L ♥ I's Stories: Ketahui Aktiviti Menarik di #PFNT Spring Festival , Design Village Outlet Mall

Ketahui Aktiviti Menarik di #PFNT Spring Festival , Design Village Outlet Mall

/
0 Comments
March 26, 2019

Ketahui Aktiviti yang  Menarik di #PFNT Spring Festival , 

Design Village Outlet Mall 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua , sebelum Yana kongsikan apa aktiviti menarik yang bakal diadakan di Design Village Outlet Mall nie bersempena dengan #PFNT Spring Festival nie Yana terlebih dahulu nak ceritakan apa itu #PFNT Spring Festival nie .. Jom baca |Ketahui Aktiviti yang Menarik di #PFNT Spring Festival , Design Village Outlet Mall ..



Tentang #PFNT Spring Festival

Penang Food & Travel (PFNT) adalah sebuah media cetak percuma secara bulanan yang banyak berkongsi mengenai makanan dan tempat menarik yan ada di Pulau Pinang .. Majalah mereka banyak menceritakan tentang makanan yang lazat di Pulau Pinang dari makanan tepi jalan sampai lah ke tahap ekslusif .. Okay , cukuplah setakat tu Yana ceritakan mengenai PFNT nie nanti bosan pula kalau Yana huraikan dengan lebih details kan ?


#PFNT Spring Festival 2019

#PFNT adalah hashtag Media Sosial yang mereka gunakan untuk mewakili Penang Food & Travel .. Pada tahun ini mereka meraikan festival ini buat kedua kalinya dengan tema "Spring" sebagai salah satu daripada empat musim .. Spring atau dalam erti katta lain membawa maksud musim mekar , banyak dalam kehidupan dan memperkayakan semangat ceria antara semua orang =)

Apakah Tujuan #PFNT Spring Festival 2019 Dianjurkan ?

#PFNT Spring Festival 2019 ini bertujuan untuk mengumpul semua orang daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk bersama-sama menikmati Spring Festival .. Apa yang Yana tahu , untuk festival pada tahun ini mereka menyediakan peluang kepada semua orang untuk menikmati minuman , makanan , permainan , persembahan live band , cabutan bertuah dan juga bengkel turut diadakan sebagai salah satu aktiviti semasa Spring Festival berlangsung di Design Village Outlet Mall nanti ..



Aktiviti & Program:

 • Giveaway Bag Goodies

 "LIKE & SHARE" page Penang Food & Travel (@pgfoodandtravel) dan "Check In" ke Design Village Outlet Mall Social Media page untuk membuat pengimbasan kod QR

 • Social Media Post Contest

 Anda berpeluang untuk memenangi percutian 2D1N pengginapan di hotel 5 bintang baucar buffet , tiket masuk ke tempat yang menjadi tarikan terkenal di Pulau Pinang dan banyak lagi .. Caranya dengan mengambil gambar yang cantik dan baik sepanjang Spring Festival 2019 ini diadakan , semasa nak post ke sosial media anda jangan lupa untuk menggunakan hashtag : #pfnt #pfntspringfestival #pfntsocialmediapostcontest .. Post anda hendaklah di set PUBLIC dan jangan lupa "Check In" Design Village Outlet Mall dekat post tersebut .. 5 pemenang bertuah akan diumumkan pada 8 April 2019 ..

 • "Spend & Draw"

Spend kan duit anda sebanyak RM10 dalam resit tunggal di gerai untuk mendapatkan setem. Kumpulkan sebanyak 5 setem untuk melayakkan diri anda menyertai cabutan bertuah.. 
Hadiah termasuk penginapan 2D1N di Rasa Sayang Resort & Spa Shangri-La, Golden Sands
Resort oleh Shangri-La, G Hotel Kelawai, Buffet Voucher, tiket masuk tempat menjadi tarikan di Pulau Pinang, produk, dan lain-lain.


 • "Workshop"



Brush Lettering Workshop
  • 30 Mac 2019, Sabtu. 1:00 petang hingga 3:00 petang.
  •  Yuran Pendaftaran: RM 100 nett per pax

 *Including a starter pack consisting of a brush pen, practice sheets, art papers and a
 photo frame.




Bengkel Bakul Bunga Ibu Bapa + Kanak-Kanak

  • 30 Mac 2019, Sabtu. 4:00 petang hingga 6:00 petang.
  •  Yuran Pendaftaran: RM 60 nett bagi pasangan (1 orang dewasa 1 kanak-kanak berumur 4-12 tahun)
 *All materials are included. You can bring home the mini flower basket that you have created with your little one.




Cat Pop-Art Meow & Sip

  • 31 Mac 2019, Ahad. 2:30 petang hingga 4:30 petang.
  •  Yuran Pendaftaran: RM 110 nett per pax
 *All painting materials are provided with one (1) beer/coffee/cider and you can take
 your canvas painting home



• Persembahan Live Band:

"Bandwagon 22"
 30 Mac 2019, Ahad 7:00 petang hingga 10:00 malam
 "Acidic Bunch!"
 31 Mac 2019, Ahad 7:00 petang hingga 10:00 malam

 • Pameran Booth

 Nikmati diskaun istimewa dari hotel, spa, tarikan tempatan, hartanah, baucar F&B, makanan
 pensampelan, produk, dan sebagainya

 • Pesta Makanan

Nikmati hidangan tempatan seperti Char Koay Teow, Rojak, Hokkien Mee, Ice Kacang,
Laksa, dan lain-lain. Mereka yang suka pencuci mulut, coffee atau teh, anda pasti akan dapat fix anda punya kempunan tu ..

Okay dekat bawah nie , Yana lampirkan beberapa keping gambar semasa berlangsungnya PFNT Spring Festival di Design Village Outlet Mall ..






Nak tahu tak apa yang paling best sekali anda juga boleh dapat bas ulang-alik secara percuma ke Ikea ! Anda dah tak perlu risau tentang masalah letak kereta. Anda boleh mengambil bas ulang-alik dengan percuma dari Design Village Outlet Mall ke Ikea dan dari Ikea ke Design Village Outlet Mall pada setiap setengah jam. Okay itu sahaja yang Yana nak kongsikan mengenai #PFNT Spring Festival 2019 nie for more info boleh rujuk maklumat di bawah :

Tarikh : 29 - 31 Mac 2019

Tempat : Food Street di Kampung Outlet Mall, 
Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau Pinang.

Masa : Jumaat 5 petang hingga 10 malam
Sabtu & Ahad 11 pagi hingga 10 malam

“It was one of those March days
when the sun shines hot and the wind blows cold,
when it is summer in the light and winter in the shade.”
by Charles Dickens
“Spring is the perfect time to throw a PARTY!”
by Penang Food & Travel


You may also like

No comments:

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^