L ♥ I's Stories: Pengalaman Makan Malam di Marios Italian Restaurant

Pengalaman Makan Malam di Marios Italian Restaurant

/
5 Comments
October 28, 2017

Pengalaman Makan Malam di Marios Italian Restaurant 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua .. Okay hari nie Yana sangat berbesar hati nak kongsikan dengan awak semua mengenai│Pengalaman Makan Malam di Marios Italian Restaurant ..  Dah dari nama pun ada Itali semestinya makanan-makanan dekat sini berkonsepkan Itali gituuuu .. Nak tau dengan lebih lanjut ? Jemput baca sampai habis ye .. =)

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
Pandangan Hadapan Sebelum Memasuki Marios Italian Restaurant

Gambar di atas nie menunjukkan pandangan hadapan sebelum memasuki Marios Italian Restaurant nie .. Memang berwarna-warni dan nampak sangat ceria dari bahagian luar .. Haa , nie baru dekat luar belum lagi masuk dalam terpesona awak semua sekejap lagi ..

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
Salah Satu Dekorasi Dekat Marios Italian Restaurant , gambar kredit : Lia Hasty

Sebelum Yana ke "watak utama" entri nie izinkan Yana berkongsi beberapa view yang berjaya memikat hati Yana dan membuat Yana terpesona dengan restoran yang berkonsepkan Itali ini ..

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
Pintu masuk ke Mario's Italian Restaurant , gambar kredit : Lia Hasty

Ini merupakan pintu masuk ke Marios Italian Restaurant .. Yana akui restoran nie kelihatan agak mewah .. Bagi golongan yang tak berapa nak berada macam Yana nie mungkin rasa sedikit cuak nak masuk .. Tapi , jangan risau baca sampai habis ya .. Yana akan ulaskan harga makanan dekat sini .. =)

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
Posing Sekejap Dekat Buai Laju Laju Nie 

Sebelum Yana bawa awak semua teroka ke dalam , but 1st let me posing ! Hehee .. Menarik idea letakkan buaian dekat sini .. Dapat juga wujudkan elemen santai .. Yana suka ♥

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
Susun Atur Meja Dekat Luar

Tadaaa ! Semakin ke dalam semakin cantik lah pemandangan nie .. Sebenarnya kan , restoran nie berkonsepkan indoor dan outdoor .. Masa Yana dan beberapa rakan Yana yang lain datang ke sini pemilik restoran nie dah reserved tempat dekat dalam untuk kami sebab kami agak ramai .. Kalau yang berpasangan tu Yana sarankan pilihlah outdoor tapiiiii , kalau tak hujanlah .. Kenapa ? Jom sambung baca .. Hehehe ..

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
Fefeling Sekejap , Cantik Betul View Pada Waktu Malam 

Jujur jawab soalan Yana nie , cantik tak view dalam gambar nie ? Hahaha .. Cantik kan ? Sebab itulah yang berpasangan Yana sarankan awak berdua pilih outdoor , so you both can enjoy the view of the night .. Sangat cantik dan memukau pandangan Yana .. ♥♥

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
Dekat Sini Pun Cantik View Dia

Semasa perjalanan Yana ke sini Yana hairan kenapalah pemilik restoran nak kena buat restoran ini di atas bukit .. Rupanya , tatkala Yana melangkah masuk dan berada di sudut gambar ini diambil Yana dah dapat jawapan kepada soalan Yana tadi , it's totally worth it .. Pemandangan dari atas memang sangat memukau .. Jom tengok makanan yang disediakan dekat sini .. =) Finally kan ? Hehehe ..

BAKED BREAD 

CHEESY GARLIC BREAD & BRUSCHETTA ♥

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
CHEESY GARLIC BREAD & BRUSCHETTA

Cheesy Garlic Bread & Bruschetta merupakan hidangan 1st batch yang kami terima .. Cuba teka , sedap atau tidak ? Jawapan Yana rasanya langsung TIDAK MENGECEWAKAN =) .. Selain dua hidangan ini awak boleh juga cuba Garlic Bread .. =)

SALADS

SEAFOOD SALAD ♥

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
SEAFOOD SALAD

Okay gambar dekat atas nie nama dia Seafood Salad , dalam Seafood Salad nie ada ikan salmon rebus ,udang dan sea bass dihidangkan bersama dengan pecan , cuka oren dan raspberry .. Rasanya sedikit masam namun masih boleh diterima tekak ..

SOUPS 

CLAM CHOWDER , CREAM OF MUSHROOM & CONSOMME MARINARA ♥

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
CLAM CHOWDER


review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
CREAM OF MUSHROOM , gambar kredit : Lia Hasty

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
CONSOMME MARINARA


Yana rasa ketiga-tiga soups nie .. Pilihan Yana ialah Consomme Marinara , Lia dan Olivia masing-masing memilih Clam Chowder manakala Ika , JasJas dan Akma memilih Cream of Mushroom .. Rasa Clam Chowder sedap bagi Yana , kenapa Yana tak pilih nie ? Sebab Yana tak berani nak ambil risiko .. Tetapi tanggapan Yana salah sama sekali , Cream of Mushroom pula sangat sesuai kepada penggemar sup cendawan kerana sup dia sangat berkrim memang puas hatilah orang kata .. Terbaikkk ! Oh ya sebelum Yana lupa Yana nak cakap yang sup nie turut dihidangkan bersama roti ..

