L ♥ I's Stories: Win RM110,000 Duit Raya with Lam Soon’s Raya Fiesta Berganda Contest

Win RM110,000 Duit Raya with Lam Soon’s Raya Fiesta Berganda Contest

/
3 Comments
May 21, 2018

Win RM110,000 Duit Raya with Lam Soon’s Raya Fiesta Berganda Contest

Ramadan semakin menjelang , dan dengan itu datang penyucian rohani, jasmani dan pembersihan rumah secara rapi sebelum Hari Raya.



Memahami tekanan kenaikan kos sara hidup terutama ketika melakukan persiapan untuk musim perayaan, jenama-jenama penjagaan rumah dan peribadi di bawah Lam Soon telah bergabung untuk menggembirakan pelanggan dengan peraduan Raya Fiesta Berganda yang menawarkan 416 hadiah sepanjang 13 minggu, termasuk 390 hadiah mingguan sebanyak RM100 setiap satu, 21 hadiah istimewa sebanyak RM 1,000 setiap satu serta lima hadiah utama  sebanyak RM 10,000 yang berjumlah RM 110,000 dalam bentuk duit Raya! Peraduan ini akan berlangsung dari 2 April sehingga 2 Julai, 2018.

Jenama Lam Soon yang terlibat dengan peraduan Raya Fiesta Berganda termasuk Antabax, rangkaian penjagaan diri antibakteria Halal no 1 di Malaysia[1], bio-home rangkaian pembersihan rumah mesra alam yang diperbuat daripada bahan terbiodegradasikan dan berasaskan tumbuhan, pembersih khusus wanita Orchid, rangkaian penjagaan diri May dan Fruitale serta  bahan pencuci rumah Zip dan Labour.

Peraduan Raya Fiesta Berganda ini sangat mudah untuk disertai kerana kebanyakan orang akan membeli produk-produk ini pada kebiasaannya: Beli mana-mana product Lam Soon sebanyak RM20 dalam satu resit.  Kemudian namakan 3 jenama Lam Soon yang terlibat dalam peraduan ini. Hantarkan jawapan anda melalui Whatsapp ke +6012 526 3391 termasuk nama penuh, nombor IC dan jawapan. Sertakan gambar resit anda sebagai bukti pembelian untuk tujuan pengesahan. Jika resit pembelian RM20 termasuk dua atau lebih jenama yang mengambil bahagian, anda berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 21 hadiah istimewa bernilai RM1,000!



Menurut En. Francis Ng, Pengurus Besar Kanan Jabatan Penjagaan Isi Rumah dan Peribadi, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd’s Bahagian Pemasaran, syarikat ini bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pengguna untuk sokongan mereka terhadap jenama-jenama kualitinya.  

“Kami faham persediaan untuk musim perayaan boleh menyebabkan ketegangan perbelanjaan isi rumah kerana terdapat terlalu banyak benda yang perlu dibeli. Produk-produk kami adalah keperluan sepanjang tahun untuk isi rumah dan individu untuk mengekalkan kebersihan rumah dan peribadi. Musim perayaan adalah masa yang terbaik dan paling bermakna untuk menggembirakan mereka dengan hadiah wang tunai yang boleh digunakan untuk perbelanjaan mereka yang lain dan menjadikan sambutan perayaan meninggalkan kenangan yang lebih mendalam,” kata En. Ng.

Kebersihan dan Petua Pembersihan untuk Ramadan!

·         Gunakan rangkaian mandian Antabax kerana ia memberikan perlindungan 24 jam daripada 99.9%  kuman berbahaya, serta menjadikan kulit kekal lembap dan segar.
Pencuci Dapur bio-home adalah agen pencuci yang mesra alam, dibuat daripada 100% bahan aktif berasaskan tumbuhan yang mampu menanggalkan kesan kotoran degil juga pada kesan minyak. Pada masa yang sama, bahan ini lembut pada kulit – sesuai digunakan untuk ·         membersihkan permukaan dapur selepas memasak hidangan sahur atau iftar.  
·         Kaum hawa pula boleh menjaga kebersihan bahagian intim mereka dengan mudah menggunakan pembersih khusus wanita Orchid yang mengandungi herba traditional seperti manjakani, kacip Fatimah dan daun sirih serta mempunyai pH seimbang 3.5 yang sesuai untuk bahagian intim.

Kebersihan dan Petua Pembersihan untuk Raya!
·         Travel kit Antabax yang terdiri daripada Penyembur Pembersih, Gel Pembersih Tangan Segera, Tisu Pembersih Anti-Bakteria dan krim mandian digunakan untuk pembersihan di mana sahaja tetapi terutamanya berguna semasa dalam perjalanan balik kampong.
·         Untuk menyegarkan lantai ruang tamu, ruang makan dan dapur antara tetamu yang ramai, gunakan pencuci lantai mesra alam bio-home dalam bauan Asia iaitu serai dan teh hijau kerana ia tidak perlu dibias dan tiada sebarang toksik..
·         Untuk menghilangkan kesan minyak dan kotoron degil seperti kunyit, cecair pencuci pinggan ZIP berkuasa, menjimatkan dan lembut pada tangan. Amalkan pembersihan secara terus di dalam dapur and ruang makan untuk mengelakkan timbunan pinggan mangkuk dan perik kuali bertambah.

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan Raya Fiesta Berganda contest, sila layari  www.rayafiesta.com.



Mengenai Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd
Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd. (Lam Soon) merupakan sebuah syarikat pengeluar bahan makanan; penjagaan rumah dan peribadi yang ditubuhkan pada 1950-an.  Dalam kategori penjagaan rumah dan peribadi, Lam Soon menawarkan pilihan variasi yang menyeluruh termasuk rangkaian :- penjagaan feminin Orchid; penjagaan peribadi May; penjagaan peribadi Fruitale FairWhite UV; penjagaan peribadi antibanteria Antabax;  produk-produk penjagaan rumah ZIP (cecair pencuci pinggan, pembersih lantai, pembersih tandas, serbuk dan krim pembersih); cecair dan pes pembersih pingan; cecair pembersih pinggan dan kediaman bio dan pembersih pelbagai guna Labour.

Sebagai jenama yang dikenali ramai dan dipercayai, Lam Soon mendedikasikan diri untuk menghasilkan produk-produk berkualiti bagi kehidupan yang sihat dan rumah yang bersih


You may also like

3 comments:

  1. wah..best ni..kna join ni..:)

    ReplyDelete
  2. Wah menarik ni, nanti nak shopping barang Lam Soon la

    ReplyDelete
  3. lama tak singgah sini tamplate baru lawa hihi

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^