L ♥ I's Stories: Atasi Rasa Takut Akan Ketinggian di The Gravityz , Komtar Penang - The World's Highest Ropes Course

Atasi Rasa Takut Akan Ketinggian di The Gravityz , Komtar Penang - The World's Highest Ropes Course

/
10 Comments
March 18, 2018

Atasi Rasa Takut Akan Ketinggian di The Gravityz , Komtar Penang - The World's Highest Ropes Course

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua .. Hari nie Yana nak kongsikan pengalaman Yana dan beberapa lagi rakan blogger semasa kami berada di The Gravityz , Komtar Penang ( The World's Highest Ropes Course) .. Sebenarnya kami berenam dijemput untuk merasai bermain permainan ini dari aras ketinggian 239m bersamaan dengan 65 tingkat .. Nak tahu dengan lebih lanjut ? Jom baca │Atasi Rasa Takut Akan Ketinggian di The Gravityz , Komtar Penang - The World's Highest Ropes Course ..


The Gravityz merupakan kursus tali yang tertinggi di dunia secara rasminya telah dilancarkan pada 10 Febuari 2018 .. Terletak di tingkat 65 di The Top @ Komtar ,Penang ia merupakan satu aktiviti outdoor yang agak mencabar bagi Yana yang dilakukan di platform yang berada di luar bangunan The Top @ Komtar , Penang .. Cabaran ini hanyalah kepada mereka yang cukup berani menerimanya.. =) Di ketinggian setinggi 239m dan trail sepanjang lebih kurang 100m , The Gravityz telah menampilkan 6 halangan cabaran yang berbeza yang direka untuk mengatasi masalah takut akan ketinggian seseorang individu yang tertentu .. Halangan tersebut terdiri daripada :-


  1. Confidence Path
  2. High Bench
  3. A Great Bridge
  4. X-Point
  5. Z-Wire
  6. G-Rocky
Cabaran kursus tali (ropes course) ini dimulakan dengan Confidence Path , di mana peserta perlu melalui laluan yang agak sempit .. Yana difahamkan bahawa cara yang betul adalah dengan menghalakan muka ke luar view which means mengarahkan wajah kita ke luar dengan tenang dan bernafas dengan normal .. Sekiranya awak dapat melakukan macam nie its means YOU DID IT ! Maaf , Yana rasa macam takda lah gambar Yana dekat part nie .. Hehehe  


Sebaik sahaja selesai halangan nie para peserta boleh duduk dan berehat di bangku yang diberi nama High Bench sambil menikmati pemandangan Georgetown .. Okay meh sini Yana ceritakan sedikit pengalaman Yana semasa di High Bench .. Pada mulanya , Yana ingat kami tak perlu pun menghadap ke arah luar .. Sekali instructors tu cakap IT A MUST dalam bahasa melayu cakap WAJIB .. Fuh , bukan senang untuk orang yang takut akan ketinggian macam Yana nie nak beranikan diri nak hadap view ke arah depan .. Yana pilih kerusi yang paling rendah .. Tapi , satu benda Yana nak  cakap once kita dah boleh buat kita akan rasa puas dan enjoyed tengok view yang cantik dekat depan mata kita ..



Seterusnya kita ke A Great Bridge , ini merupakan part yang PALING Yana takut .. A Great Bridge , ia memerlukan Yana untuk mengumpulkan sepenuh keyakinan dan konsentrasi untuk menyeberangi jambatan yang berbentuk heksagon .. Panjang wehhhh jambatan nie dan sejujurnya Yana akui Yana gagal part nie sebab ada dekat satu point tu Yana kena jalan secara mengiring but i'm refused to do so .. Hehehe =P


Selepas berjaya mengharungi halangan ketiga iaitu A Great Bridge kami berenam tiba di halangan seterusnya iaitu X-Point .. Erm , masa dekat X-Point nie rasanya tak ada yang kami kena buat .. Kami cuma duduk sambil menikmati pemandangan indah Pulau Pinang .. Ya , memang sangat cantik pemandangan dari atas tau .. 





