L ♥ I's Stories: Jom Menangi Percutian 4 Hari 3 Malam ke Perth Australia untuk 2 Orang dengan Peraduan Pacific West

Jom Menangi Percutian 4 Hari 3 Malam ke Perth Australia untuk 2 Orang dengan Peraduan Pacific West

/
2 Comments
December 19, 2017

Jom Menangi Percutian ke Perth Australia untuk 2 Orang dengan Peraduan Pacific West 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua , lama pula Yana menyepi kan ? Mood nie memang suka hilang bila nak mai balik susah betul nak dijemput .. Alhamdulilah , malam nie Yana ada semangat balik nak menulis .. Sebenarnya Yana nak kongsikan mengenai peraduan yang dianjurkan oleh Pacific West dan Yana juga nak bercerita sikit mengenai makanan sejuk beku daripada Pacific West .. Jemput baca entri Yana│Jom Menangi Percutian 4 Hari 3 Malam ke Perth Australia untuk 2 Orang dengan Peraduan Pacific West ..


Jom , Yana kongsikan serba sedikit mengenai produk daripada Pacific West nie .. Sejak penubuhannya di Australia pada tahun 1995, Pacific West telah berkembang menjadi jenama makanan laut pilihan keluarga di setiap rumah .. Produk makanan laut daripada Pacific West telah dinikmati oleh berjuta-juta pengguna .. Rangkaian produk Pacific West diperkenalkan oleh sepasukan Chef kuliner dan Teknologi Makanan mereka .. Mereka telah mempelbagaikan cara memasak untuk kemudahan pengguna produk Pacific West .. Antara kemudahannya adalah:-

Kemudahan - Siap sedia dimasak cuma masukkan beberapa minit dari freezer ke dalam fryer / oven ..
Inovasi - Penciptaan berterusan produk baru yang menawarkan pelbagai pilihan dan rasa ..
Kualiti - Pilihan makanan laut dan bahan makanan yang sesuai dengan keselamatan dan proses makanan antarabangsa mengikut piawaian dengan BRC , IFS , HACCP dan YUM akreditasi .. Produk daripada Pacific West juga telah disahkan HALAL ! =)


Okay , nie antara beberapa produk daripada Pacific West yang awak semua boleh dapatkan di pasaraya yang berdekatan dengan awak semua .. Dekat sini Yana nak bagitau dengan jujur tak  ada satu pun yang tak sedap .. Yana sendiri dah rasa dan Yana sempat juga tunjuk skill memasak Yana dengan menggunakan produk daripada Pacific West nie ..


Menu pertama nie Yana namakan Fish Salad , cara penyediaan dia sangat senang .. Okay Yana kongsikan dekat bawah nie ye ..

1. Goreng Cheezy Fish Fillet sampai garing .. Pada masa yang sama rebus sebiji telur ayam ..
2. Potong dalam saiz yang senang nak masuk dalam mulut..
3. Potong telur ayam kepada 4 ..
4. Hiaskan pinggan dengan salad hijau, salad ungu , lettuce dan tomato ceri mengikut citarasa awak semua ..
5. Letakkan Cheezy Fish Fillet  yang telah dipotong kecil di bahagian tengah ..
6. Hiaskan telur rebus yang telah dipotong 4 di setiap sudut pinggan mengikut kreativiti sendiri ..
7. Langkah terakhir , siramkan semua bahan-bahan tersebut dengan mayonis dan thousand island ... Siappp !



Menu kedua nie Yana namakan Fish & Chip , konon nya lah .. Agak cacat sebab Yana tak sempat nak sediakan coleslaw .. Tapi , tak apalah macam nie pun dah sedap .. Yana masih menggunakan Cheezy Fish Fillet daripada Pacific West cuma Yana gabungkan dengan kentang goreng dan tomato .. Fish & Chip nie sangat mudah nak buat .. Goreng Cheezy Fish Fillet sampai garing , goreng kentang dan hiaskan mengikut citarasa awak .. Tadaaa ! Yana punya macam nie lah hasilnya ..



Nahh , kan Yana dah boleh dapat dua menu berbeza dengan Cheezy Fillet daripada Pacific West nie .. Ehh , Yana ada lagi dua resepi Yana nak kongsikan tau ..


Hmmm  apa nama menu Yana yang nie eh ? Cheezy Meezy Oven Baked Fish Fillet .. Cara penyedian yang nie paling mudah .. Kalau awak tu pencinta cheese boleh lah letakkan cheese dekat atas fish fillet nie .. Masukkan ke dalam ketuhar masak dalam lebih kurang setengah jam atau sampai masaklah senang cerita .. Bila dah siap masak angkat dan letakkan dalam pinggan hiaslah se kreatif yang boleh .. =)



Last but not least , menu keempat nie Yana namakan Seafood Mixed Fried Platter ..  Aaa , yang nie pun Yana nak kena bagitau eh macam mana cara penyediaan dia ? Hahah .. Okay untuk menu nie Yana menggunakan Spicy Garlic Calamari Ring dan Tempura Fish Fillet daripada Pacific West untuk dip Yana gunakan sos cili , mayonis dan thousand island ..


Maka terhasil lah 4 resepi berbeza , resepi yang sangat mudah dan sesiapa pun boleh buat dengan menggunakan produk daripada Pacific West .. Cara penyedian yang sangat mudah sedap pula tu .. Kalau goreng saja pun dah sedap dimakan .. Rasa ikan memang segar tak ada langsung dicampur dengan tepung isi ikan tu dan Pacific West hanyalah menggunakan ikan yang berkualiti tinggi SAHAJA ..


Okay sekian sahaja perkongsian Yana malam nie jangan lupa dapatkan produk Pacific West di pasaraya berhampiran awak semua untuk merebut peluang ke Perth Australia untuk 2 orang secara percuma oleh Pacific West .. Untuk maklumat lanjut awak semua boleh layari laman web di bawah :

www.pacificwestfoods.com

Facebook Page Pacific West 


You may also like

2 comments:

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^