L ♥ I's Stories: Perjalanan Hidup Sebagai Seorang Blogger Sepanjang Tahun 2017

Perjalanan Hidup Sebagai Seorang Blogger Sepanjang Tahun 2017

/
10 Comments
January 08, 2018

Perjalanan Hidup Sebagai Seorang Blogger Sepanjang Tahun 2017 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua Yana rasa masih belum terlambat untuk Yana kongsikan sedikit sebanyak kisah Yana sepanjang bergelar blogger sepanjang tahun 2017 .. Alhamdulilah , Yana syukur sangat pada tahun 2017 rezeki Yana sangat murah ..Yana harap pada tahun 2018 semoga rezeki Yana lebih murah .. Jom baca │Perjalanan Hidup Sebagai Seorang Blogger Sepanjang Tahun 2017 ..


JANUARI 2017 .




Tampil Jelita Dengan Nickellskin Dari Korea , ini merupakan entri pertama berbayar yang Yana terima pada tahun 2017 .. Alhamdulillah , Yana berjaya laksanakan seperti yang dikehendaki oleh klien nie .. Pada bulan Januari 2017 entri yang terhasil sebanyak 12 sahaja .. 

FEBRUARI 2017


Melancong Ke Sydney Dengan Malaysia Airlines , ini merupakan lamaran pertama Yana terima daripada Traveloka .. Setiap blogger pasti akan tersenyum lebar tatkala mereka dilamar oleh  Traveloka .. Seronok berkerjasama dengan Traveloka nie .. Disamping kita dapat tahu infomarsi mengenai Traveloka poket Yana juga masyukk .. Hee ..

MAC 2017


Hiking Di Cherok Tokun Buat Kali Pertama , untuk bulan Mac Yana rasa ini entri yang paling Yana suka .. ini kali pertama Yana cabar diri Yana untuk hiking .. Yana bukanlah seorang penggemar sukan .. Selepas Yana mula hiking di Cherok Tokun Yana perlahan-lahan mula menjinakkan diri dengan fun run dan kalau ada kesempatan Yana nak sangat hiking dekat Monkey Beach ..

APRIL 2017


Pengalaman Pertama Menyertai Larian I Love Penang , ini merupakan fun run pertama yang Yana join .. Sebab Yana boleh join bos Yana bagitau pasai run nie , tempat pun dekat dengan rumah Yana medal dan t-shirt pun menarik .. Yana pun tertarik untuk sertai larian ini dan sekarang Yana jadi addicted untuk join fun run yang lain ..

MEI 2017


Giveaway RM1000 Shopping Credit SGShop Malaysia , Yaana terpanggil untuk sertai giveaway yang dianjurkan oleh Lokman yang juga merupakan ahli Blogger Utara .. Alhamdulilah , Yana merupakan salah seorang pemenang giveaway nie dan merasalah Yana dapat barang-barang dari SGShop .. =)

JUN 2017



Prepare Yourself to Buy A House Even When You're In Your 20's , entri  ini merupakan lamaran pertama Yana terima daripada Property Guru .. Sambil-sambil Yana buat entri nie dapat juga Yana educate diri Yana mengenai pembelian rumah di usia muda ..

JULAI 2017

Beliau Superhero Adsense , dalam entri nie Yana ada kongsikan yang akaun Adsense Yana telah berjaya .. Ada seseorang yang banyak membantu Yana untuk hasilkan akaun Adsense nie ..  Orang lain bertahun menunggu , Yana alhamdulilah dalam masa seminggu dah approved ..

OGOS 2017


Chan Brothers Doktor Kereta yang Terbaik , nie merupakan job blog pertama yang Yana dikehendaki berlakon secara spontan .. Bukan senang sebab tak ada pengalaman langsung .. Masa Yana buat job jugalah pertama kali Yana jumpa Lia , kalau awak semua perasan sekarang Yana kerap lepak dengan Lia sebab kami berdua berkongsi minat yang sama dan Lia juga jenis yang plan tak pernah nak cancel  last minute .. =)

SEPTEMBER 2017


Nikmati Hidangan Lazat dengan Family Buffet Lunch di Flamingo Hotel , okay pada bulan September Yana ada menerima jemputan untuk food review antaranya food review di Flamingo Hotel , ini kali ketiga Yana dijemput .. Makanan dekat sini memang murah dan harganya pula mampu milik .. Terima kasih Encik Mokhtar Osman sudi jemput Yana ..

OKTOBER 2017


Nikmati Nasi Lemak Unik di Projek Nasi Lemak Box , Padang Kota , sekali lagi Yana dijemput untuk food review pada bulan Oktober 2017 .. Nasi lemak dekat sini memang best dan lain daripada nasi lemak yang pernah Yana rasa sebelum nie .. 

NOVEMBER 2017


Alami Suasana Misteri di Ghost Museum Penang , pada bulan November ini entri yang terhasil .. Sebenarnya kalau tak salah kami dijemput ke Ghost Museum pada bulan Oktober .. Best sangat muzium hantu nie .. Pada mulanya Yana menolak untuk masuk sebab Yana penakut tetapi , akhirnya Yana berjaya jugak habiskan lawatan dalam Ghost Museum Penang nie ..

DISEMBER 2017


What Inside The Althea's UN-PORE-GETABLE Box ? Ini merupakan kolabrasi pertama Yana dengan The Althea Korea , sebelum nie Yana hanya mampu melihat rakan-rakan blogger lain menerima kotak yang penuh barang kosmetik mahupun skincare daripada Althea untuk di review .. Alhamdulilah , orang selalu kata bahawa rezeki tak pernah salah alamat kan ?


Okay sampai sini sahaja entri Yana untuk kali ini .. Sebenarnya ada banyak yang Yana nak kongsikan dekat blog Yana nie tapi Yana masih mencari masa yang sesuai untuk  Yana kongsikan dekat sini .. Jadi , di sini Yana nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2018 kepada semua rakan-rakan dan pembaca blog Yana .. Semoga tahun ini lebih baik darripada tahun-tahun yang sebelum nya .. Jangan pernah jemu melawat blog Yana yer .. Byeee ..


You may also like

10 comments:

  1. Tahniah yana. semoga tahun ni lebih berjaya berbanding tahun-tahun yang lepas...

    ReplyDelete
  2. sempat dia senarai.. kalo mama senarai penuh banyak page hehehe.. good job yana

    ReplyDelete
  3. Bestnyaa tahun 2017 diaaa.. hehe

    ReplyDelete
  4. Bestnya jadi blogger..hahahah.. Semoga rezeki makin murah di tahun 2018 ni..

    ReplyDelete
  5. Allhamdulillah... semoga terus berjaya sis...

    ReplyDelete
  6. Hai kak..lama rabia tak singgah sini

    ReplyDelete
  7. Semoga terus sukses yana...

    ReplyDelete
  8. gud luck yana moga success selalu

    ReplyDelete
  9. Semoga terus success yana...jom kita sama sama jom :)


    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^