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang

Inilah roti tu .. Wheat bread nie kalau tak salah Yana , hehehe tak ada dalam menu Yana rasa memang mereka akan hidangkan bersama sekiranya pelanggan ada memesan sup dekat sini .. =)

BAKED DISHES

CHICKEN LASAGNE ♥

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
Chicken Lasagne

Kalau tengok gambar saja boleh agak tak rasa dia macam mana ? Yess , sedap lah apa lagi ? Haha ! Sabar saja lah kami semua sebab sebelum kami menjamah setiap hidangan yang diberi kami kena "bagi kamera makan dulu" bau Chicken Lasagne nie sangat mengancam .. Rasa apatah lagi , recommended ! Selain Chicken Lasagne awak boleh juga cuba Beef Lasagne ataupun Vegetarian Lasagne .. =)

APPETIZERS

SMOKED SALMON & GARLIC KING PRAWN SPECIAL ♥

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
SMOKED SALMON

Rasa Smoked Salmon nie lebih kurang sama dengan Seafood Salad sebab kedua dua hidangan ini disirami dengan balsamic .. Balsamic kalau tak salah Yana merupakan sejenis cuka .. Sedikit masam namun tetap sedap dengan cara dia tersendiri ..=)

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
GARLIC KING PRAWN SPECIAL

Nama diberi ialah Garlic King Prawn Special , masa Yana rasa hidangan nie mata Yana terpejam sebentar .. Nampak tak betapa Yana menikmati hidangan sedap nie .. Kuah dia ada rasa bawang putih tapi tak terlalu kuat lah .. Orang kata just nice .. Udang dia semestinya segar uii .. Recommended !! Selain Smoked Salmon ada beberapa lagi menu untuk appetizers iaitu Fried Calamari , Cheese & Spinach Patties (V) , Veggie Wonder , Eggplant Parmigiana dan Prawn Cocktail ..

PASTA

LINGUINE AGLIO OLIO ♥

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
LINGUINE AGLIO OLIO

The classic dish simple yet bursting with flavors .. Thin flat pasta tossed wit fresh garlic , olive oil , parmesan cheese and chili flakes .. A great dish for vegetarians or anyone who is health-conscious ..

SEAFOOD

GRILLED SALMON FILLET ♥

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
GRILLED SALMON FILLET

Topped with an orange mustard sauce , served with mashed potatoes and seasonal vegetables .. Sebenarnya Yana nie agak cerewet kalau pasai makanan nie , sekiranya makanan ada bau kurang menyenangkan seperti hanyir Yana akan berhenti menjamah makanan tersebut tetapi rasa ikan salmon nie sedikit pun tidak hanyir malah menyelerakan .. Recommended !!

PIZZAS 

CHICKEN MASALA & PRAWN MASALA ♥

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
CHICKEN MASALA PIZZA

Okay nie Pizza Chicken Masala , rasanya agak berempah dan pedas sikit .. Kalau awak tu tipikal yang tak makan pedas langsung Yana syorkan cuba Prawn Masala sebab bagi Yana Prawn Masala rasanya kurang berempah dan kurang pedas dan sangat sesuai untuk tipikal yang tak makan pedas macam Yana ..


review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
PRAWN MASALA PIZZA

Sebenarnya kedua-dua pizza nie belum lagi officially launch .. Kami diberi penghargaan untuk merasai terlebih dahulu kedua-dua pizza sebelum dijual kepada pelanggan lain .. Guess what ? Yes , we approved this ! ^_^

review marios italian restaurant , food review , makan best dekat penang
FOOD REVIEW TEAM AT MARIOS ITALIAN RESTAURANT

Sejujurnya kami semua sangat berpuas hati dengan Marios Italian Restaurant nie .. Bukan saja restorannya yang sangat selesa , cantik dan nampak ekslusif namun makanannya sangat menyelerakan dengan harga mampu milik bagi Yana agak berpatutan lah .. Untuk maklumat lanjut awak boleh layari :

Instagram : mariosbukitjambul
Waktu Operasi : 12-00-15.00 , 18.00-22.00
No telefon :019-472-5837
Alamat : 88 Lintang Bukit Jambul Sungai Nibong ,
11900 Penang , Malaysia .

 Terima kasih tak terhingga Yana ucapkan kepada pemilik Marios Italian Restaurant kerana sudi menjemput Yana dan kawan-kawan untuk menikmati hidangan makan malam yang mewah dekat sini ..

Oh ya , awak semua boleh juga baca review Mario's Italian Restaurant di blog kawan-kawan Yana nie : -

LIA HASTY : 



IKA :

DINNER DI MARIO’S ITALIAN RESTAURANT, BUKIT JAMBUL , PENANG


AKMA :

Mario' Italian Restoran Sentiasa Menyajikan Menu Yang Menarik

JASJAS :


OLIVIA :

DINNER IN BANGLOW @ MARIO'S ITALIAN RESTAURANT




You may also like

5 comments:

  1. Sedap..harga berpatutan itu yang dicari-cari.

    ReplyDelete
  2. alahai sedapnya pasta lasagna semua ni

    ReplyDelete
  3. Jemput singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/mengapa-sistem-saps-ibu-bapa-sangat.html

    ReplyDelete
  4. wow... cantik tempatnya.... food pun tgk semua dh menggiurkan...

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^