L ♥ I's Stories: 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch di Flamingo Hotel by The Beach

100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch di Flamingo Hotel by The Beach

/
2 Comments
June 26, 2018

100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch di Flamingo Hotel by The Beach

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii guys! I am back for another food review dekat Flamingo Hotel by The Beach, Penang.. Yana ada satu berita best Yana nak share dengan semua yang baca entri Yana nie Flamingo Hotel by The Beach ada buat satu buffet baru iaitu 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch.. Psstt.. Pstt.. Beli satu awak boleh dapat percuma satu tau.. Wanna know more bout it? Let's take a look on |100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch di Flamingo Hotel by The Beach.. 


Okay sebelum Yana berkongsi cerita mengenai 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch di Flamingo Hotel by The Beach nie jom Yana share sikit apa yang best dengan Hotel Flamingo nie.. First thing first,  Hotel Flamingo nie terletak jauh daripada kesibukkan town takda lah bunyi ambulans tak henti bunyi siren bomba dan siren-siren yang sewaktu dengannya lah.. Apa yang ada hanyalah deruan ombak yang menenangkan sebab Hotel Flamingo terletak betul-betul depan pantai tau.. Depan hotel pula ada swimming pool memang best lah hotel nie.. 


Okay back to our topic , sekarang Hotel Flamingo sedang buat promosi buy 1 free 1 bersempena dengan Malaysia Baru selama seratus hari! Fuh Yana rasa awak semua WAJIB grab tau peluang nie untuk nikmati hidangan-hidangan best dekat Hotel Flamingo sambil menghirup udara segar dekat sini.. Kali nie banyak action stall yang disediakan seperti mee goreng mamak, cendol,ais krim goyang, cucur goreng dan pelbagai lagi.. Nanti kalau Yana bagitau satu-satu panjang pula cerita kita. 



CENDOL


HOKKIEN MEE


CHOW HOR FUN


MEE GORENG MAMAK


CUCUR GORENG


AIS KRIM GOYANG

Well,  nie antara action stall yang menyediakan beberala makanan tempatan orang Pulau Pinang sebenarnya ada lagi beberapa seperti action stall untuk murtabak , ayam golek dan lain-lain.. Jom kita makanan lain yang disediakan.. 

MENU UTAMA







Okay nie antara beberapa gambar menu utama yang sempat Yana snap.. Yana tiba di Hotel Flamingo lambat lah jugak orang dah mula makan tapi jangan risau beberapa rakan blogger Yana yang lain ada buat entri yang seakan sama nanti Yana akan backlink entri mereka dekat sini.. 

PENCUCI MULUT 







Haaa nampak mengiurkan tak? Apa kata awak semua cepat-cepat reserve seat untuk 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch di Flamingo Hotel by The Beach nie.. Jangan risau tentang harga sememangnya tersangat murah selama seratus hari bermula pada 17 June yang lalu.. Bawaklah satu keluarga untuk menikmati hidangan buffet awesome nie bersama-sama bersempena dengan syawal yang mulia nie.. Bila lagi kan nak berkumpul.. Maklumat lanjut boleh refer dekat bawah ye.. Terima kasih tak terhingga Yana ucapkan kepada pihak pengurusan Hotel Flamingo by The Beach kerana sudi menerima kehadiran Yana di sana maafkan atas kelewatan Yana.. Sekalung penghargaan juga Yana rakamkan kepada Encik Mokhtar kerana tak pernah jemu untuk mengajak Yana datang ke sini.. Cepatlah awak semua grab peluang nie ye sementara seratus hari nie masih berbaki.. 



Harga Untuk Dewasa: RM48 NETT (buy 1 free 1 valid untuk ADULT SAHAJA)
Harga Untuk Kanak-Kanak: RM25 NETT (4-11 Tahun)
Masa: 12.30pm-2.30pm

Sebarang tempahan boleh dibuat :

Flamingo Hotel by The Beach

Alamat : Jalan Tanjung Bungah
11200 Tanjung Bungah, Penang, Malaysia

Tel: +604-8927 111
Fax: +604-8904 777

Email: fnb.pg@flamingo.com.my


You may also like

2 comments:

  1. uiii..sdap2 mkanan dia..:)

    ReplyDelete
  2. Yana..!! gambar semua lawa..!! kipidap kipidap =)

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^