L ♥ I's Stories: Alami Suasana Misteri Di Ghost Museum Penang

Alami Suasana Misteri Di Ghost Museum Penang

/
1 Comments
November 21, 2017

Alami Suasana Misteri Di Ghost Museum Penang 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua ..Selamat malam Yana ucapkan .. Yana yakin mesti ramai yang akan baca entri nie pada siang hari Yana pun dengan gigihnya mengarang entri macam nie pada waktu yang sunyi .. Hahaha !
Okay benda nie sepatutnya dah lama tau Yana nak kongsi memandangkan rasa malas ditambah dengan kekangan masa malam nie baru Yana dapat share dekat awak semua .. Jom │Alami Suasana Misteri Di Ghost Museum Penang ..


Okay bulan Oktober hari tu kalau Yana tak silap , Yana dan beberapa rakan blogger yang lain telah berkunjung ke Ghost Museum yang terletak di Lebuh Melayu Penang ..Pada awalnya Yana nak tolak kunjungan ke sini sebab Yana nie bukannya berani sangat .. Tapi selepas diyakinkan bahawa hantu dekat muzium semua baik-baik belaka jadi Yana beranikan diri masuk ke dalam nie ..


harga tiket untuk masuk ke sini bagi Yana mampu milik tak ada lah mahal sangat sekiranya awak tu warganegara Malaysia ada MyKad baru RM18 kena bayar , kanak-kanak yang ada MYKid hanya RM10 harga tiket untuk mereka , oh ya pelajar pun sama sekiranya awak mempunyai kad pelajar hanya RM10 harga tiket yang di caj ..


Pengembaraan kami berenam di sini disambut oleh "hantu melayu" .. Okay , masuk-masuk dah ada muzik yang boleh tahan dia punya mendayu .. Kalau nak tahu muzik apa Yana sarankan awak semua pergi dan alami sendiri macam mana Yana rasa sepanjang Yana berada dekat ghost Museum  Penang ..


Gambar kredit : Olivia

Tadaaaa .. Dia orang pertama yang sambut kami berenam .. Jangan silap nie bukan hantu tau , nie nama dia orang minyak .. Semasa kami di sini kami diberi penerangan orang minyak merupakan individu yang mengamalkan ilmu hitam .. Orang minyak dipercayai akan merogol gadis-gadis sunti .. Ada lagi penerangan mengenai orang minyak nie tapi Yana tak berapa nak ingat sebab masa nie Yana takut .. Hahaha ..


Gambar kredit : Olivia

Okay sekarang Yana teruskan ke "hantu cina" pula .. Sebenarnya "hantu melayu" ada banyak juga .. Yana tak mau fokus kan sangat sebab bebrapa rakan Yana yang lain dah kongsi mengenai "hantu melayu" dekat entri mereka .. Nanti Yana akan kongsikan link mereka .. "Hantu cina nie diberi nama Jiang Shi, juga dikenali sebagai vampire hop Cina. Mereka berpakaian pakaian rasmi dari Dinasti Qing dan bergerak dengan melompat, dengan lengannya terulur. Pengaruh cerita vampir barat membawa aspek menghisap darah ke mitos cina dalam masa moden dalam kombinasi dengan konsep hantu yang lapar ..




Gambar kredit : Olivia

Sekarang kita masih di kawasan "hantu cina" .. Yana tak tau nama apa "hantu cina" nie .. menurut penerangan yang diberi oleh staf Ghost Museum orang cina purba selalu suka warna merah kerana ang ang kerana ia merupakan perwakilan nasib baik. Walau bagaimanapun pada masa yang sama, ia juga menunjukkan kemarahan, kebencian, pembalasan dendam dan darah .. Diantarabegitu banyak jenis hantu , hantu merah adalah hantu yang paling berkuasa dan ganas di kalangan komuniti Cina ..





Dah kenapa Yana ber kimono pulak nie ? Okay sekarang kita berada di tempat "hantu jepun" pula ye .. "Hantu jepun" takda menakutkan macam hantu melayu kalau tak Yana takda nya nak pakai baju nie .. Hahaha .. Tak banyak penerangan dekat sini .. Pernah dengar nama Juon ? nak jumpa dengan dia tak ? Boleh sekejap Yana kongsikan gambar dia dekat sini ye ..


Tadaaaa !! Yana persembahkan Juon dekat awak semua .. Juon merupakan hantu kanak-kanak .. Nak tahu dengan lebih lanjut Yana syorkan awak semua mai sini .. Rasai sendiri , jumpa sendiri mereka-mereka nie .. Tak rugi pun .. Walaupun hantu nie mungkin mitos tapi Yana enjoy sepanjang masa Yana berada di sini ..


Haiii orang sebelah , khusyuk ye awak menonton televisyen , ajak minum teh pun dah tak mau .. Hehehe . Sedondon kan baju kami berdua .. Sekiranya awak datang berkunjung ke sini pastikan awak sarungkan kimono nie tau , nak tunggu pergi Jepun lambat lagi .. Meh pakai kimono dekat sini dulu =)


Okay sekarang kita di bahagian hantu yang terakhir iaitu "hantu orang putih" .. Dekat sini rasa takut Yana langsung tak ada sebab "hantu orang putih" cantik dan handsome sangat.. Hahaha! Nampak Yana sempat berpakaian seperti Drakula dalam tu.. Drakula dan Vampire, adalah sejenis kelawar yang menghisap darah dari spesies mamalia. Setiap hantu dan manikin yang dipamerkan mempunyai papan paparan mereka sendiri yang menyatakan asal-usul dan nilai-nilai moral mereka dalam cerita mereka. Yana dan beberapa rakan blogger yang lain tidak melepaskan peluang untuk bergambar puas-puas dekat sini.. 


Sesi makan malam.. Makan malam kami sangat istimewa pada hari tu.. Ada mata, tangan dan kaki .. Semua tu nampak sangat real sampai Yana tak berani nak pegang untuk bergambar.. 


Dah selesai tengok hantu-hantu tadi.. Okay, jom singgah dekat kedai cenderamata yang terletak dalam Ghost Museum nie.. Yela mungkin ada antara awak nie yang nie beli cenderamata buat kenang kenangan kan.. Sampai sini sahaja perkongsian Yana sekali lagi Yana rakamkan jutaan terima kasih kepada saudara Hazlami kerana sudi menjemput kami datang ke sini terima kasih tak terhingga buat staf staf Ghost Museum yang melayan kami berenam dengan baik sekali.. 

Alamat:
57, Lebuh Melayu, Georgetown, 
10100 George Town, Malaysia.

Hubungi:
04-261 2352

Facebook:



You may also like

1 comment:

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^