L ♥ I's Stories: US Pizza Lain Daripada Yang Lain

US Pizza Lain Daripada Yang Lain

/
6 Comments
December 25, 2017

ASSALAMMUALAIKUM WBT ❤

Haii semua.. Okay hari nie Yana nak kongsikan satu pizza baru yang wajib awak semua cuba .. Pizza yang Yana maksudkan adalah dari US Pizza.. Hm,  mungkin nama ini tidak asing lagi bagi sesetengah antara kita tapi bagi Yana ia sesuatu yang baru dan ternyata |US Pizza Lain Daripada Yang Lain .. Jemput baca sampai habis ye =)


Tadaaaa.. Ini merupakan signature US Pizza Yana suka sangat tekstur pizza dekat sini.. Tekstur dia sangat lembut dan Yana tak rasa muak pun.. Kalau pizza lain nak habiskan sekeping pun Yana dah mengah sebab tekstur pizza yang senang bagi Yana rasa cepat muak.. US Pizza nie besar tau.. Jauh lebih besar daripada pizza-pizza yang Yana pernah makan sebelum nie.. Okay,  jom baca sampai habis entri nie untuk keterangan lanjut mengenai US Pizza.. 



Salted Egg Pizza,  okay nie pertama kali Yana makan pizza telur masin.. Mula-mula Yana macam tak berapa nak confident nak makan.. Yana cuba dulu sedikit.. Oh no!  Tanggapan Yana meleset sama sekali.. Rasa Salted Egg Pizza nie sangat sedap disamping tekstur yang lembut dan tak ada pun bau hanyir telur.. Ada udang dan sotong juga di bawah telur masin.. Yana bagi 4 bintang untuk pizza nie.. 


Musang King Pizza,  terkejut tak , ada pizza durian? Okay , Yana pun pada mulanya agak terkejut bila diperkenalkan dengan Musang King Pizza.. Well,  semua tahu Yana tak makan durian jadi Yana tak boleh nak makan pizza nie walaupun sedikit tapi according to kawan-kawan food review yang lain rasa Musang King Pizza sangat sedap dan mereka tak pernah rasa pizza sesedap macam nie.. Tapi, malangnya nie seasonal pizza mungkin pada waktu Yana update entri nie Musang King Pizza no longer there.. 


Tomyam Pizza, sebagai tomyam lover Yana memang suka sangat dengan pizza nie.. Kalau boleh rasa macam nak repeat lagi nanti kalau berkesempatan ke sana lagi..  Yana akui pizza nie sedikit pedas dah nama pun Tomyam Pizza.. Tomyam mana yang tak pedas kan?  Jadi,  Yana recommend sangat pizza nie dekat awak semua.. Selain daripada pizza kami turut dihidangkan dengan beberapa hidangan yang lain.. Jom Yana tunjukkan satu persatu.. =)


Seafood Mixed Fried Platter,  okay atas platter tu ada onion ring,  fish fillet, udang dan wedges .. Sos yang dihidangkan bersama sedap.. Sedap tu sampai Yana tak tau macam mana nak describe.. So,  kalau awak ada singgah ke US pizza jangan lupa pesan Seafood Mixed Fried Platter nie ye.. Yana jamin awak takkan menyesal =)


Okay yang nie nama dia Lasagna.. Rasa jangan cakap lah sebab bau dia pun dah cukup buat Yana rasa tak sabar nak makan sangat-sangat sedap dan memenuhi citarasa Yana.. 


Smokey Duck & Mushroom Soup Carbonara,  untuk pengetahuan awak semua nie kali pertama Yana makan itik .. Perghhh,  sedap lah itik isi dia jauh lebih lembut daripada isi ayam.. Ini Yana punya pendapat, mungkin awak rasa tak sama  dengan apa yang Yana rasa.. Smokey Duck & Mushroom Soup Carbonara overall sedap.. Tak berapa nak muak.. Yana suka sangat rasa macam nak makan sepinggan nie sorang-sorang saja hehehe.. 


 

New York Wings,  daripada gambar pun Yana yakin awak semua boleh bayangkan rasa dia macam mana kan? Rasa rempah, pedas,  manis dan masin semua just nice.. Yana suka juga yang nie sebab rasa dia seriously sedap kalau dekat rumah memang tinggal tulang saja semua wings nie.. Memandangjan Yana makan dekat kedai so kena la behave sikit.. Hee .. Recommended!!  =)



Four Crazi Garlic Twist,  aroma bawang putih daripada Four Crazi Garlic Twist nie memang membangkitkan selera Yana.. Tak perlu pun dihidangkan dengan Mushroom Soup makan macam nie pun dah cukup sedap.. Yana yang bukan penggemar bawang putih pun dah jatuh cinta dengan Four Crazi Garlic Twist nie.. Kalau awak singgah ke US Pizza jangan pula lupa nak pesan Four Crazi Garlic Twist nie ye.. 


Last but not least,  Yana nak memperkenalkan Four Cinnamon Twist.. Kalau nak compare Cinnamon Twist dengan Garlic Twist tadi Yana lebih memilih Cinnamon sebab Yana suka aroma kayu manis dan rasa manis gula yang disalutkan degan Cinnamon Twist nie sangat sedap lebih sedap kalau dimakan semasa Cinnamon Twist nie masih panas.. Well, recommended juga =)


Ini merupakan salah satu dekorasi yang menghiasi dinding di premis US pizza di Bukit Mertajam.. Setiap gambar mempunyai quote masing-masing.. Dekorasi ini berjaya mencuri perhatian Yana sebab Yana memang suka mengumpul quote untuk memotivasikan diri sendiri.. Jom Yana kongsikan lagi beberapa dekorasi yang terdapat di sini.. 


Teringin Yana nak bergambar di sudut nie tapi tak berkesempatan sebab pelanggan agak ramai pada hari Yana berada di sana sebab Yana difahamkan pada hari tersebut pihak US Pizza mengadakan soft opening cawangan mereka di Bukit Mertajam..


Sekiranya awak berkunjung ke US Pizza cawangan Bukit Mertajam di kaunter ini awak boleh membuat tempahan pizza atau apa-apa menu yang awak inginkan dekat sini .. Staf-staf di sini agak ramah mereka akan cadangkan pizza mana yang sering menjadi pilihan pengunjung setiap kali mereka berkunjung ke sini ..
Okay sekian sahaja perkongsian Yana mengenai US Pizza , secara keseluruhannya Yana sangat berpuas hati dengan hidangan dan layanan yang Yana dapat di US Pizza .. Yana recommend sangat awak semua cuba pizza di US Pizza dan alami sendiri kelainan yang Yana rasai semasa Yana makan pizza di US Pizza .. Terima kasih yang tak terhingga Yana ucapkan kepada pihak US Pizza  atas layanan mesra sepanjang masa Yana berada di sana .. In shaa allah sekiranya berkesempatan Yana nak ke US Pizza lagi untuk mencuba pizza yang lain pula.. 



You may also like

6 comments:

  1. wow! tergugat tengok pizza tu.. tapi jauh pulak dari JB.. huhu

    ReplyDelete
  2. lapaq pizza pulak ptg2 gini..huhu..

    ReplyDelete
  3. wow memang lain dari yg lain pizza dia. kat kl ada tak

    ReplyDelete
  4. Menu salted egg pizza tu topping dia nampak meriah... Mesti sedap...

    ReplyDelete
  5. piza kalo kene gaya memang licin
    hanya sesuai time betul2 lapo je...hihi

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^