Tadaaa ! Inilah pemandangan yang dapat dilihat dari ketinggian 239m .. Ya this is my beloved Penang .. Cantik sangat  kan ? Tapi , untuk dapat view macam nie kenalah berani sikit mana boleh senang-senang saja nak dapatkan .. Hee .. Jom kita ke halangan yang seterusnya iaitu Z-Wire ! OMG .. Agak tough la bagi Yana part nie ..


Okay halangan seterusnya merupakan Z-Wire ataupun flying fox .. Fuhh , mau nak luruh jantung weh bila bayangkan yang diri ini akan tergantung dekat tali tu dari ketinggian 239m Tuhan saja tau macam mana perasaan masa tu .. Hm , untuk halangan ini peserta dikehendaki untuk melepasi platform X-Point tadi untuk ke halangan seterusnya iaitu G-Rocky dengan melepasi halangan Z-Wire .. Dekat halangan nie para peserta digalakkan untuk mendepakan kedua-dua tangan mereka .. Tapi Yana keluarkan satu tangan saja .. Takut wehh , tapi kan kenapa pendek sangat flying fox nie tak sempat nak enjoyed the view .. Cewahhh belagak kan .. Hahaha !







Last but not least . its G-Rocky time !!! Hahaha .. Well ..  dekat sini ada video Yana yang ketakutan tu .. Di halangan G-Rocky peserta dikehendaki mengimbangkan badan mereka .. Peserta akan diikat dan diminta sama ada berbaring ataupun bersandar ke belakang untuk merasai perasaan nak jatuh tu .. This is crazyyyyy ! Hahaha .. Walaupun gila tapi Yana berjaya lakukan .. Hoyeahhh ! Yana is berani =)




Selepas keenam-enam kami berjaya melepasi 6 cabaran tersebut maka berakhirlah pengembaraan kami di The Gravityz , Komtar Penang .. Masa tengah buat semua cabaran nie masing-masing cakap this is 1st and last .. Tapi , bila dah balik dan tengok semula gambar-gambar masa dekat sana , yes Yana teringin nak buat lagi but this time takmau dah takut macam before .. Hehehe ..




Terima kasih tidak terhingga Yana ucapkan kepada pihak pengurusan The Gravityz kerana sudi menerima kehadiran kami berenam dan memberi layanan yang terbaik kepada kami semua .. Terima kasih jugak kepada dua orang tu yang berpanas dengan kami dekat luar sudahlah cuaca panas kan .. Lepas tu perangai masing-masing macam apa lagi .. Hehe , harap tak seriklah jumpa kami semua .. You both are the bestttt ! Thumb up for ya .. Hee ^_^


Sekiranya awak semua berminat nak merasai pengalaman macam Yana dan kawan-kawan Yana rasa awak boleh ke laman web mereka www.thegravityz.com

waktu operasi : 10am - 6pm setiap hari

(tiket haruslah ditempah terlebih dahulu)

kalau nak tahu dengan lebih lanjut lagi mengenai The Gravityz jom follow page dan instagram mereka rapat-rapat:

Facebook Page : The Gravityz
Instagram : thegravityz





You may also like

10 comments:

  1. hahaha.. gayat nya laaa.. nurul ni akan fikir dua tiga kali nak buat benda ni.. :p

    ReplyDelete
  2. Nmpk seram tp mcm best. Berapa ye pakej harga join the gravityz ni utk sorang yek?

    ReplyDelete
  3. perghhh serammmm.. tobat mama menjerit sambil pejam mata.. pehtu gheyauuu hahahha

    ReplyDelete
  4. Wahhh best, akak suka extreme camni walaupun agak penakut gak. Agak² berapa harga tiketnya?

    ReplyDelete
  5. omaigaiii since ai da baca full reviews baru ai rasa gerun naa..weii pk due tiga pat ratus kali dlu naa hahaha

    ReplyDelete
  6. seram la nk naik.. hehehe

    ReplyDelete
  7. terliurr betul masa tgk korang naik ari tuu

    ReplyDelete
  8. Paling menakutkan Part G-rocky tu kot, huhuhu, Macam mana nak seimbangkan badan kalau lutut ketaq. Haha.

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^