L ♥ I's Stories: Kenapa Filem Hunter Killer Wajib Ditonton

Kenapa Filem Hunter Killer Wajib Ditonton

/
0 Comments
October 26, 2018

Kenapa Filem Hunter Killer Wajib Ditonton


ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua .. Pada hari Selasa (23 Oktober yang lalu Yana dan beberapa rakan blogger yang lain telah dijemput untuk menonton tayangan perdana filem Hunter Killer yang telah ditayangkan kelmarin pada 25 Oktober 2018 .. Filem Hunter Killer merupakan filem arahan Donovan Marsh dan dibintangi oleh Gerald Butler (Kapten Kapal Selam) dan Gary Oldman yang memegang antara watak utama dalam filem Hunter Killer .. Jom baca |Kenapa Filem Hunter Killer Wajib Ditonton ..


gambar kredit Lia Hasty


Pada awal filem nie Yana agak lost dan tak berapa nak faham apa yang sedang mereka rancangkan sehinggalah nama Hunter Killer dipetik baru Yana dapat faham .. Rupanya kapal selam Hunter Killer dihantar untuk mencari sebuah kapal selam US yang telah hilang dari radar ketika berada di perairan Rusia .. Setelah krew kapal selam Hunter Killer sampai di perairan Rusia mereka telah dapati kapal selam US (Tampa Bay) telah diserang dengan torpedo oleh kapal selam tentera Rusia (Konek) yang telah mengakibatkan semua krew kapal selam US (Tampa Bay) telah meninggal dunia dalam keadaan yang sangat menyedihkan ..


gambar sumber google

Pada masa yang sama kapal selam tentera Rusia masih lagi ada berdekatan dengan mereka .. Serangan yang sama turut dilancarkan kepada kapal selam US (Hunter Killer) namun dengan pengendalian cekap krew kapal selam Hunter Killer mereka berjaya menepis serangan tersebut dan cuba membuat serangan balas namun mereka gagal kerana kapal selam tentera Rusia (Konek) berada di atas lapisan yang membuatkan krew kapal selam Hunter Killer sukar untuk mengesan kedudukan tepat mereka .. Apa yang memeranjatkan kapal selam Rusia (Konek) turut diserang dan membuatkan mereka tumpas namun beberapa krew kapal selam mereka bersama kapten kapal berjaya untuk survive..

Manakala keadaan di darat juga agak genting bila mana berlakunya rampasan kuasa oleh Menteri Pertahanan Rusia Dmirit Durov terhadap Presiden Zakarin yang merangkap Presiden Rusia .. Rusia dan US merupakan seteru masing-masing membenci antara satu sama lain namun pasukan tentera US masih ingin menyelamatkan Presiden Zakarin demi menghalang berlakunya Perang Dunia Ketiga ..


gambar sumber google

Di dasar laut pula kerja-kerja penyelamatan juga dilakukan ketika mana mereka mendapat tahu masih ada yang bernafas di dalam kapal selam Konek milik tentera Rusia .. Kapten kapal selam Hunter Killer mengambil risiko ini atas dasar kemanusian dan dengan harapan mereka dapat membantu krew kapal selam Hunter Killer untuk memasuki perairan Rusia tanpa disedari oleh musuh ..

Berjayakah mereka memasuki perairan Rusia tanpa disedari oleh pihak musuh ? Dapatkah Perang Dunia Ketiga dielakkan ? Bagaimana nasib Presiden Zakarin? Berjayakah Dmirit Durov melancarkan Perang Dunia Ketiga ? Jom saksikan filem Hunter Killer di pawagam berdekatan dengan anda .. =)



Pengajaran daripada filem Hunter Killer :

Satu benda yang Yana berjaya belajar daripada filem ini .. Tak semua perlu dilakukan dengan kekerasan .. Pentingnya nilai persahabatan dan kerjasama antara satu sama lain demi menjayakan setiap apa yang kita nak lakukan ..



Okay itu sahaja daripada Yana kalau nak tahu pengakhiran filem ini silalah tonton di pawagam yang berdekatan anda .. Yana bagi filem nie 5 bintang sebab jalan ceritanya yang menarik dan kemas memukau Yana dan membuat Yana terkesima dengan filem Hunter Killer arahan Donovan Marsh ini .. Good job guys you have my respect =)




You may also like

No comments:

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^