L ♥ I's Stories: Western Food Terbaik Di Dapoq Chaen

Western Food Terbaik Di Dapoq Chaen

/
7 Comments
July 30, 2017

Western Food Terbaik Di Dapoq Chaen

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii .. Okay hari nie Yana nak kongsikan pengalaman Yana menjamu selera di Dapoq Chaen .. Yana mendapat tahu mengenai kedai Dapoq Chaen nie daripada rakan sekerja Yana .. Katanya , western food dekat Dapoq Chaen nie daebak .. Yana pun teringin lah nak rasa se daebak mana kan makanan dekat Dapoq Chaen nie .. Eh takmau lah membebel sangat jom lah Yana ceritakan dengan lebih detail lagi .. Ouh ya , Yana nak cakap nie Western Food terbaik di Dapoq Chaen , memang terbaik tak dapat disangkal tau .. =)


Bersesuaian dengan cogan kata mereka "Moga Anda Dituduh Kenyang" memang Yana sangat kenyang pada malam Yana makn di kedai Dapoq Chaen nie .. Kedai Dapoq Chaen terletak berdekatan dengan rumah Yana .. Yana pun tak tahu mengenai kewujudan kedai daebak ini , kalau kawan Yana tak bagi tahu mungkin sampai sekarang Yana tak tahu .. Terdapat pelbagai menu western yang terdapat di Dapoq Chaen .. Jom Yana tunjukkan satu per satu .. Mohon terliur hehehe ..





Haa nie antara sebahagian menu yang terdapat di Dapoq Chaen .. Cakap dengan Yana macam mana tak terliur dengan macam nie punya presentation .. Sejujurnya Yana nak cakap Dapoq Chaen nie sebenarnya kedai biasa-biasa saja yang terletak di tepi jalan Dapoq Chaen bukanlah sebuah kedai hipstur yang menjadi kegilaan ramai orang sekarang nie .. Tapi , Yana nak cakap jangan sesekali judge makanan based on luaran kedai tu .. Yana cadangkan masuk dan cuba bak kata pepatah try and error  kalau tak cuba macam mana nak tahu kan ? Menu kat atas nie Yana tak pernah cuba lagi jom Yana tunjukkan pula menu yang telah Yana cuba ..



Tadaaa ! ITALIAN CHICKEN GRILL menjadi pilihan hati Yana pada malam Yana berkunjung ke Dapoq Chaen .. Indah rupa indah juga rasanya .. Yana tak tipu okay .. Sekiranya makanan tak sedap Yana akan pilih untuk tidak menulis review instead of condemn makanan tu .. Jangan risau mengenai harga , ianya harga mampu milik dan sangat berpatutan .. 


Smoke Barbeque Chicken Burger , menjadi pilihan partner in crime Yana .. Sedap katanya dan sangat-sangat mengenyangkan .. Hasil kombinasi daging ayam dan ham ayam tu sangat menyelerakan .. Apa kata yang berdekatan pergi cuba .. =)


Cheezy Beef Meatball , menjadi pilihan sampingan Yana .. Bagi Yana meatball nya sedap dan sangat serasi dengan kuah yang disertakan bersama tu .. Kuantiti meatball dan saiznya bagi Yana okay tak begitu besar dan takda lah kecil sangat , just nice ..


Jus oren menjadi pilihan kami berdua rasa segar saja tau jus nya tak macam sesetengah kedai yang jus buah-buahannya lebih kepada rasa gula sahaja .. Tapi , jus yang kami berdua minum nie masih terpelihara rasa buahnya .. 


Orang kata nie merupakan trademark Dapoq Chaen .. Yana tak berkesempatan nak cuba lagi .. Pada malam Yana pergi tu memang dah ringan saja nak order MUSHROOM SOUP nie , memandangkan saiz rotinya sangat besar Yana pun takut tak habis makan jadi Yana hold sekejap hasrat hati nak merasa keenakkan mushroom soup nie .. In shaa allah kalau Yana pergi sekali lagi ini akan menjadi pilihan utama Yana =)

Okay , sekian sahaja review Yana untuk kali nie .. In shaa allah kalau Yana berkunjung lagi ke kedai makanan yang rare dan sedap-sedap makanannya in shaa allah akan Yana kongsikan di jurnal peribadi Yana nie .. 

Instagram : dapoq_chaen
Facebook : Dapoq Chaen

* sesetengah gambar Yana kreditkan kepada Facebook Dapoq Chaen *



You may also like

7 comments:

  1. Tringin western pulak, byee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe .. Kalau mai belah sini sila singgah naa .. =)

      Delete
  2. sedapnya...sabar jak lah wahai tekak..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe .. Sorry Yana tergoda pulak .. =p

      Delete
  3. Moga anda dituduh kenyang ..wahh hebat cogan kata dia .hehe

    ReplyDelete
  4. myeal pulak klik link makanan ni.. lapar terus..

    ReplyDelete
  5. amboi... tengok dia punya chicken chop tu terliur sudah. insyallah kalau dtg ke penang satu hari nanti blh singgah. yana kne belanja tau.. hehehe

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^