L ♥ I's Stories: Berbuka Puasa di Lexis Suites Penang Sajian Laut Selera Kampung Nelayan yang Terbaik

Berbuka Puasa di Lexis Suites Penang Sajian Laut Selera Kampung Nelayan yang Terbaik

/
0 Comments
April 26, 2018

Berbuka Puasa di Lexis Suites Penang Sajian Laut Selera Kampung Nelayan yang Terbaik

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua .. Dah ada rancangan bulan Ramadhan nanti nak berbuka di mana dengan keluarga tersayang atau rakan-rakan ? Jangan pening eh .. Jom baca | Berbuka Puasa di Lexis Suites Penang Sajian Laut Selera Kampung Nelayan yang Terbaik ..



Okay , sebelum Yana cerita mengenai Buffet Ramadhan di Lexis Suites Penang Yana nak kongsi beberapa informasi mengenai Lexis Suites Penang .. Lexis Suites Penang terletak di Teluk Kumbar ,  Bayan Lepas .. Lexis Suites Penang memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan kemudahan yang unggul yang menjadikan pengginapan awak semua tidak dapat dilupakan .. Kemudahan utama hotel termasuklah Wi-Fi percuma untuk semua bilik , pengawal keselamatan 24 jam dan lain-lain lagi .. Eh jom ke menu utama Ramadhan Buffet yang berkonsepkan Sajian Laut Selera Kampung Nelayan ..

Pembuka Selera 




Ini merupakan menu pembuka selera seperti bubur lambuk , lemang , pulut kuning , sup gear box , shawarma , kambing golek dan pelbagai lagi menu yang mampu menaikkan selera awak semua .. Rasa memang sedap walaupun dimasak dalam kuantiti yang banyak namun keaslian rasa untuk menu-menu masih terpelihara ..

Menu Utama









Okay , ini semua merupakan antara menu utama yang dihidangkan untuk Buffet Ramadhan di Lexis Suites Penang .. Gulai Udang Galah merupakan signature menu utama untuk Lexis Suites Penang Ramadhan Buffet yang berkonsepkan Sajian Laut Selera Kampung Nelayan .. Selain itu , turut disajikan adalah ayam percik , siput sedut , masak lemak cili padi , ikan tenggiri gulai kampung , paru paru masak berlada , dan berbagai bagai lagi menu yang menggoda jiwa .. Yana tak mampu nak mencuba kesemua menu yang disediakan .. Ada beberapa yang sempat Yana cuba iaitu ketam masak lemak , gulai ayam dan gulai ikan tenggiri .. Rasa dia memang superb tau rasa macam makan masakan emak pula .. 


Selain daripada menu utama dan pembuka selera terdapat juga makanan tempatan yang disediakan laksa , koey teow goreng , mee goreng mamak , putu mayam dan street snacks seperti pisang goreng , karipap , cekodok pisang , keropok lekor dan papadam .. So yummeh kan .. =)


Tak lengkap rasanya semua menu nie sekiranya tiada pencuci mulut kan ? Terdapat pelbagai jenis pencuci mulut yang disediakan daripada yang tradisional sampailah ke moden .. Okay ini antara pencuci mulut yang ada , ais kacang , ondeh ondeh , kuih lapis , kuih talam dan beberapa jenis lagi kuih muih tradisional



Haa kepada penggemar kek dan pencuci mulut versi moden jangan risau banyak yang turut disajikan antaranya seperti kek coklat , kek lobak merah dan pelbagai jenis puding turut disajikan tau ..





Haaa inilah antara kek yang disajikan untuk Buffet Ramadhan di Lexis Suites Penang .. Sejujurnya rasa semua kek yang disajikan memang sedap sudahlah Yana nie penggemar kek memang rambang mata nak pilih yang mana menjadi idaman hati ..


Makan dah kenyang kan ? Oh ya .. Sebelum Yana lupa di Lexis Suites Penang ada disediakan kemudahan surau bagi orang Islam yang nak menunaikan solat terutama kepada mereka yang datang untuk berbuka di Lexis Suites Penang .. Surau terletak di tingkat tiga .. Yana sendiri sempat pergi ke surau tersebut memang selesa dan bersih ..


Terima kasih Yana ucapkan kepada pihak pengurusan Lexis Suites Penang atas layanan mesra yang diberikan sepanjang masa kami berada di sana .. To be honest Buffet Ramadhan di Lexis Suites Penang memang berbaloi untuk dicuba .. So kepada awak yang belum tahu ke mana destinasi nak berbuka di bulan Ramadhan nanti Yana cadangkan awak datang ke Lexis Suites Penang dan cuba hidangan Buffet Ramadhan mereka yang berkonsepkan Sajian Laut Selera Kampung Nelayan ..



Harga RM 98nett untuk dewasa
Harga RM 70nett untuk warga emas
Harga RM 50nett untuk kanak kanak

Pada tarikh 17 hingga 23 Mei 2018 kepada mereka yang menempah pada tarikh tersebut harga yang ditawarkan kepada RM78nett untuk dewasa , RM 50nett untuk warga emas dan RM 40nett untuk kanak kanak , kepada mereka yang mengginap di Lexis Suite Penang akan menerima potongan harga sebanyak 20% untuk Buffet Ramadhan dan sebanyak 15% untuk Buffet Hari Raya makan tengah hari ..







You may also like

No comments:

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^