L ♥ I's Stories: Kuih Raya yang Menjadi Pilihan Hati

Kuih Raya yang Menjadi Pilihan Hati

/
14 Comments
July 07, 2017

Kuih Raya yang Menjadi Pilihan Hati

ASSALAMMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semuaaa .. Terlebih rajin pula Yana hari nie .. Tadi Yana cerita mengenai pengalaman Yana beraya pada tahun nie .. Sekarang Yana nak bercerita pula mengenai kuih raya yang menjadi pilihan hati .. =) 


Meriah pulak kan gambar kuih raya kat atas tu .. Bukan gambar Yana punya , Babab.net yang punya .. Hehehe .. Pinjam ye awak gambar cantik nie .. Yana takda pulak ambil gambar kuih raya yang disajikan tahun nie .. Selalunya tiap-tiap tahun Yana akan ambil gambar kuih dan post dekat Facebook , Instgram dan Wechat dengan tujuan nak pancing kawan-kawan Yana datang beraya di rumah .. Hehehe .. Okay , Yana nak cakapa mengenai kuih yang menjadi pilihan hati awak semua ? Nantilah jawab dekat ruangan komen ya .. Bagi Yana bagitau dulu kuih yang selalu menjadi pilihan hati Yana .. Hehehe ..


Tadaaaa ! Inilah kuih yang menduduki carta yang paling atas di hati Yana .. Kalau nak bagi Yana sebalang kuih nie pun Yana terima dengan hati yang terbuka luas , seluas pintu hati saya yang selalu terbuka untuk awak .. Cia cia cia .. Eh , melalut pula Yana .. Kuih Almond London merupakan kuih kegemaran Yana sejak kecil lagi .. Yana memang sangat-sangat suka kuih yang bercoklat .. Nak buat dia senang saja tapi kalau kena buat seorang diri susah jadinya .. Yana dah tak buat kuih nie sebab Yana tak rajin .. Setiap kali kalau ada tetamu yang bawa kuih raya Yana selalu berharap ada terselit kuih Almond London .. Hehehe .. Alahaii , Yana tengok gambar nie pun Yana dah kecur  liur kalaulah Yana boleh real kan kuih-kuih nie .. 


Kuih raya yang menduduki carta nombor dua di hati beta jatuh kepada Shortbread !! Haa , siapa tak suka kuih nie weh ? Ngaku cepat .. Kalau tak suka awak mesti tipikal yang tak suka manis-manis kan ? Gila weh kuih nie sedap kot .. Bagi penggemr coklat macam Yana nie bila dapat makan kuih nie memang heaven gila .. Dulu masa Yana sekolah bila orang bagi kuih nie memang Yana akan berebut nak makan .. Tapi , sekarang Yana dah kerja Yana dah mampu beli sendiri kuih nie .. Beli ye bukan buat sebab Yana mengaku siap-siap yang Yana tak reti nak buat kuih nie .. 


Tempat ketiga jatuh kepada biskut Cornflakes Madu .. Kuih yang paling senang nak buat dan Yana tetap malas nak buat .. Hahaha .. Sedap kuih nie , kalau yang pandai buat dapat kekalkan kerangupan cornflakes tu lagi awesome .. Kalau dapat jamah nie memang tak sedar diri tahu-tahu dah nak habis sebalang .. Hehehe ..

Yana yakin awak semua mesti hairan kan .. Apa benda lah yang Yana rajin bila semua benda Yana cakap malas .. Sebenarnya , Yana ada juga buat kuih raya sendiri iaitu tart nenas dan kuih samperit tapi kedua-duanya Yana kurang gemar .. Dah tak gemar kenapa Yana buat ? Umi Yana suka makan kuih tu jadi  Yana buat sajalah bukan susah mana pun .. Hehe , tapi kan ramai jugak kawan-kawan Yana yang suka makan kuih samperit dan tart nenas jadi tak sia-sialah kuih yang Yana buat tu sebab ada yang sudi makan .. 


Inilah rupa kuih samperit yang Yana buat sendiri .. Umi cakap sedap .. Yana tak puji diri sendiri dia yang kata .. Teringin juga nak mengambil tempahan .. Tapi , takut diri ini kurang rajin pula .. =P


Okay nie tart nenas yang Yana buat buat .. Ini pon umi cakap sedap manis dan gebu .. Hahaha .. Bolehlah kan kalau Yana nak mengambil tempahan ? =P Okay sampai sini sahajalah cerita kuih raya Yana .. Jumpa lagi dalam entri lain pula .. Kongsilah kuih kegemaran awak semua dekat ruangan komen Yana tu .. In shaa allah Yana baca dan balas nanti .. =) Byeeee ..


You may also like

14 comments:

  1. Mrs. A pun suka samperit dah dua tahun order jer... dari officemate.

    Kalau bab kuih raya Mrs. A suka jenis cookies goreng-gorengan jatuh no dua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee .. order senang tapi kena kuar duit sikitlah .. Tapi main dgn kerja x sempat order je la last solution .. =P

      Delete
  2. tahun ni tak jumpa lagi almond london tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe Yana merasa jugak la 2-3 biji org bg .. =)

      Delete
  3. yes..kalau ucing suka popia kecil tu (^_^).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang mana satu tu ? Suci dalam debu or simpul kasih ? Hehe ..

      Delete
  4. shortbread tu fav arwah ayah.. beli sbekas tahun ni each time makan rasa sayuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana suka , but bila makan non stop manis ler pulak .. Huhu .. I can feel it kak siti .. Sabar ye =(

      Delete
  5. Yaya suka kuih suji dengan cornflakes madu! Wee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa , biskut suji .. Sedap jugak yang tu pun .. Cornflakes pejam mata ja boleh setel hehe ..

      Delete
  6. Hahaha ! Cepat g korek kuih raya ritu ..

    ReplyDelete
  7. Almond london mai selalu buang badam bagi kat mak, hahahaha. Tak makan badam. Fav mai tart nenas > biskut arab > butter cookies > dan cornflakes madu. Hahaha padaham semua bedal je. Macam makan nasik je layan sambil tengok tv.

    ReplyDelete
  8. Kalau tanya kekya kuih raya yang jadi pilihan pastinya biskut Mazola..

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^