L ♥ I's Stories: Citarasa Ibunda Buffet Dinner di Hotel Royal Penang

Citarasa Ibunda Buffet Dinner di Hotel Royal Penang

/
0 Comments
May 21, 2019

Citarasa Ibunda Buffet Dinner di Hotel Royal Penang

Haiii semua , sebelum Ramadhan melabuhkan tirai Yana rasa masih sempat lagi untuk Yana kongsikan beberapa lagi buffet Ramadhan yang menarik yang ada di sekitar Pulau Pinang ..Pada entri kali nie Yana nak kongsikan pengalaman Yana berbuka di Hotel Royal Penang .. Jom baca │Citarasa Ibunda Buffet Dinner di Hotel Royal Penang



Macam mana eh Yana nak mulakan ? Okay untuk pengetahuan anda semua Yana dan rakan Yana pernah mencuba buffet Ramadhan di Hotel  Royal Penang pada awal Ramadhan yang lepas .. Ini merupakan kali pertama kami berbuka di sana .. Yana tak sangka makanan yang disajikan untuk buffet Ramadhan sangat menepati selera kampung Yana nie .. Yana sukakan makanan yang simple dan sedikit pedas .. Antara makanan yang menjadi favourite Yana adalah Asam Pedas Daging .. Nak tahu lagi mengenai antara menu yang disajikan bersempena dengan buffet Ramadhan nie sila baca sampai habis yer entri  Yana ..

MENU PEMBUKA SELERA ♥

Ikan Bilis Kacang dengan Tempe , Telur Kuah Kacang , Bergedil , Kerabu Taugeh dengan Kerang , Kerabu Sotong , Kerabu Mangga , Nasi Ulam , Aneka Jeruk , Ulam-Ulaman ,, Rojak Buah-Buahan , Gado-Gado , Daging Kerutup , Aneka Keropok , Telur Masin , Aneka Ikan Masin ,  Sambal Hijau , Sambal Belacan , Sambal Mangga , Cencaluk , Budu , Sambal Thai & Sambal kicap









MENU UTAMA ♥

Nasi Putih , Fried Beehon "Merah" , Rendang Ayam , Asam Pedas Daging , Sambal Udang Petai , Kari Ikan Senangin dengan Bendi , Sotong Goreng Kunyit , Terung Masak Lada , Sayur Kacang Buncis dengan Telur











MENU HAWKER STALL ♥

Sup Ayam with Condiments , & Roti , Bubur Lambuk with Condiments , Mee Kari with Condiments , Kambing with Black Pepper Sauce & Mint Sauce , Nasi Briyani dengan Dhalca Kambing , Ikan Bakar dengan Air Asam & Cili Kicap , Satay Ayam















MENU PENCUCI MULUT ♥

Bubur Kacang Hijau , Aneka Kuih-Muih Melayu Tradisional , Aneka Puding , Aneka Jeli , French Pastries , Brownies & Cream Brulee , Aneka Buah-Buahan , Ais Kacang , dan Ais Krim














MINUMAN ♥

Teh Tarik , Air Soya , Air Jagung & Air Sarsi




Pada hari yang sama semasa Yana berbuka di Hotel Royal Penang , beberapa anak-anak yatim turut diraikan bersempena majlis berbuka puasa yang diadakan untuk mereka .. Agak tersentuh hati Yana apabila melihat mereka sangat tertib walaupun tanpa ibu bapa di sisi .. Alhamdullilah , pada masa yang sama mereka juga turut mendapat sumbangan ikhlas daripada pihak Hotel Royal Penang ♥




Okay sekian sahaja perkongsian Yana mengenai menu buffet Ramadhan di Hotel Royal Penang yang berkonsepkan Citarasa Ibunda ♥ Untuk maklumat lanjut anda boleh refer maklumat di bawah okay .. Sejujurnya Yana cakap , buffet Ramadhan ini memang sangat berbaloi =)

RM78 nett  Dewasa (untuk hari Ahad hingga Khamis)
RM58 nett Warga Emas
RM48 nett Kanak-kanak 

Buffet Ramadan ini bermula 9 May hingga 2 Jun 2019 bermula jam 7.00 hingga 9.30 malam.

Email : info@hotelroyalpenang.com





You may also like

No comments:

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^