sakanlah .. Ada banyak lagi kalau rajin tengoklah dekat Instagram Yana .. =) Selepas puas di Sunway Carnival Mall Yana pun dihantar pulang sempat jugaklah mereka beraya di rumah Yana , sorry lah rumah Yana ada kuih dan ketupat saja .. =P

Raya Kedua Yana .

Okay , raya kedua Yana masih lagi di Tikam Batu .. Pada hari raya kedua Yana beraya dengan family Yana .. Pada hari raya kedua tu adik beradik sebelah umi Yana datang beraya ke umah kami .. Agak meriah lah sebab masing-dengan anak cucu mereka .. 

Cerita Raya Seorang Lyana , raya yana , selamat hari raya aidilfitri , hari raya2017 , hari raya

Haa , nie semua sepupu Yana yang datang ke rumah Yana pada hari raya kedua tempoh hari .. Hari raya kedua Yana tak banyak sangat ceritanya sebab Yana spend most of my time dekat rumah .. Agak petang sedikit barulah kami keluar ke rumah mak saudara Yana .. Adik beradik sebelah umi semuanya duduk berdekatan saja , habis jauh dekat Baling .. Jadi , Yana takdalah rasa sangat suasana balik kampung tu ..

Cerita Raya Seorang Lyana , raya yana , selamat hari raya aidilfitri , hari raya2017 , hari raya

Siapa budak masam nie ? Haha , nampak macam dia dipaksa bergambar dengan Yana kan .. Budak kecik nie anak sepupu Yana ada kembar dia seorang lagi tengah mandi .. Jadi , Yana kidnap dia sekejap .. =P

Raya Ketiga Yana .

Pada hari raya ketiga sekali lagi Yana ke rumah si Akma sebab kami nak ke rumah cikgu sekolah pada hari tersebut .. Ramai jugaklah kawan-kawan kami yang turut serta jadi kami semua bercadang berkumpul di rumah Akma dan bertolak sekali nanti ke rumah cikgu merangkap Bonda Yana , kenapa bonda ? Sebab cikgu merupakan ibu angkat Yana semasa program mentor menteee semasa Yana berada di Tingkatan 6 .. Masa dekat rumah Akma kami dihidangkan dengan mee kuah .. Gila tak sedap .. 

Cerita Raya Seorang Lyana , raya yana , selamat hari raya aidilfitri , hari raya2017 , hari raya

Sesampainya di rumah cikgu Siti ada beberapa batch lain yang dah lama sampai .. Rancak gila mereka bersembang .. Biasalah , bila dengan cikgu Siti banyak benda boleh dibualkan .. Kami tak pernah kering gusi setiap kali berkunjung ke rumah cikgu Siti .. Bagi Yana , nie lah cikgu yang paling sporting yang Yana pernah dapat .. =) Masa dekat rumah cikgu kami dihidangkan dengan mee kuah jugak .. Makan mee saja kami pada hari raya ketiga .. Hehehe .. Batch Yana semua yang perempuan dan lelaki yang paling hujung sekali .. Dua jejaka lagi tu siapa ? Mereka merupakan senior Yana .. =)

Cerita Raya Seorang Lyana , raya yana , selamat hari raya aidilfitri , hari raya2017 , hari raya

Dah kenapa dengan gambar nie ? Haha . Nie nama dia  acara makan tembikai sampai habis satu tray tu .. Serius weh memang kami makan sampai habis sekali dengan cikgu join .. Sebelum kami balik sempatlah cikgu refill balik tembikai tu .. Terima kasih ye bondaku sayang sudi menjemput kami untuk sama-sama meriahkan raya ketiga cikgu =)

Okay , Yana rasa sampai sini sajalah cerita raya Yana .. Alhamdulilah , Yana rasa gembira sangat-sangat beraya pada tahun nie .. In shaa allah jika umur yang panjang bertemu lagi Yana dengan Ramadhan dan Syawal pada tahun hadapan ..=) Macam mana cerita raya kawan-kawan Yana ? Kalau ada kongsikanlah link di ruangan komen .. In shaa allah Yana baca nanti .. Dekat bawah nie Yana belanja video Yana semasa berada di sawah eh .. Byeee .. 





You may also like

13 comments:

  1. maaf no, suppose swoh hmpa suma tunggu je kat jpj tu..ralat sgt, sorry noh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekeke .. Takda hal la Timm , takda rezeki kita nak jumpa hari tu lkita jumpa esok eh heheh =)

      Delete
  2. cantik template baru hehehe.. pinkish gitu..
    meriah sakan braya.. CT raya kedua ja lepas tu xde mood dah hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SYM .. Yana dengan pink memang berpisah tiada heheh ..

      Delete
  3. Selamat hari raya Yana... wahh meriah raya Yana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe .. Selamat Hari Raya jugak Haida .. Hee , sebab staun skali tu yg meriah sikit ..

      Delete
  4. Selamat hari raya Aidilfitri.
    Kesian kucing kena tinggal di hari raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya jugak , hehe .. Bagi chance depa raya sesama depa hehe ..

      Delete
  5. Selamat hari raya yana.. Meriah hoii raya dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha .. Setahun hanya sekali .. Selamat Hari Raya jugak . =)

      Delete
  6. Meriahnya raya seketul yana ..hihihi

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^