L ♥ I's Stories: Benarkah 70% Wanita Menolak Lelaki Gaji Bawah 5K?

Benarkah 70% Wanita Menolak Lelaki Gaji Bawah 5K?

/
3 Comments
April 03, 2018

Benarkah 70% Wanita Menolak Lelaki Gaji Bawah 5K?

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii.. Malam nie Yana bukan nak cerita mengenai mana mana produk tapi Yana more to nak share pengalaman Yana, persepsi Yana dan something yang buat Yana terkesima sampai teruslah rasa macam nak muhasabah diri and at the same time nak baiki hati hitam legam nie.. Nak tau apa? Jom baca |Benarkah 70% Wanita Menolak Lelaki Gaji Bawah 5K?

Tadi petang while Yana tengah scroll newsfeed dekat Facebook Yana ternampak one of my friend share link nie.. Yana rasa menarik dan memang kena dengan diri Yana.. Jadi,  Yana dengan yakin nya share dengan caption yang membolehkan Yana jadi bahan dalam Siakap Keli mungkin dan menjadi bahan kecaman netizen.. Berani? Dak Yana tak berani pun sebab tu Yana tak public post nie.. Tapi kalau ada yang screen shot and post dekat Siakap Keli tu nasib Yana lah.. Actually, Yana bukan sengaja nak mencetuskan kontroversi.. Yana sendiri ada pengalaman hitam yang membuat kan Yana hilang rasa percaya dengan kaum Adam dan secara tidak langsung Yana telah meletakkan high requirement untuk.mereka memenangi hati Yana.. Cess,  Yana ingat Yana nie sapa? Anak raja? Hahaha !!

Jom tengok komen pertama Yana dapat lepas Yana share post tu..


Okay nie komen pertama yang Yana dapat lepas Yana share.. In shaa allah ada yang 30% tu.. Tapi you need lots of efforts sebab nak jumpa perempuan yang tidak meletakkan duit sebagai yang utama tak ramai tapi tak mustahil untuk awak jumpa sebab mereka masih wujud.. =)



Nampak biasa kan komen nie? Yana tahu komen nie takkan habis dekat sini.. Yana juga tau Yana memang akan kena basuh.. Okay Yana reply dan bersedia terima apa pun komen daripada beliau dengan hati terbuka.. 




Kalau perasan cara Yana komen tu macam Yana nak cuba berseloroh dengan beliau dengan harapan Yana tak kena basuh kaw kaw.. Yana tahu Ben macam mana.. Sebab masa Yana post gambar Yana atas buaian pun beliau komen sampai sekarang Yana tengok buaian pun dah tak berani nak naik sebab setiap kali Yana nak naik walaupun sekadar nak ber OOTD Yana teringat komen tu.. Sabar komen nie tak habis dekat sini ada satu komen yang buat Yana betul-betul terkesan.. 


"Lyana Ishak jgn byk tgk tv.. Bykkan berdoa pd Allah mintak dijodohkan dgn insan yg selayaknya utk kita"

Honestly Yana cakap menitis air mata masa Yana baca komen tu.. Tetiba terdetik dekat hati.. Dah kenapa duit mesti jadi keutamaan dalam mendirikan masjid walaupun hampir segalanya memerlukan duit tapi kebahagiaan belum tentu datang walaupun duit berkepuk-kepuk.. Ada sahaja pasangan yang hidup sederhana namun bahagia dan sebaliknya.. Tadi Yana dengan yakinnya share link tu dengan caption kononnya Yana betul lah.. No, Yana salah weii .. Totally salah.. 


Nampak macam santai, tapi serius Yana terkesan.. Rasa macam nak delete post tu tapi Yana sayang banyak kata-kata yang menginsafkan Yana dalam tu .. Tak sampai satu jam pun Yana dah rasa betapa bodohnya Yana selama nie.. Sebab satu pengalaman pahit dengan syaitan yang bertopengkan manusia Yana terus label semua lelaki sama dan meletakkan requirement tinggi dengan harapan mereka menjauhi Yana .. Tapi pada masa yang sama Yana lupa Yana nie bukan siapa siapa.. Hamba Dia yang hina yang masih seek for His guidance.. 


Komen komen tadi dah cukup untuk buat Yana terkesima .. Cer teka bila Yana baca komen terakhir nie perasaan Yana macam mana tadi awal bukan main Yana letak caption tu.. Yaa , Yana rasa terharu sangat tak pernah ada orang doakan Yana macam nie dan Yana pun tak sangka Ben nak cakap macam tu.. 

So, kepada wanita dekat luar sana.. Jangan jadi macam Yana tadi.. Memang duit boleh beli hampir semuanya tapi belum tentu dengan duit kita mampu menggapai kebahagian yang hakiki.. Letakkan Allah sebagai yang utama dalam hati kita.. In shaa allah Dia akan permudahkan segalanya walaupun gaji bakal suami atau suami awak bukan 5k..  Terima kasih kepada yang dah basuh Yana.. Serius Yana tak marah malah Yana sangat-sangat berterima kasih sebab dah sedarkan Yana =)

p/s : Semua orang tahu Ben Ashaari bukan simply nak like apa lagi komen dekat status orang .. Bila Yana dapat komen panjang berjela macam nie walaupun sedang dibasuh Yana is happy ♥


You may also like

3 comments:

  1. Akak pun setuju dengan apa Ben cakap tu. Maklumlah dah umur 39 thn, dah nak masuk 13 thn kawen... byk suka duka dilalui. Yang penting kebergantungan kita pada Allah, bukan pada manusia. Semoga yana ditemukan jodoh yg baik2 membahagiakan dunia akhirat. 😊

    ReplyDelete
  2. deep hahah serious nasihat and pengajaran yang mellya sendiri rasa berguna untuk diri mellya. thanks for sharing^^

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^