L ♥ I's Stories: Jom Nikmati Wau Ramadhan Buffet di Flamingo by the Beach

Jom Nikmati Wau Ramadhan Buffet di Flamingo by the Beach

/
0 Comments
June 01, 2018

Jom Nikmati Wau Ramadhan Buffet di Flamingo by the Beach

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua .. Masih belum terlambat kan untuk Yana berkongsi dengan awak semua satu lagi hidangan buffet di Flamingo Hotel , Penang .. Okay , buffet mereka pada tahun ini diberi nama Wau Ramadhan Buffet .. Nak tahu dengan lebih lanjut jom baca |Jom Nikmati Wau Ramadhan Buffet di Flamingo by the Beach ..


Seperti tahun lepas , hidangan buffet di Hotel Flamingo tidak pernah mengecewakan Yana .. Makanan yang dihidangkan memang lazat dan sangat mengiurkan .. Okay , hidangan yang menjadi kegemaran Yana pada kali nie ialah ketupat sotong .. Tu pertama kali Yana memcuba dan terus jatuh hati tau .. Okay Yana takmau cakap banyak jom tengok hidangan yang disediakan untuk Wau Ramadhan Buffet nie ..


Hidangan Utama








Kurma Kambing
Ketam Masak 3 Rasa
Ketupat Sotong Masak Lemak
Ikan Paprik
Gulai Daging Ubi Sengkuang
Sayur Bayam Masak Lemak
Ayam Berlada Hitam


Selain daripada semua hidangan utama dekat atas tu turut dihidangkan pelabagai jenis ulam ulaman yang pasti membuka selera pengunjung yang mengunjungi Wau Ramadhan Buffet di Hotel Flamingo .. Telur masin dan ikan masin juga turut dihidangkan  kepada penggemar makanan kampung awak semua mesti suka dengan hidangan ini kan ? Okay nie merupakan menu hidangan utama yang terdapat di Hotel Flamingo untuk Wau Ramadhan Buffet nie .. Jom kita tengok aneka kerabu yang turut menjadi antara hidangan yang awesome dekat sini ..





Kerabu Perut, Acar Timun, Kerabu Taugeh dengan Kerang, & Bangkok Sosej Salad .. 
Menarik tak kerabu-kerabu yang dihidangkan ? Haa , untuk pengetahuan awak semua , kerabu-kerabu nie bukan sahaja nampak menarik malah sangat lazat tau ..

Aneka keropok ada seperti keropok lekor  , keropok  ikan dan papadam .. 

Selain beberapa hidangan utama yang Yana tunjukkan tadi .. Terdapat beberapa hidangan sampingan seperti cendol pulut , mee udang dan ais krim  ..





Ini merupakan hidangan yang ada dekat luar hotel .. Antaranya , kambing golek , ayam goreng berempah , sosej goreng dan cucur goreng seperti cucur cempedak , pisang goreng dan cucur durian ..




Ini pula merupakan hidangan pencuci mulut yang disediakan untuk Wau Ramadhan Buffet di Hotel Flamingo .. Pencuci mulut nie semua sedap-sedap belaka daripada yang tradisional sampailah yang moden.. Okay sekian sahaja daripada Yana .. Yana sangat-sangat rekemen tau untuk awak semua berbuka puasa di Hotel Flamingo masih sempat kan .. Masih berbaki 13 hari kita nak puasa .. Kalau nak tahu more info boleh rujuk maklumat dekat bawah ye ..


Harga untuk hari biasa (weekdays)
RM75nett untuk orang dewasa. 
RM45nett untuk kanak-kanak.

Harga untuk hari minggu (weekend)
RM85nett untuk orang dewasa. 
RM49nett untuk kanak-kanak


Ramadan Buffet di sini bermula daripada 20 Mei 2018 hingga 14 Jun 2018, SETIAP HARI, bermula 7.00 petang hingga 10.00 malam.


Harga Wau Raya Buffet Lunch
RM53nett untuk orang dewasa. 
RM29nett untuk kanak-kanak.

Waktu Operasi : 12.30 pm hingga 2.30 pm
Tarikh : 15 Jun 2018 sahaja

Harga Wau Raya Buffet Dinner
RM63nett untuk orang dewasa. 
RM39nett untuk kanak-kanak.

Waktu Operasi : 7.00 pm hingga 10.00 pm
Tarikh : 15 Jun 2018 sahaja
Sebarang tempahan boleh dibuat :

Flamingo Hotel by The Beach

Alamat : Jalan Tanjung Bungah
11200 Tanjung Bungah, Penang, Malaysia

Tel: +604-8927 111
Fax: +604-8904 777

Email: generalenquiries@flamingo.com.my

Waktu Operasi : 7 pagi hingga 12 malam





You may also like

No comments:

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^