L ♥ I's Stories: Imaan Wipes Tissue Dapat Menanggalkan Solekan dengan Cepat dan Mudah

Imaan Wipes Tissue Dapat Menanggalkan Solekan dengan Cepat dan Mudah

/
0 Comments
August 18, 2018

Imaan Wipes Tissue Dapat Menanggalkan Solekan dengan Cepat dan Mudah

Hai semua.. Okay Yana kembali dengan satu produk yang mana bagi Yana anda wajib cuba terutamanya kepada mereka sangat suka bersolek.. Nak tahu apakah ia? Jemput baca |Imaan Wipes Tissue Dapat Menanggalkan Solekan dengan Cepat dan Mudah ..


Okay, mungkin ada sesetengah daripada pembaca blog or kawan-kawan Yana yang sudah tidak asing lagi dengan jenama Imaan tapi sejujurnya Yana baru mengenali jenama ini daripada seorang rakan blogger yang sering menceritakan mengenai produk ini.. Mula-mula Yana macam tak terpanggil untuk mencuba tapi semakin kerap Yana tengok seorang rakan blogger duk cerita mengenai produk daripada Imaan nie so akhirnya Yana terpanggil untuk mencuba kedua-dua wipes tisu nie merangkap make up remover bagi Yana..


Haa,  kepada mereka yang mengenali Yana mesti dah sedia maklum Yana dan make up memang berpisah tiada.. Yana kalau nak keluar memang akan make up at least letak FD, compact powder, blusher dan lipstik.. Ehh least ke tu? Heheh.. Melainkan ada hari yang Yana betul-betul malas baru Yana akan keluar dengan bare face.. Selalunya bare face tu untuk pergi makan waktu malam dan di kawasan berdekatan sahaja.. Well, back to our topic Yana memang suka make up tapi part paling leceh masa nak remove make up.. Fuh, sampai satu tahap tu Yana akan kata boleh dak kalau tak remove? Yana bukan seorang yang suka guna make remover tu sebab Yana tak rajin lah nak beli make remover lepas tu nak kena beli cotton pad tu.. Jadi, macam mana Yana remove make up? Haha! Yana guna baby wipes.. Sebab tu Yana rasa dah habis selamat untuk Yana guna.. Sebelum nie Yana menggunakan wet tisu yang biasa tapi bau bauan tu buat Yana terfikir.. Eh selamat ke guna nie? Ada alkohol tak? Then Yana rasa insecure Yana pilih untuk guna baby wipes konon dah habis selamat lah kan.. Akan tetapi jangkaan Yana ternyata meleset selepas Yana mencuba Imaan Wipes Tissue nie.. 


Okay, untuk pengetahuan anda semua Yana telah pilih untuk cuba kedua-dua wipes tissue nie.. Wipes tissue yang sticker warna biru muda tu diformulasikan dengan aloevera manakala yang berwarna merah jambu diformulasikan dengan aloevera dan argan oil.. Yaaa argan oil.. Sepertimana yang kita sedia maklum argan oil memang bagus kan.. So,  sebab tu lah Yana ambil keputusan untuk mencuba kedua-dua wipes tissue nie dan ternyata kesan nya langsung tidak mengecewakan.. =)



Gambar di atas nie Imaan Wipes Tissue yang diformulasikan dengan aloevera sahaja.. Yana sendiri dah cuba dan Yana sangat berpuas hati.. Kenapa? Yana tak perlu nak mengambil masa yang lama untuk remove semua solekan Yana dan tak perlu pun nak sental muka dengan kuat untuk memastikan kulit wajah Yana bebas daripada solekan.. Apa yang Yana suka sangat dengan Imaan Wipes Tissue nie disamping hasilnya yang tiptop bau dia sangat wangi.. Bau yang just nice bagi Yana lah..  



Okay,  ini pula Imaan Wipes Tissue yang diformulasikan dengan aloevera dan argan oil , kalau yang tadi Yana cakap bau dia Yana suka sangat yang nie pula dua kali lagi Yana suka.. Bau dia fresh dan lembut saja.. Tapi,  tu tak penting apa yang penting Imaan Wipes Tissue nie memang ternyata dapat menanggalkan solekan dengan sangat cepat.. Yana ada buat video which is Yana akan share dekat hujung entri nanti ye =)


Antara kebaikkan Imaan Wipes Tissue adalah :


  • Tidak mengandungi alkohol
  • Dapat menanggalkan make up walaupun yang water proof
  • Dapat menanggalkan make up yang tebal dengan mudah
  • Dapat membersihkan dan menyegarkan wajah
  • Sesuai untuk semua jenis kulit walaupun kulit yang sensitif
  • Mudah dibawa ke mana sahaja


Okay sekian sahaja perkongsian daripada Yana mengenai Imaan Wipes Tissue.. Sekiranya awak semua nak tahu info penuh macam mana nak beli dan sebagainya boleh rujuk link dekat bawah :



You may also like

No comments:

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^