L ♥ I's Stories: DOUBLE STANDARD

DOUBLE STANDARD

/
4 Comments
August 24, 2017

DOUBLE STANDARD

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Selamat malam semua .. Ada lagi ke yang tak tahu apa tu "DOUBLE STANDARD" ? Ouh better Yana huraikan sebab tak semua berpendidikan tinggi .. Terutamanya Cik Pengarang nie .. Yana pun baru saja tahu apa tu double standard sebab baru google tadi .. Kasihankan ? Takpa , Yana redha sebab tak semua berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang tinggi ..


DOUBLE STANDARD atau dalam Bahasa Malaysia nya PILIH KASIH .. Mesti semua tahu kan pilih kasih tu macam mana kan ? Okay , Yana bagi satu situasi dekat sini  layanan yang diberikan kepada Pihak A sangat baik manakala layanan kepada pihak B orang sekarang cakap so so saja .. Suka bila diperlakukan begitu ? Kalau soalan nie diajukan kepada Yana , Yana tak suka ! Tapi , itulah orang selalu kata apa yang kita tak suka itulah yang kita akan dapat ..

Sejujurnya , Yana memang pernah diperlakukan macam tu pergilah ceruk mana pun akan ada sikap pilih kasih nie .. Yana sendiri naik hairan kenapa perlu ada sikap pilih kasih nie sedangkan di mata Allah kita  semua sama yang membezakan kita hanyalah amalan kita .. Kenapa ? Degree awak nanti boleh bawa masuk kubur ? Status awak sekarang akan dikenang sampai ke alam barzakh ? Harta awak boleh beli tiket untuk masuk syurga ? Answer me , boleh ?? Haa , tahu pun tak boleh dah tu apa motif nak kena pilih kasih dia dapat itu yang dia nie dapat kurang .. Tak tahu ke apa perasaan orang yang dapat kurang tu ? Kecil hati dia walaupun dia cuba sebaik mungkin untuk menyembunyikannya ..

Yana tahu tu semua hak awak , awak ada hak untuk pilih macam mana layanan yang awak nak berikan kepada orang .. Cuma satu saja Yana nak minta , cuba letak diri awak dalam situasi macam tu ..  Boleh tak awak rasa apa dia rasa ? Awak suka akan perasaan tu ? Jawab Yana dengan jujur .. Jangan cakap awak tak kisah tipu kalau tak ada sekelumit rasa terkilan kalau awak diperlakukan begitu kan ?

Cukuplah sampai sini saja , nanti ada pula yang fikir nie entri meroyan .. Yana cuma nak luahkan apa yang Yana perhatikan selama nie .. Ingat pakaian terakhir kita nanti kain kafan , tempat tinggal terakhir kita kubur , harta yang bersama hanyalah amalan dekat dunia .. Assalammualaikum ..


You may also like

4 comments:

  1. pergilah ke pelusuk dunia mana pun..perkara sama ujian sama pasti ada. Apa yang boleh just ignore, dan tumpukan pada apa yang sedang diusahakan...

    ReplyDelete
  2. sebab pilihan di dunia sementara ni manusia yang buat, yang mana hatinya sering berubah. kalau sesuatu pilihan itu dari Allah, sekecil-kecil perkara pun dikira.

    ReplyDelete
  3. ala, syian dia..mai sini meh timm pi tumbuk depa yg double standard tu..hihi

    ReplyDelete
  4. Memang tak best dalam situasi ni.. Lumrah manusia mesti ada yang pilih kasih.

    Semoga bertabah. :(

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^