L ♥ I's Stories: Silver Spoon Cuisine Menyajikan Hidangan Lazat dengan Harga Berpatutan

Silver Spoon Cuisine Menyajikan Hidangan Lazat dengan Harga Berpatutan

/
4 Comments
March 26, 2018

Silver Spoon Cuisine Menyajikan Hidangan Lazat dengan Harga Berpatutan

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiiii semua.. Okay hari nie ada satu benda yang Yana nak share dengan awak semua terutama sekali kepada Penangites.. Ada satu restoran yang mana bagi Yana sangat cosy dan makanan pun sedap yang awak semua mesti cuba.. Nak tahu dengan lebih lanjut jom baca | Silver Spoon Menyajikan Hidangan Lazat dengan Harga yang Berpatutan..


Okay mungkin ramai yang tak perasan akan kewujudan Silver Spoon Cuisine nie.. Ia terletak di tingkat dua Hotel Mei.. Pada hari Isnin lepas Yana dan dua orang lagi rakan blogger iaitu Akma dan Olivia telah dijemput untuk menikmati beberapa sajian yang dihidangkan di restoran ini.. 


Pertama kali Yana melangkah masuk ke dalam Silver Spoon Cuisine nie Yana agak terpesona dengan environment dia.. Muzik yang dimainkan pun macam kena dengan suasana restoran yang sangat cosy.. Sungguhpun restoran ini tidaklah besar sangat tapi susun atur meja dan beberapa barang lain menampakkan restoran ini sangat elegan.. Oh ya.. Satu lagi.. Restoran ini sangat bersih.. Semua peralatan disusun dengan kemas hampir setiap sudut Yana ambil gambar sebab Yana terpesona dengan "appearance" restoran ini.. Jom Yana tunjukkan beberapa sudut di restoran nie yang Yana dah ambil gambar.. 


Ini merupakan bahagian paling hadapan.. Minuman dan makanan disediakan di bahagian ini.. Seperti yang Yana mention tadi tempat nie memang kemas dan bersih.. Sebelum ada yang tanya Yana bahawa restoran ini Halal atau tak pertama sekali biar Yana bagitahu bahawa restoran ini tidak mempunyai sijil Halal .. Pork free itu saja yang Yana boleh katakan.. Sekarang kebanyakkan restoran yang diusahakan oleh non muslim berkonsepkan pork free for example Chilli's.. Ada sajakan orang Islam yang masuk.. =)


Di sini mereka meletakkan menu untuk dipilih oleh pengunjung.. Berbagai menu Barat yang disediakan.. Semuanya nampak menarik dan lazat di mata Yana.. Namun Yana dan beberapa rakan blogger yang lain hanya mampu merasa 4 menu sahaja sebab mana mampu weh nak rasa semua perut kami masih perut manusia normal.. 


Tadaaa!! Ini merupakan sudut favourite Yana, pertama sekali senab ada teddy bear dekat situ dan lagi satu bavkground dia cantik.. So, lepas Yana dah settle dengan food Yana dah tahu apa nak buat.. Hehehe.. Okay, jom tengok makanan dan minuman yang dihidangakan kepada kami bertiga.. 


CHICKEN HAM AGLIO OLIO 


Ini merupakan hidangan pertama yang disajikan kepada kami bertiga.. Yana sebenarnya penggemar Aglio Olio , banyak spagetti Aglio Olio yang Yana pernah cuba sebelum nie tapiiiii CHICKEN HAM AGLIO OLIO nie adalah antara yang terbaik yang Yana pernah cuba.. Sedap weh.. Licin Yana makan tau..  Heheh.. Nextttt food jom.. 


SEAFOOD PESTO / PASTA


Hm, pada mulanya Yana macam tak yakin tau nak try hidangan nie sebab dah lah warna hijau and ada bau rempah yang agak kuat bagi Yana.. Tapi sangkaan Yana meleset sama sekali sebab hidangan nie lazat sangat kaya dengan seafood pula tu ada sotong, udang besar dan siput tu Yana tak pastilah nama dia apa.. Apa yang Yana tahu SEAFOOD PESTO / PASTA nie sedappp!!  =)


CHICKEN CHOP


Sebenarnya Yana bukanlah penggemar chicken chop sangat sebab muak bagi Yana.. Yela,  macam mana tak muak bila tepung melebihi isi ayam.. Tapi,  CHICKEN CHOP di Silver Spoon Cuisine just nice.. Isi ayam dia sangat lembut dan sos yang dihidangkan bersama CHICKEN CHOP tu pun sedap macam ala ala mexican punya sos la.. Bukan sos blackpepper yang sering dihidangkan bersama chicken chop yang selalu kita makan tu.. 


SIRLION WITH MINT & GRAVY SAUCE


Last but not least,  SIRLION WITH MINT & GRAVY SAUCE.. Fuhhh tergeliat lidah nak sebut nama makanan nie.. Hehehe.. Walaupun dagingnya dimasak secara medium rare namun bau hamis daging tu tak terhidu pun.. Rasa juicy daripada daging tu memang jelas terasa besides daging dia pun tak liat.. Sos yang dihidangkan dengan daging ini pun just "ngam" together.. Yana sukaaa sangat hidangan ini.. Pasti tak lengkap kan hidangan makanan tanpa minuman.. Jom tengok minuman yang telah dihidangkan kepada kami bertiga.. 


COCONUT ICE CREAM


BLUEBERRY AVOCADO SMOOTHIE


GREEN TEA LATTE


WATERMELON LATTE 

Okay inilah 4 minuman yang telah dihidangkan kepada kami hari tu.. Semuanya sangat refreshing dan sedap.. Favourite Yana BLUEBERRY AVOCADO SMOOTHIE & WATERMELON LATTE <3 


Dah selesai makan jom lah kite ber OOTD dekat sudut yang menjadi kegemaran Yana nie.. Hehehe.. 


Oh yaaa.. Sebelum Yana terlupa Yana nak bagitau yang Silver Spoon Cuisine sedang buat promosi beli satu hidangan dan dapatkan satu lagi hidangan utama secara PERCUMAAAA!!  Wahh restoran mana weh nak bagi promosi macam nie,  kepada Penangites hangpa wajib mai cuba makan dekat sini.. Sekiranya awak nak buat apa apa event atau birthday party pun boleh tau.. Silver Spoon Cuisine boleh memuatkan seramai 100 orang pada satu masa.. Cepatlah pi wei.. Jangan cakap Yana tak payung yerrr =) 


Sekalung penghargaan Yana ucapkan kepada Encik Teddy.. Eh eh silap kepada pihak pengurusan dan staf-staf Silver Spoon Cuisine untuk hidangan lazat yang dihidangkan kepada kami bertiga semasa kami berada di sana dan juga kepada layanan mesra yang diberikan kepada kami semua.. Silver Spoon Cuisine merupakan tempat yang menarik dan wajib dicuba kepada penggemar makanan Barat.. Yana dan rakan-rakan dah cuba.. Awak bila lagi? 





You may also like

4 comments:

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^