L ♥ I's Stories: Pengalaman Pertama Hiking di Monkey Beach

Pengalaman Pertama Hiking di Monkey Beach

/
3 Comments
January 22, 2018

Pengalaman Pertama Hiking di Monkey Beach

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua .. Lately kan entri Yana banyak sangat advertorial dengan review kan ? Okay , memandangkan di tengah malam yang hening nie Yana tengah rajin jadi Yana nak kongsikan│ Pengalaman Pertama Hiking di Monkey Beach .. 


Sebenarnya kan benda nie dah lama Yana nak buat sejak Cerok Tokun berjaya Yana tawan .. Cewahh , tawan lah sangat kan , padahal mengambil masa lebih daripada satu jam jugak untuk Yana naik dan turun Cerok Tokun tu .. Tapi , apa-apa pun Yana dah berjaya naik sampai ke puncak  Cerok Tokun .. Jadi , Yana tanamkan niat destinasi seterusnya ialah ke Monkey Beach .. 


Yana dan kawan Yana si Fairuz tu keluar rumah seawal jam 7.15 kot kalau tak silap Yana .. Sebenarnya kan , dia nak ambil Yana pukul 6.45 pagi kononnya lah kan siap suruh Yana kejutkan dia lagi . Tapi apakan daya " kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan " .. Lepas dia jemput Yana kami ke Seberang Jaya untuk jemput Kak Sally dan Suraya .. Oh ya , dekat situ kawan si Fairuz nie nama dia Syakir ada tunggu dekat sana dan dia pun ada bawak kawan dia .. Jadi semuanya 6 orang lah .. Kononnnya lah kan , hahah konon lagi .. Kami sebenarnya nak bergerak sekali lah ke sana tapi macam mana entah boleh pula terputus hubungan .. Kami pun decide okay nanti jumpa kat sana .. Nak dijadikan cerita boleh pulak kami berempat sesat .. Hahaha ! Encik Waze tu entah jalan mana dia bawak kami berempat pi dekat Balik Pulau nuh .. Padahal tempat yang kami nak pi tu takdalah jauh mana tapi waze tu mentipu , dah satu hal nak patah balik makan masa jugak , tambah pulak dengan jalan yang bersimpang siur naik pening kami .. Akhirnya kami berjumpa semula di Belimbing Cafe , kami sarapan pagi dengan roti jala viral tu yang terletak berdekatan dengan Tanjung Tokong .. Roti jala dia sedap cuma orang ramai sangatlah weii ..


Okay , kami sampai dekat tempat yang nak dituju tu lebih kurang dalam 10.00 ++ lah rasanya .. Sesampainya kami dekat situ memang diserbu lah dengan orang yang jaga boat dekat sana (kena panggil apa weh dekat depa ? Yana tak tau , so Yana guna orang yang jaga boat eh hampa faham kan ?) Malangnya , kami berenam diberitahu bahawa pada hari tersebut track ke Monkey Beach ditutup dan kami kena menaiki boat untuk sampai ke Monkey Beach ... Hm , hampalah sat sebab Yana kalau boleh nak lah hiking sambil tengok view dalam tu , snap-snap gambar kan .. Masa nak masuk ke Monkey Beach kami kena isi  details macam  nama penuh , no kad pengenalan dan ada lagi lah maklumat kena isi Yana is tak ingat .. Hehehe .. Masa tu kami diberitahu yang kami boleh hiking sampai ke USM dan dari USM ke Monkey Beach akan ada boat yang datang ambil kami .. Oh ya , harga boat pergi dan balik dicaj sebanyak RM80 .. Kalau hampa takmau rasa macam mahal pergilah ke sana secara berjemaah macam kami buat takda lah rasa mahal sangat tambang boat kena bayar ..


Yana rasa kan kami mengambil masa yang agak lama lah untuk sampai ke USM , sebab apa lama ? Sebab banyak pit stop nak selfie lah , nak ambil gambar dekat view yang cantiklah semua ada .. Hehehe , belum kira lagi dengan pancit Yana pancit awal kot and keep asking jauh lagi ka ? Lambat lagi ka nak sampai . Hahaha tu pun ada hati nak hiking sampai ke Monkey Beach .. Jom , Yana kongsikan beberapa view yang Yana sempat snap masa dalam perjalanan ke USM ..




Cantik kan view dia ? Tak puas rasanya Yana dekat sini .. Air laut dekat sini jernih masih terpelihara kebersihan dia ikutkan hati nak saja Yana berkubang dekat sini .. Hehehe , tapi perjalanan kami jauh lagi takmau lah basah-basah nanti tak best nak ambil gambar .. Dekat sini Yana just ambil gambar permandangan dengan gambar Yana untuk dijadikan kenang-kenangan .. Eh , hampa nak kenal tak dengan kawan-kawan yang Yana baru kenal masa mai hiking di Monkey Beach ..


