L ♥ I's Stories: Kawan Atau Lawan ?

Kawan Atau Lawan ?

/
6 Comments
July 11, 2017

Kawan Atau Lawan ?

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua .. Okay alhamdulilah sekarang Yana dah mula istiqamah satu hari satu entri .. In shaa allah #siscuba .. Hahaha ! Erm , malam nie Yana nak cakap sikit fungsi kawan .. Bila kita anggap dia kawan , betulkah dia kawan kita ataupun sebaliknya .. =)


Mula-mula sekali Yana nak tanya apa yang awak semua faham dengan perkataan kawan ? Setakat kenal dan say hi .. Macam tu ? Okay , sini Yana nak suarakan pendapat Yana lah tentang apa itu kawan .. Kawan bagi Yana seseorang yang Yana kenal dan sudi berada di saat Yana sedih dan gembira .. Tak perlulah berada di sisi Yana 24/7 bagi Yana itu bukan tugas seorang kawan .. Allah sahaja yang selayaknya berbuat demikian .. 

Sepertimana yang kita sedia maklum kan , orang zaman sekarang bila rapat sikit kita akan declare dia "BFF" which is Best Friend Forever lah kononnya .. Tapi sedar tak kita sebelum kita mengisytihar yang kita tu Best Friend Forever kepada seseorang tu apakah peranan yang perlu kita mainkan untuk gelar diri kita kawan baik selamanya kepada seseorang ? Yana tak mau mengaku sebab Yana tahu Yana tak mampu nak jadi kawan baik selamanya kepada sesiapa pun .. Yana sedar tahap kemampuan Yana setakat mana dan Yana awal-awal akan tarik diri daripada menjadi kawan baik kepada sesiapa pun .. Mungkin sekadar kawan rapat sahaja yang Yana mampu jadi ..

Kawan , okay Yana gelar dia kawan dan kita berkawan di hampir semua social media yang Yana ada .. Tapi , bila ada satu masa yang memerlukan engagement daripada kawan-kawan Yana .. Yana bukan saja-saja nak tagih "like" dan komen daripada kawan-kawan Yana .. Keadaan memerlukan Yana berbuat demikian .. Ada sesuatu yang Yana sedang buat dan Yana perlukan engagement yang tinggi untuk Yana capai apa yang Yana sedang buat itu .. Tapi , apa yang Yana dapat ? Krik .. Krik ..  Bukan semua krik krik kan Yana ada yang membantu tapi bantuan yang Yana dapat daripada orang yang luar jangkaan Yana .. Tak pernah terlintas di fikiran Yana yang dia akan membantu tingkatkan engagement Yana .. Terima kasih Yana ucapkan untuk itu .. =) 

Selain daripada itu , Yana yakin kawan-kawan Yana tahu siapa Yana dekat sosial media apa peranan Yana di sosial media .. Ya , Yana seorang blogger peranan Yana berkongsi dan ada masa Yana dipertangggungjawabkan untuk handle beberapa job yang diamanahkan oleh client kepada Yana .. Mereka mengharapkan Yana berjaya advertise produk mereka .. Berjaya apa bendanya kalau setakat 3-4 "likes" dan sekadar dua tiga komen .. Sejujurnya , Yana jarang nak tagih simpati daripada kawan-kawan Yana dan Yana nak it happpen naturally .. Yana nak likes dan komen yang Yana dapat tu datang dari hati awak semua .. Yana akui kadang-kadang Yana tak terbalas komen awak semua .. Kalau awak seorang blogger awak pasti tahu bagaimana notifications seorang blogger .. Bukan niat Yana nak cakap besar tapi memang betul notifications seorang blogger datang daripada banyak penjuru .. Ada masa nanti Yana akan tunjukkan .. 

Sampai sini sahajalah Yana berleter , hahaha .. Bukan apa Yana agak terkilan bila ada orang yang mengaku kita kawan tapi tak pernah pun memainkan peranannya .. Kalau perlu bantuan Yana just name it .. In shaa allah Yana cuba untuk tolong .. Kalau perlu komen dan like daripada Yana MENTION .. Yana bekerja , tak selalu Yana akan spend time dengan sosial media sekiranya awak mention atau personal mesej Yana yang awak perlukan bantuan Yana at least Yana akan alert ..  =)


You may also like

6 comments:

  1. Semua orang pasti terkilan bila mengaku dirinya kawan tapi tak memainkan peranan sebagai kawan kn . Baik diri kita mahupun diorang

    ReplyDelete
  2. entah sapalah cipta term BFF tu hehe.. tatau la in reality wujud ke x.. kawan yang baik ok xpe kita boleh cari..

    ReplyDelete
  3. why2? ada yg xpuas hati ke yana mintak like tu, huhu??
    hati lain2 yana..

    ReplyDelete
  4. Sometimes kawan dunia maya lebih rasa rapat daripada kawan realiti. Huhu.

    ReplyDelete
  5. Toooooooooooo saddd...!!!!!!!!!!1

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^