L ♥ I's Stories: Siapa Aku ? -Lyana Ishak

Siapa Aku ? -Lyana Ishak

/
6 Comments
August 29, 2017

Siapa Aku ? -Lyana Ishak

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua , memandangkan Yana ketandusan idea untuk selesaikan tugasan review Yana yang tersusun tu jadi Yana putuskan untuk kenalkan serba sedikit mengenai diri Yana kepada orang yang nak tahu .. Kalau ada yang tak nak tahu , hello , do I care ? =P


Basic Info ..


Nama diberikan Nurliyana binti Ishak , nama yang Yana gunakan dekat semua sosial media ialah Lyana Ishak lebih mesra disapa dengan nama Lyana ataupun Yana .. =) Anak kelahiran Pulau Pinang juga merupakan anak pertama daripada dua beradik .. Dilahirkan pada tanggal 27 April 1991 (26 tahun , tahun nie) .. Seorang yang sensitif dan cepat merajuk .. Hahaha .. Itu Yana mengaku sebab obvious sangat =P ..

Okay , hobi ? Kalau ada yang friend dengan Yana di muka buku mesti dah tau apa hobi Yana .. Yaa , Smule , bila bercakap pasai Smule mestilah hobi Yana menyanyi walaupun suara mintak penampaq orang Penang cakap .. Selain tu , Yana suka menulis .. Yana suka tulis apa yang Yana nampak , rasa dan observe .. Sebab tu lah Yana pilih untuk jadi seorang Blogger ..

Kenapa Pilih Untuk Jadi Blogger ?


Pertamanya sebab Yana suka menulis , Yana suka luahkan apa yang Yana rasa dan nampak melalui penulisan .. Boleh tulis dan luah dekat muka buku tapi macam tak berapa proper sebab Yana kalau buat luahan memang berbentuk esei .. Yana mula blogging pada tahun 2010 masa Yana di tingkatan 6 .. Pada masa tu blog Yana memang macam diari template pun bodoh-bodoh saja siap ada lagu lagi tau .. Hahaha .. Mula serius 2 tahun lepas kalau Yana tak silap tapi Yana tak guna blog lama Yana buat semula blog dan bermula balik dari awal sampailah ke tahap sekarang .. 

Pencapaian ?


Okay , bila bercakap mengenai pencapaian Yana tak ada lah bagus sangat .. Apa yang boleh Yana katakan dekat sini Yana dah improve sedikit demi sedikit .. Alhamdulilah , semua nie Yana dapat sebab banyak yang berdiri di belakang Yana .. Ramai kawan-kawan blogger yang membantu disaat Yana memerlukan .. 

Sejauh mana nak pergi ?


Memang Yana ada letak goal dalam blogging nie .. Yana nak suatu hari nanti blog Yana dikenali semua orang dan menjadi rujukan orang untuk itu banyak yang Yana kena perbaiki .. Menulis mmerupakan minat Yana dan in shaa allah kalau tak ada aral melintang Yana akan setia dengan blog selagi hayat dikandung badan .. Yana nak pergi jauh dengan blog nie .. Yana tau dia boleh bawa Yana pergi jauh asalkan Yana berusaha ..

Cita-cita ?


Okay , bila cakap pasai nie agak lawak lah .. Masa Yana di sekolah rendah cita-cita Yana nak jadi cikgu , tapi bila dah ke sekolah menengah Yana lebih meminati nak menjadi pramugari sebab Yana suka bergaya acah-acah model dan pada masa yang sama Yana nak mengelilingi dunia .. Tapi , memandangkan Yana anak emas dalam keluarga Yana memang Yana ditegah sama sekali untuk menjadi pramugari nak jadi cikgu pun tak mampu sebab masa sekolah dulu banyak main .. Hee ..


Bila Nak Kahwin ?

Hahahaha ! Okay , sejujurnya lah kan kahwin bukanlah keutamaan Yana .. Sebolehnya Yana nak avoid daripada berkahwin .. Gila kan Yana ? Sebab Yana tak mau lepas kahwin nanti Yana terikat ini tak boleh buat , itu tak boleh buat Yana gembira dengan life Yana sekarang .. Tipu kalau Yana cakap tak teringin langsung , kadang-kadang tu ada rasa  teringin tapi rasa tak mau tu berjaya mengatasi rasa teringin tu .. Hehehe ..

Yana rasa cukuplah sampai sini ya .. Nanti kita sambung lagi .. Selamat malam =)





You may also like

6 comments:

  1. oooo nama lyana.. org penang ka....
    baru 26 tahun..muda lagi...
    errrmm merajuk kuat ni...

    ReplyDelete
  2. Kann,lagi prefer menulis dkt blog drpd panjang2 dkt fb

    ReplyDelete
  3. Heee banyak dapat tau pasal Yana dari entry ni, hihihi.

    ReplyDelete
  4. Hai lyana... nice to know u. hehehe...muda setahun rupanya...singgah sini pagi ni.

    ReplyDelete
  5. selamat berkenalan lyana ishak..eh..haha

    ReplyDelete
  6. hamboi dia soalan bilaaa nak kawen tu ngeh3..

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^