Okay , nie nama dia Kak Sally .. Kami berkongsi minat yang sama tau , suka bergambar dan suka ambil gambar ... Hehe , ada jugak lah geng yang sekepala dengan Yana yang suka snap sana sini .. Kami memang bergambar sakan dekat Monkey Beach .. Siap dengan video lagi .. Yana ada share dekat FB dan youtube Yana awak boleh tengok dekat sana .. Yana sebenarnya tak pernah pun kenal dengan Kak Sally , tapi sebab Kak Sally nie ramah sekejap saja kami boleh jadi geng .. Hee ^_^


Haa , inilah kawan Yana si Fairuz tu .. Kami kenal  daripada sekolah rendah masa darjah 6 saja lepas tu kami sekolah menengah di sekolah yang berlainan kira terputus la sekejap .. Sebenarnya kan berkurun kami friend dekat FB tapi tak pernah pula nak tegur , Yana boleh tegur si Fairuz nie masa dia share post pasai Komtar Topwalk Run lepas tu kami still berhubung sampailah hari nie .. Fairuz nie spesies masuk air macam Yana juga hehehe .. 


Okay , nie Cik Suraya muda daripada Yana dan Fairuz .. Suraya nie pun ramah juga senang ja nak jadi kawan walaupun baru 1st time kami jumpa .. Suraya atau disapa dengan nama Su , suka juga bergambar tapi tak se extreme Yana dengan Kak Sally maybe dia tak sihat sama kot hari tu .. She is not available okay =P


Hero Penang nie nama dia Syakir .. Haha , Yana tak dak gambar dia yang proper .. Puas Yana scroll galeri nak cari gambar dia yang elok .. Kerja dia sepanjang kami kat sana candid kan gambar kami semua .. Tapi elok lah juga hasilnya dan macam-macam aksi duk ada hehehe .. Dia nie pun ramah jugak , selalu nya Yana nie jenis segan dengan orang laki yang Yana tak kenal tapi dengan dia nie and sorang lagi kawan dia tu Yana boleh sesuaikan diri rasa macam dah kenal lama .. Cewahhh hahaha .. 


Last but not least Amirul depa panggil dia dengan panggilan Roy nama glamor lah kot kan .. Hehehe .. Mula-mula Yana ingat dia nie pemalu sebab diam saja masa memula jumpa tu .. Actually sama saja dengan si Syakir hahah .. Hobi dia pun candid kan gambar orang adehh .. 



Tadaaaa ! Kami dah sampai ke Monkey Beach weiii .. Sesampai saja kami dekat sini kami cari kedai makan dulu lapar kot weh .. Kedai makan dekat sini warung biasa saja Yana pilih untuk makan maggi goreng saja dekat sini .. Mula tu kami nak order ayaq nyoq (air kelapa) tapi harga dia mak ai RM7 baik Yana balik seberang beli cool blog saja .. Hahaha ! Apa aktiviti kami masa dekat Monkey Beach ? Hm , mula-mula kami makan , sembang-sembang .. Lepas  tu mulalah Yana dan Kak Sally teroka port mana best untuk beraksi .. Hehehe .. Yana dah cabut kasut dan stokin semua sebab nak main air , yang lain Yana gagal pengaruhi tapi Yana berjaya hasut Kak Sally untuk buang kasut .. Hoyeahh ada geng nak main ayaq .. 


Gedik tau dua orang nie .. Hehe alkisahnya kewujudan gambar nie sebab makanan kami dua orang sampai lambat .. Yana ajak lah mek nie jom ambil gambar dekat buaian hujung tu , situ cantik . Tengok pandai dak Yana psiko orang ? Dia pun nak ikut ambil gambar dekat sini tak rugi tau sebab hasil dia memang cantik .. Gambar nie ada adik yang jaga jet ski , banana boat and segala macamlah dekat situ yang tolong snap kan .. Pandai dia cari angle .. Suka ♥


Gambar nie kami ambil semasa kami nak tunggu boat untuk balik ke Taman Negara .. Kami berada di Monkey Beach sampai pukul 1.30 sahaja selepas itu boat datang ambil kami berenam .. Ke mana destinasi kami seterusnya ? Hehehe ..


Selepas selesai di Monkey Beach kami plan nak mai sini untuk mandi .. Dekat Monkey Beach air dia sedikit berkeladak lagi pun tengah paas nanti masing-masing sunburn pulak kan .. Lagi satu mandi dekat sini best cuaca redup air dia sejuk gila weh .. Rasa sampai ke tulang .. Lama jugaklah kami dekat sini sampai Yana pun taktau lah berapa kali naik turun dalam nie .. Kami naik buat kali terakhir sebab ada geng perempuan Indon duk bersyampu pulak dekat atas tu kami dekat bawah nie duk ambil pula air bekas depa mandi kan ? Banyak cantik terus kami naik salin pakaian semua dan pi makan lagi dekat Batu Feringhi pula gambar takda la pulak masa dekat sana masing-masing kebuluran lepas main air .. Hehehe .. Thank you so much guys for this beautiful moment .. Till we meet again .. Nice to meet all of you .. ♥


You may also like

3 comments:

  1. ni nak hiking ke nak selpie..kihkih

    ReplyDelete
  2. Cantik tempatnya,kena naik boat yer. Teringin nak pi...

    ReplyDelete
  3. letih letih hiking tgk pantai terus hilang penat..sama la kat Tanjung Tuan

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^