L ♥ I's Stories: Tak Sangka Terpilih Menjadi Sebahagian daripada Althea's Angel !

Tak Sangka Terpilih Menjadi Sebahagian daripada Althea's Angel !

/
4 Comments
August 20, 2018

Tak Sangka Terpilih Menjadi Sebahagian daripada Althea's Angel !


Haiiiii ! Sebenarnya dah lama Yana nak kongsikan perasaan Yana apabila terpilih menjadi sebahagian daripada Bidadari Althea (Althea Angel) .. Nak tahu kenapa Yana teruja sangat bila terpilih menjadi Althea Angel , jemput baca entri │Tak Sangka Terpilih Menjadi Sebahagian daripada Althea's Angel !


Menjadi sebahagian daripada Althea's Butterflies sudah cukup membahagiakan Yana apatah lagi bila Yana mendapat berita yang Yana terpilih untuk menjadi Althea's Angel .. Nak dijadikan cerita Yana hampir sahaja terlepas peluang nie bila Yana missed satu email daripada Althea , selamatlah Yana cepat-cepat checked email semasa tengok ramai rakan-rakan blogger lain banyak yang post mereka dapat menjadi  Althea's Angel .. Alhamdulillah and now I'm part of em too .. =)


Okay nie antara beberapa produk daripada Althea yang diberi sebagai tanda menyambut Althea's Angel .. Aaa lebih kurang macam itulah kaedahnya .. Sepertimana yang anda semua boleh nampak gambar dari kanan dan kiri merupakan hasil pembelian Yana di aplikasi Althea dengan menggunakan point yang telah di kreditkan kepada setiap Althea's Angel manakala gambar di tengah merupakan surprise box and gifts for the Althea's Angel ..



Yana perkenalkan ini merupakan salah satu Althea's Welcome Gift yang Yana terima named :

Althea Real Fresh Skin Detoxer Mask : Rose : REFINING ..

Real Fresh Skin Detoxer ; Rose Refining mengandungi 100% kelopak bunga ros yang dipetik hanya sekali dalam setahun iaitu pada bulan Mei dari Grasse , Southern France .. Fungsinya adalah untuk melicinkan kulit muka biar dia selembut rose petal gituuu ..

Cara Penggunaan : Gunakan pada waktu pagi .. Sapukan pada kulit wajah anda dalam kuantiti yang banyak yer .. Biarkan selama 10 saat kemudian sapukan dekat sedikit air urut kulit wajah anda dengan menggunakan 3 beauty fingers semoleknya dan bilas dengan air sehingga bersih ! =)


APA KATA YANA ?


Sejujurnya Yana sangat suka dengan Real Fresh Skin Detoxer : Rose Refining nie sebab dia buat kulit wajah Yana rasa lembut dan licin setiap kali Yana menggunakannya .. Jangan risau akan kandungan produk nie sebab seperti yang Yana mention earlier ianya diperbuat daripada 100% kelopak bunga ros which is daripada alam semula jadi .. Ia tak akan membahayakan kulit anda semua .. =)


Seterusnya Yana memperkenalkan Althea's Welcome Gift kedua yang Yana terima named : 

Real Fresh Skin Detoxer : GREEN TEA : PURIFYING

Real Fresh Skin Detoxer ; Green Tea Purifying diperbuat daripada anak daun teh yang baru tumbuh daripada Ladang Hijau Jeju .. Masker Green Tea Purifying ini dapat memberikan kelegaan kepada kulit wajah dan seterusnya menyegarkan kulit anda .. =) Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit wajah yang sensitif .. 

Cara Penggunaan : Gunakan pada waktu malam .. Sapukan pada kulit wajah anda dalam kuantiti yang banyak yer .. Biarkan selama 10 saat kemudian sapukan dekat sedikit air urut kulit wajah anda dengan menggunakan 3 beauty fingers semoleknya dan bilas dengan air sehingga bersih ! =)

APA KATA YANA ?

Okay , Real Fresh Skin Detoxer ; Green Tea Purifying nie dia buat kulit wajah Yana terasa segar sangat selepas setiap kali penggunaan .. Bau teh hijau yang segar  tu pun salah satu faktor buat Yana rasa fresh gila lepas menggunakan masker Green Tea Purifying nie ..


Yana suka sangat dengan kedua-dua masker 10  saat disamping kesan dia yang best masker nie juga tidak mengambil masa yang lama selepas 10 saat dah boleh bilas dengan air bersih .. Terima kasih Althea for giving me these awesome masker .. Me love it sooooooo much !! ^_^


Sekarang jom kita tengok Althea's Welcome Gift yang Yana dapat secara point hari tu .. Yana dapat sebanyak RM120 jadi Yana dah buat keputusan untuk membeli set BE atau lebih dikenali dengan Bare Essential .. Contour Cleanser nie best tau sebelum nie Yana dah pernah guna dan dah guna sampai habis pun since dah dapat point tu Yana pun teruslah beli set BE kegemaran Yana nie ..


Ini pula merupakan salah satu set BE iaitu Primer Water , Yana selalu menggunakan Primer Water nie sebagai base make up Yana .. Primer Water nie best sangat sebab dia bagi kuli kita rasa fresh dan bau dia pun wangi .. =)


Last but not least ,  Fixer Cream .. Apa yang best mengenai Fixer Cream nie dia dapat mengekalkan kelembapan kulit wajah dan teksturnya tidak melekit mahupun berminyak dia serap elok saja ke dalam kulit ..


Tadaaa ! Petal Velvet Powder #Pink Lavender merupakan keluaran terkini Althea .. Since ada lagi point yang tersisa  maka Yana ambil keputusan untuk menjadikan Petal Velvet Powder sebagai koleksi terbaru Yana .. Bau dia best sangat bau lavender yang tak begitu kuat just nice orang kata .. =)


Nak tahu apakah kelebihan yang Yana dapat bila jadi part of Althea's Angel nie ?

  • Welcome Gift
  • Monthly K-Beauty Giveaways
  • Seasonal Annual Shopping Credits
  • Exclusive Discount Code
  • Birthday Credits
  • Exclusive Althea Reviews
  • Althea Studio Access
Okay that's all from me .. Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca entri Yana nie .. Nanti Yana akan kongsikan banyaaaakkk lagi benda yang menarik dengan anda semua ♥♥ Big thanks to Althea sebab memilih Yana menjadi antara Bidadari Althea =)


You may also like

4 comments:

  1. bw sini sambil follow blog. hi althea angels hihi

    https://messarah.blogspot.com/2018/08/altheas-real-fresh-skin-detoxer-review.html

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, beratkan terpilih tu. Ia punya excited nak bukak tu haha

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, beratkan terpilih tu. Ia punya excited nak bukak tu haha

    ReplyDelete
  4. all the best Yana.. keep it up =)

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^