L ♥ I's Stories: Dia yang Pertama - ArzMoha

Dia yang Pertama - ArzMoha

/
7 Comments
August 04, 2017

Dia yang Pertama - ArzMoha

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hamboihh ... 1st impression hampa bila nampak tajuk entri nie apa yang bermain dalam fikiran hampa ? Hahaha .. Jangan nak salah faham sangat okay , Yana bukan macam si Afifah Nasir tu .. Oopss .. Okay , back to our topic for today dia yang pertama , ya Arz memang yang pertama ambil Yana sejak Yana menjejakkan kaki ke dunia blogging nie .. Yana mula buat blog memang tak ada arah tujuan , SEO semua tu memang Yana tak pernah tahu dan tak mau tahu pun akan tetapi selepas Arz terima Yana untuk sertai Blogger Utara dari situ Yana sedar benda yang Yana tak mahu tahu itu semua PENTING ..


Hm , macam Yana berjaya memasukkan diri Yana dalam Blogger Utara ya ? Erm , sekejap Yana nak flashback balik .. Oh ya , Yana tengok dekat facebook kebanyakkkan blogger mempunyai kelab masing-masing .. Jadi , Yana pun terpanggil untuk menyertai sekurang-kurangnya satu kelab pun jadilah paling tidak akan ada yang guide Yana dalam dunia blogging nie .. Yana private message Arz masa tu , Yana cakap apa kriteria yang diperlukan untuk Yana join Blogger Utara ..

" Buat waktu ini belum ada requirement dan kami di Blogger Utara juga belum ada apa-apa aktiviti setakat ini hanya sekadar berkenalan dan berbincang mengenai blog .. Cuma apa yang diperlukan adalah membuat bloglist semua ahli Blogger Utara"

Haa , itu jawapan Arz kepada soalan Yana .. Ada lagi perbualan kami , tapi Yana putuskan untuk jadi simpanan peribadi Yana sahaja .. Pada awal Yana sertai Blogger Utara memang kami banyak bercakap mengenai blog dan cara untuk memperbaiki blog dari masa ke masa antaranya , cara penulisan , letakkan label , keywords , properties dan caption pada setiap gambar dalam entri .. Selain itu , Arz ada ajar juga cara pasang Google Analytic ..


Review di Wonder Food Museum merupakan review pertama Yana sebagai blogger dan dekat sinilah pertama kali Yana berjumpa dengan sebahagian daripada ahli Blogger Utara .. Tak kenal maka tak cinta , itulah yang dapat Yana katakan bila pertama kali kami bertemu , dalam group whatsapp mungkin ada sesetengah nampak serius dan pendiam sebenarnya tak pun masing-masing sangat ramah ..


Okay , Review di Overstepped Cafe  merupakan review kedua Yana bersama ahli Blogger Utara , tak semua dapat sertai memandangkan cafe nie terletak agak jauh dan waktu review pula pada waktu malam sebab itulah tak semua yang dapat sertai .. 



Sebenarnya , ada lagi beberapa review yang telah ahli Blogger Utara berjaya laksanakan ada sesetengah Yana dapat join ada yang Yana tak dapat join .. Kalau  hampa nak kenal Blogger Utara dengan lebih dekat boleh lah tengok di Facebook dan instagram Blogger Utara ..

Terima kasih ye Arz , sebab sudi terima Yana dan boleh layan perangai kuat merajuk nie .. Hahaha .. Untuk pengetahuan semua bukan sekali dua Yana merajuk tau dah banyak kali tapi Arz masih boleh bersabar tak pernah pula dia sound Yana , kalau ada pun dia suruh Yana kuat dan jangan cepat sentap .. Hee , tapi Yana nie memang sensitif teramat sangat susahlah Yana nak kuatkan diri nie .. Yana nak cakap apa yang Yana ada sekarang , permulaan Yana dengan Arz , kalau Arz tak terima Yana tak tahulah mana tempat Yana sekarang .. =)



You may also like

7 comments:

  1. Kalau bkn sbb abg arz mesti blog kak yana tak aktif mcm skrg kan. Kena ada support baru semangat. Hihii.

    ReplyDelete
  2. Baru nak komen cia cia cia... All the best Yana...

    ReplyDelete
  3. ok...baru faham...bila dah masuk satu-satu kelab ni,kita akan dapat satu pengalaman yang lebih luas kan...

    ReplyDelete
  4. selamat maju jaya team Blogger Utara.. :)

    ...

    ReplyDelete
  5. Tajuk bikin gempak...bagus x mencontohi apipah..u go girl..hahaha

    ReplyDelete
  6. Ermm yang pertama sangat... Aumm aumm..
    Good luck dalam dunia blog. Iolss pun masih byk benda lg nk belajar. BTW, knp amek picture abg arz ko tak gosok baju ni..?? hahahahaa

    ReplyDelete
  7. Bila baca entri ini..teringat satu masa dahulu ini juga permulaan saya. Kosong dan keseorangan. Dibantu oleh seorang kawan yang tahu mengenai blog tetapi bukan blogger sebenar.

    hari ke hari mencari ilmu dari seorang rakan blogger lain dan juga hasil carian di google...

    sama-sama kita berkongsi. Sharing is caring...

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^