L ♥ I's Stories: Travel ke Indonesia , Vietnam & Melbourne in 2019

Travel ke Indonesia , Vietnam & Melbourne in 2019

/
0 Comments
December 31, 2018

Travel ke Indonesia , Vietnam & Melbourne in 2019 

ASSALAMMUALAIKUM ♥

Hai semuaaaa .. Fuh , pejam celik pejam celik kita dah diambang 2019 kan ? Apa azam baru anda semua ? By the way , azam tahun 2018 semua dah tercapai ker ? Hehe .. Okay , bagi Yana tahun 2019 nie in shaa allah Yana nak serikannya dengan pergi melawat negara luar maybe Yana akan start dengan negara jiran dulu .. Jom baca plan Yana untuk 2019 .. | Travel ke Indonesia , Vietnam & Melbourne in 2019 ..


Sepertimana dengan orang lain begitu juga dengan Yana .. Yana teringin sangat nak melawat tempat orang .. Maksudnya something like travel la .. Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan kan? So , untuk tahun 2019 nie Yana ada lah buat wishlist tempat Yana nak pergi tu .. Yana teringin nak pergi negara-negara jiran terlebih dahulu lepas tu kan Yana teringin sangat nak ke Melbourne dengar kata banyak tempat best untuk dilawati dekat sana .. Cakap banyak taknak jom lah baca angan-angan Yana untuk tahun 2019 akan datang nanti ..



Tempat pertama yang Yana teringin nak melawat adalah Indonesia .. Yana pun tak tahu kenapa Yana nak sangat pergi Indonesia nie mungkin sebab banyak tengok sinetron kot .. Yana difahamkan kalau nak ke Indonesia macam lebih sesuai menggunakan khidmat Malindo Air atau turut dikenali sebagai Lion .. Okay , sebelum Yana nak ke sana Yana dah buat beberapa research mengenai Indonesia .. Yana sebolehnya taknak ke bandar Indonesia sebab Yana nie macam nature person .. Haha lebih kuranglah kononnya .. Indonesia kan kaya dengan alam semulajadi yang boleh dikatakan as breathtakingly beautiful gituuu .. Yogyakarta merupakan destinasi yang paling sesuai untuk Yana lawati semasa berada di Indonesia .. After all , Yana tengok kawan-kawan Yana yang dah pernah ke sana gambar mereka semua cantik-cantik tau .. Timbul pula rasa iri hati terus membuak-buak perasaan nie untuk ke sana ..



Yogyakarta ataupun Jogja maybe Yana boleh spend masa dalam 3 hari 2 malam di sana .. Yana nak explore habis bandar Jogja nie .. Di sana Yana boleh buat temple hoping sebab Yana suka tengok senibina setiap temple dan Yana teringin nak tahu akan sejarahnya .. Antara temple yang sering dilawati pelancong dekat sana adalah Borobudur , Prambanan dan Ratu Boko kalau Yana nak ke sini boleh naik bas khas yang digunakan untuk membawa pelancong-pelancong untuk datang ketiga-tiga temple ini .. Selain dari itu Yana jugak boleh melawat Mount Merapi yang terkenal dekat sana tu kalau anda semua nak tahu Mount Merapi merupakan antara gunung berapi yang sangat aktif di Indonesia .. Apa eh aktiviti yang best nak buat dekat sini ? Boleh tengok sunrise dan jalan-jalan dengan menggunakan 4x4 untuk melawati muzium yang mempamerkan letusan gunung berapi ini pada tahun 2010 .. Pada sebelah petang pula Yana boleh ke Kalibiru National Park .. Yana ada google Kalibiru nie sangat cantik tau , kalau anda nak tengok boleh google or cari saja dekat Instagram mesti banyak gambar-gambar dekat Kalibiru nie ..

BOROBUDUR TEMPLE
PRAMBANAN TEMPLE

RATU BOKO

KALIBIRU

Okay , settle dengan Indonesia destinasi seterusnya Yana nak ke Vietnam lah .. Vietnam , Yana nak ke Ho Chi Minh City juga dengan menggunakan Malindo Air .. Nak tahu tak kenapa Yana nak ke Ho Chi Minh City nie ? Kaki shopping mesti tahu sebab Yana nak ke sni .. Yaaaa ! Semestinya untuk shopping lah apa lagi .. Haa , kalau nak tahu dekat sini kita boleh beli pakaian dengan harga yang sangat murah kalau rajin Yana beli banyak-banyak then sampai Malaysia Yana jual dengan harga yang reasonable la .. Yana untung sikit orang yang beli pun tak terasa beban dengan harga tu .. Barang apa eh yang terkenal nak beli dekat sini ? Orang kata , kain pasang English cotton , baju kurung kain English cotton , tudung dengan pelbagai fesyen dan handbag juga kasut .. T-shirt dan jogger pants turut boleh dibeli dekat Ho Chi Minh .. Bab nak mencari makanan halal katanya agak susahlah sikit nak senang bawak lah bekalan yang halal untuk dimakan dekat sana macam roti , biskut and yang paling famous Maggi cup lah ! Heheh .. Sebab nak stay sini sekejap saja so makanan-makanan tu cukuplah untuk bekalkan tenaga nanti balik MalaysiaYana qada lah makan puas-puas heheh ..

HO CHI MINH CITY


Last but not least , Yana nak ke Australia lah .. Okay , dekat Australia Yana nak pergi ke Melbourne ! Banyak tau tempat best dekat sana untuk dilawati .. Macam mana Yana tahu ? Sekarang kan semua maklumat di hujung jari jer apa ada hal .. Heheh .. Antara tempat best tu Sea Life Melbourne Aquarium , Melbourne Zoo untung-untung Yana boleh jumpa kanggaru sebab zoo dekat Malaysia ada ker kanggaru ? Lepas tu satu lagi tempat yang sangat sesuai dengan jiwa Yana  Great Ocean Road entah kenapa Yana macam suka akan pantai dia .. Oh ya , Yana kalau nak pergi Melbourne juga dengan menggunakan Malindo Air .. Mesti anda hairan kan kenapa Yana tak habis-habis dengan Malindo Air .. Sebabnya , Yana nie suka tengok website Malindo Air .. Bila Yana nampak saja Malindo Air buat promotion terus Yana book ! Cuti ? Haha anytime bisa di approve sebab tempat Yana nak cuti tak susah nak OT yang susah hehehe ..

MELBOURNE

Okay itu sahaja daripada Yana .. Doakan hajat Yana nie tercapai within 2019 yer .. =) Apa azam baru anda semua ? Share lah dekat ruangan komen tu , in shaa allah Yana baca =)

p/s : gambar diatas sumber google 


You may also like

No comments:

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^