L ♥ I's Stories: Hancur Hati Kecilku

COPY

Hancur Hati Kecilku

/
9 Comments
August 05, 2017

Hancur Hati Kecilku

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hm , hancur betul hati Yana pagi tadi .. Lain yang Yana harapkan lain yang Yana dapat .. Kawan-kawan muka buku Yana mesti nampak kan gambar roti sosej yang Yana tunjuk tadi .. Niat Yana menulis entri nie bukanlah sebab nak mengaibkan atau mengata Yana cuma nak menegur ..


Nak dijadikan cerita pagi tadi sebelum Yana bergerak ke tempat kerja Yana ada singgah di gerai tepi jalan nie .. Yana jarang beli dekat situ  memandangkan gerai tu saja yang paling dekat Yana pun singgahlah .. Kuih muih yang dijual biasa-biasa saja takda lah meriah sampai boleh membuatkan Yana rambang mata tak tahu nak beli yang mana ..

Lepas dah puas tengok-tengok  kuih yang ada Yana pun bungkuslah popia goreng 5 biji dan roti sosej kononnya nie 5 biji .. Sebiji kuih dijual dengan harga 40 sen saja ..  Okay , bila Yana sampai ke ofis Yana refill air dalam bekas Yana dan buatkan secawan kopi sambil membuat laporan harian Yana nak lah makan kuih yang Yana beli tadi Yana pilih roti sosej tu dulu .. Semangat saja Yana makan sebab Yana memang suka roti sosej nie .. 

Selepas gigitan pertama tu Yana tengok isi dalamnya .. Alahai besar tu saja sosej nya .. Yana jadi terfikir berapa kali dia potong sosej tu sebesar tu saja jadinya .. Pada awal tu Yana dah bagi dekat bos Yana roti sosej nie malu Yana bila dia makan tengok sosej besar tu .. Sekiranya Yana tahu , memang Yana tak bagi ..

Nasihat Yana dekat sini  kita nie bila berniaga sebolehnya terapkanlah sedikit niat untuk bersedekah .. Yana tahu peniaga mana yang nak rugi dan tak mahu untung kan ? Tapi , bila dah sampai tahap nie Yana rasa tak patutlah .. Even dalam Islam pun ada kata bila kita bersedekah bertambah murah rezeki kita .. Yana percaya itu sebab pernah jadi dekat Yana okay Yana bagi contoh bukan Yana nak menunjuk .. Pernah satu hari Yana ke pasar malam .. Masa Yana nak masukkan baki duit Yana dalam dompet , mata Yana terpandang sepasang pakcik dan makcik minta sedekah dekat situ ..  Yana tak jadi masukkan duit baki tu sebaliknya Yana suruh adik Yana bagi duit tu dekat pasangan tua tu .. RM3 duit baki Yana pada masa tu .. Keesokkan harinya , Yana buka emel Yana seperti yang Yana selalu buat , Traveloka offer Yana job bernilai RM300 .. Tengok , nikmat Allah yang mana lagi yang kita nak nafikan ? Tak rugi sekiranya kita bersedekah tak dapat bagi banyak sedikit pun dah memadai .. =)

Sekian sahaja perkongsian Yana untuk malam nie .. Ada masa dan umur yang panjang kita jumpa lagi nanti .. Maafkan sekiranya sepanjang penulisan Yana nie , Yana ada terguris hati sesiapa ..


You may also like

9 comments:

  1. Alahai.. kuih muih sekarang kan.. ciput2 isinya.. kuih muih GST la katakan. hahai

    ReplyDelete
  2. nak buat apa pun hati kena ikhlas dan jujur kan ;)

    ReplyDelete
  3. sabar je la bab kuih tu..
    Bab traveloka tu.... tahniah..!!! blh la bank in sikit kat ur big brada ni..

    ReplyDelete
  4. cepat la org niaga tu g mekah..hihi

    ReplyDelete
  5. hati-hati lain kali masa nak mem beli..kadang-kadang ada peniaga nih tak berapa jujur..

    ReplyDelete
  6. berniaga tak jujur. nak untung jgn la sampai mcm ni.

    ReplyDelete
  7. kann..byk jg yg cm tuu..Alhamdulillah stkt ni kt opis k.sha byk yg suka sedekah..tp memang sold out aje klu lmbt kedai tuu

    ReplyDelete
  8. Alahai kecik ketet sosej tu.

    ReplyDelete
  9. Akak rasa di belah empat nih yana..berniaga mcm ni cpt naik haji..

    P/S dah follow blog Yana..yeayyy

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^