L ♥ I's Stories: Pameran The Best Of You 2018 di Kedah Memberikan yang Terbaik kepada Penduduk Kedah

Pameran The Best Of You 2018 di Kedah Memberikan yang Terbaik kepada Penduduk Kedah

/
0 Comments
September 25, 2018

Pameran The Best Of You 2018 di Kedah Memberikan yang Terbaik kepada Penduduk Kedah

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua.. Pada 22 September yang lalu Yana sempat mengunjungi Pameran The Best of You 2018 yang diadakan di Aman Central, Alor Setar, Kedah.. Nak tahu apa yang menarik mengenai pameran nie? Jom baca | Pameran The Best Of You 2018 di Kedah Memberikan yang Terbaik kepada Penduduk Kedah ..


Semenjak tahun 2014 pergerakan kesedaran sosial "The Best Of You" yang dimulakan oleh Julie's telah pun menyedarkan orang ramai untuk menghargai perkara yang sering diabaikan dalam kehidupan kita.. Pergerakan ini bertujuan untuk membolehkan orang ramai berkongsi sebahagian daripada kehidupan mereka supaya kita dapat lebih menghargai antara satu sama lain.. Tema "REIMAGINE" untuk tahun 2018 ingin menyampaikan betapa pentingnya untuk komuniti kita agar membayangkan kemungkinan baru dan bahawa perubahan dapat berlaku sekiranya kita berkongsi pengalaman hidup dan kisah kita.. 


Cerita yang dihantarkan kepada mereka sering menyatakan tentang kepentingan hubungan dalam kehidupan kita , dengan setiap cerita yang berbeza penceritanya mampu menemui sesuatu yang baru tentang hubungannya dengan diri sendiri atau orang lain.. Demi satu perubahan, cerita dan perbualan yang ditampilkan mendesak pembaca untuk membayangkan semula dan juga mengubah persepsinya supaya hubungan dengan komuniti kita dapat diperbaiki..


"The Best Of You 2018" telah menampilkan kompilasi yang mengandungi lebih daripada 100 cerita dan bahan seni yang dihasilkan oleh orang awam, personaliti jemputan dan juga artis yang berbakat.. Pameran ini juga menampilkan aktiviti menulis poskad serta aktiviti-aktiviti interaktif yang lain.. 



Okay Yana ceritakan sedikit mengenai Pergerakan The Best Of You.. Sejak tahun 2014 pengeluar biskut dan makanan ringan Julie's telah memulakan pergerakan The Best You secara rasmi dengan mengumpulkan cerita dari seluruh Malaysia matlamat mereka adalah untuk memberi tenaga positif dan membawa perubahan yang optimis kepada masyarakat demi menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik.. Pergerakan The Best Of You membolehkan komuniti untuk menghargai diri dan antara satu sama lain mengingatkan kita untuk menjadi versi terbaik untuk diri kita dan sentiasa prihatin.. 


Pada tahun ini, The Best Of You meneruskan himpunan setiap kisah kecil demi memperingati individu yang telah bekerja secara diam dan membolehkan masyarakat untuk melihat kerja keras mereka, mengakui dan menghargai setiap individu ini .. Encik Sai Tzy Horng menyatakan bahawa sejak bermulanya pergerakan The Best Of You  masyarakat telah memberikan sokongan yang mereka ada kepada pergerakan ini.. Pergerakan ini juga berjaya mengumpulkan cerita yang menjadi pembakar semangat dan sumber inspirasi kepada orang lain dan secara tak langsung menggalakkan orang lain.. Pameran The Best Of You mempunyai cerita daripada pelbagai lapisan masyarakat.. The Best Of You juga merupakan satu platform bagi mereka untuk berkongsi dan mengakui semangat pergerakan itu.. 




The Best Of You 2018 telah mendapat beberapa cerita yang sangat bermakna buat masa ini.. Jika anda juga berhasrat untuk menyertai semangat pergerakan The Best Of Uou anda hanya perlu memilih medium anda sama ada melalui gambar, video, muzik atau seni.. Muat turun karya anda ke www.thebestofyou.my .. Pergerakan The Best Of You tidak akan berhenti sebab kita perlu menunjukkan cerita yang tak didengari kepada seluruh dunia.. =)




You may also like

No comments:

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^