L ♥ I's Stories: I-Box Glass Museum Tarikan Terbaru di Pulau Pinang

I-Box Glass Museum Tarikan Terbaru di Pulau Pinang

/
2 Comments
April 21, 2018

I-Box Glass Museum Tarikan Terbaru di Pulau Pinang 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiiiii .. Okay Yana nak share satu lagi tempat yang wajib awak semua singgah bila datang ke Pulau Pinang .. Selain terkenal dengan syurga makanan ramai yang tidak tahu yang Pulau Pinang mempunyai pelbagai muzium yang menarik untuk dilawati .. Antaranya | I-Box Museum Glass Tarikan Terbaru di Pulau Pinang ..


Sejujurnya kan setiap kali Yana ke sebelah pulau Yana selalu ternampak bangunan i-box nie akan tetapi Yana tidak terpanggil untuk singgah ke sini sebab Yana ingat nie bangunan pejabat or etc .. Hahaha .. Hm , macam mana Yana boleh sampai sini ? Okay ada haritu Yana duk scroll newsfeed di Facebook Yana , Yana ternampak ads i-box .. Yana rasa Glass Museum nie macam menarik unutk dilawati terus Yana ajak kawan-kawan blogger lain untuk terjah I-Box Glass Museum ..


Tahu tak lukisan kat belakang tu merupakan lukisan atas kaca yang paling panjang dan telah mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Record tau .. Tahniah Yana ucapkan kepada I-Box Glass Museum dan kepada owner nya iaitu Mr Bowie yang mengiringi lawatan kami ke sana pada tempoh hari .. Haa , untuk pengetahuan awak semua saiz lukisan ini sepanjang 12 meter dan tinggi nya adalah 1.5 meter .. Boleh bayangkan tak betapa payahnya nak buat lukisan nie ? Lukisan yang dilukis di atas kaca sama sekali berbeza dengan lukisan yang dilukis di atas kanvas kerana sedikit kerosakkan yang berlaku seluruh lukisan itu akan rosak tidak boleh dibaiki sama sekali .. 



Percaya tak kalau Yana cakap dalam Glass Museum nie ada satu sudut berkonsep avatar .. Haa , ala ala dekat Avatar Secret Garden tu .. Jom tengok gambar dekat bawah nie .. 



Cantik tau dalam nie .. Yana terpegun sebab lampu lampu dekat sini akan bertukar warna dalam tempoh masa tertentu .. 




INTRACTIVE 3D GLASS , lukisan-lukisan dekat sini semua diperbuat daripada kaca tau .. Kalau awak semua perasan lukisan lukisan ini mempunyai efek 3D nya yang tersendiri macam gambar berkumpulan tu kami nampak seakan terapung kan ? Jom tengok apa lagi Yana dan kawan-kawan Yana buat di sana .. 



Okay sekarang kami berada dia DIY Glass Souvenir .. Yess , setiap pengunjung yang datang melawat I-Box Glass Museum berpeluang untuk membuat cenderamata dari sini dengan sendiri .. Sebelum kami start buat kami diberi maklumat mengenai cara-cara nak buat souvenir nie dari mula sampai habis .. Ingat senang .. 



Sebelum kami melakarkan kreativiti kami di atas kaca kami diberi kertas kosong untuk berlatih sebelum kami lukis betul-betul atas kaca .. Pada mulanya kami ingat senang tau tapi susahnya lahai .. Haha tapi kami berjaya jugak buat .. Nak tengok hasilnya ?


Tadaaaa !! Inilah hasilnya ..  Kami sangat berpuas hati dengan hasil kerja masing-masing walaupun tidaklah secantik yang dipamerkan dekat dalam tu ..


Kalau awak semua nak tahu , lukisan ini dilukis sendiri oleh Mr Bowie .. Banyak yang Mr Bowie kongsikan dengan kami berenam sepanjang kami berada di sana .. Antara yang paling Yana suka "kalau kita nak buat sesuatu jangan hiraukan apa orang nak kata , buat sampai kita berjaya" .. Mr Bowie ada menceritakan sebelum beliau berjaya membuka muzium kaca ini beliau pernah diperlekehkan dan ideanya dirasakan tidak relevan .. Tapi , at the end beliau berjaya merealisasikan impian beliau .. Setiap impian tak pernah mustahil jika disulam dengan usaha ..


Terima kasih Yana ucapkan kepada Mr Bowie dan staf kerana sudi menerima kunjungan kami dan melayan kami berenam dengan baik sekali sepanjang hari kami berada di sana .. Banyak yang Mr Bowie kongsikan pengetahuan beliau dengan kami .. Sekiranya awak semua berminat nak datang ke sini Yana sangat alu alu kan .. Memang tak rugi kalau awak semua ke sini .. 

Alamat
Glass Museum Penang 槟城玻璃博物馆
6, Jalan Burma, 10050 Penang Malaysia

Pemegang My Kad
RM18 (Dewasa) & RM10 (Kanak-kanak 3-12 tahun)

Non My Kad

RM23 (Dewasa) & RM13 (Kanak-kanak 3-12 tahun). 




You may also like

2 comments:

  1. menariknya.siap ada aktiviti pula tu.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  2. Kena masukkan dalam wishlist ni...mana tau kalau akak terlepas ke sana nanti kan..seronok la tgok Yana and the gang..gambar semua cantik2 plak tu...

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^