L ♥ I's Stories: Solaria Square Tarikan Terbaru Di Pulau Pinang

Solaria Square Tarikan Terbaru Di Pulau Pinang

/
2 Comments
October 15, 2018

Solaria Square Tarikan Terbaru Di Pulau Pinang

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua.. Haa entri Yana kali nie lebih tertumpu kepada Penang Lang.. Hangpa tau dak mengenai Solaria Square yang terletak di Bayan Lepas dan mengambil masa lebih kurang dua minit sahaja kalau dari Penang International Airport.. Sejujurnya, Yana sendiri pun baru tahu mengenai tempat nie.. Jom baca |Solaria Square Tarikan Terbaru di Pulau Pinang..


Di Solaria Square terdapat pelbagai kemudahan tau seperti kedai dobi, farmasi , kedai menjual barangan, salon pun ada tau dekat sini.. Oh ya, paling best dekat sini ada banyak kedai makan.. Antara kedai makan yang menarik minat Yana ialah Acupaday.. 


Makanan yang disediakan dia Acupuday secara keseluruhan ala ala western.. So kepada penggemar makanan Barat Yana syorkan anda semua cuba makan dekat sini.. Yana sendiri dah cuba dan Yana sangat berpuas hati dengan layanan dan makanan dekat sini.. Jom tengok apa yang Yana makan dekat sini..



House Salad RM19

Okay nie nama dia House Salad,  macam biasalah ada daun salad, tomato ceri hirisan ikan salmon dan ada lah sos salad yang dihidangkan sekali rasa dia sangat yummy! Yana mula-mula agak seriau nak makan salmon tu sebab nampak macam tak masak takut ada bau but tanggapan Yana salah sama sekali gabungan hirisan isi ikan salmon tu memang sangat serasi dan sedap.. Memang berbaloi lah dengan harganya RM19 sahaja =)



Mushroom Soup with Garlic Bread RM10

Ini merupakan menu yang dipilih oleh kawan Yana iaitu Lia Hasty.. Rasa Mushroom Soup nie sangat creamy tapiiiii tak muak gandingan dengan Garlic Bread memang awesome.. Harga cuma RM10 .. Murah lah kan? =)



Tamarind Seabass RM26

Memandangkan Yana taknak ambil makanan yang berat sangat sebab Yana nak makan banyak benda jadi Yana telah memilih Tamarind Seabass sebagai main menu Yana pada hari tu.. tamarind Seabass nie rasa dia seakan asam pedas.. Yana suka dengan rasa nie tak terlalu pedas and takda lah sampai tasteless rasa dia just nice lah orang kata kalau anda semua nak tahu cubalah sendiri.. Memang highly recommended tau.. 



Limone Seabass RM24

Limone Seabasa merupakan menu utama pilihan Lia Hasty.. Sorry, Yana taktau rasa dia macam mana sebab Yana tak sempat cuba.. Yana sibuk dengan Tamarind Bass Yana masa tu.. Kalau nak tahu nak anda semua boleh refer dekat blog Lia Hasty yer Uana bet rasa dia mesti sedap sebab Lia boleh habiskan.. =)




Premium Affogato with Illy RM18

Ini pula merupakan pencuci mulut pilihan Lia Hasty.. Ais krim yang ditabur dengan kacang walnut kalau Yana tak salah disira pula dengan coklat dihidangkan dengan coffee kecil dekat sebelah tu.. Cara makan dia kena tuang coffee dalam bekas kecil tu ke dalam ais krim dan tunggu dia cair sikit then makan.. Kepada penggemar coffee this is a MUST! =)



Illy Tiramisu RM20

Haaa, yang nie meh Yana nak ajar macam mana nak makan.. Kalau tak nanti risiko nak tersedak tu ada hahaha sebab Yana sendiri dah kena hari tu.. Gaul serbuk dekat atas tu baru makan gaul bagi sebati dengan bahagian bawah tu.. Jangan lah sampai semua sekali gaul sikit sikit saja dulu.. Rasa dia memang perghhhh! Sangat heaven.. Yana recommended ..


Green Apple Peach Soda


Caramel Latte Frappe 

Ini pula minuman yang menjadi pilihan kami berdua.. Yana memilih Green Apple Peach Soda manakala Lia memilih Caramel Latte Frappe.. Kedua dua minuman nie memang sedap.. Haha pendek kata semua makanan yang kami berdua cuba dekat sini memang tidak mengecewakan dan highly recommended.. 


Well, sebelum ada yang tanya Yana kedai nie halal ke tidak Yana nak bagitau awal awal kedai nie PORK FREE SAHAJA.. Yana sendiri pi makan takkan lah haram pula kan Yana takda la sejahil tu.. Siapa yang rasa okay dengan Pork Free konsep anda digalakkan untuk cuba makan dekat sini yer =)

Untuk Info Lanjut Boleh Tengok Dekat Sini :

Acupaday
No 2-G-9 , Solaria Residences , Medan Rajawali
11900 Bayan Lepas , Penang .
No Telefon : 010-545-1999
Waktu Operasi : 11:00am - 10:00pm
Facebook : Acupaday



You may also like

2 comments:

  1. first time dengaq Penang Lang, hehehe food dia naiss

    ReplyDelete
  2. aSALAM..TERINGIN NAK KE pp LAH PULA HEHEHEH

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^