L ♥ I's Stories: Ramadhan di Olive Tree Hotel Penang Berkonsepkan Selera Nusantara

Ramadhan di Olive Tree Hotel Penang Berkonsepkan Selera Nusantara

/
2 Comments
May 22, 2019

Ramadhan di Olive Tree Hotel Penang Berkonsepkan 

Selera Nusantara

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii sekali lagi awak semua .. Heheh ~ Banyak pula buffet Ramadhan pada tahun 2019 nie yang Yana nak share dengan anda semua .. Buffet Ramadhan di Olive Tree Hotel Penang merupakan salah satu daripadanya ... Nak tahu more about it ? Jom baca │Ramadhan di Olive Tree Hotel Penang Berkonsepkan Selera Nusantara ♥




Pada Ramadhan kali ini , Olive Tree Hotel Penang mempersembahkan "Selera Nusantara" untuk berbuka puasa di Sukkah Cafe Coffee House .. Buffet mereka menawarkan masakan tradisional seperti Ayam Percik , Gulai Daging Batang Pisang , Kambing Varural , Ketam Masak Lemak Cili Api , Ayam Kalio , Sushi , Dim Sum , Keju Macaroni Bakar dan pelbagai lagi makanan yang akan membuat anda semua menelan air liur ..













Selain itu , terdapat juga beberapa action stall yang berinteraksi secara "live cooking" .. Antaranya ialah Char Koey Teow Ketam , Ikan Bakar dengan Air Asam , Roti John dan Thai Pattaya Kebab .. Manakala , di action yang lain tetamu boleh menikmati makanan-makanan tempatan seperti Kambing Bakar dengan Nasi Mandy , Bubur Lambuk , Sup Tulang , Satay Ayam dan Lembu dan hidangan dari Timur Tengah iaitu Sharwama Ayam .. 








Oh ya , ada juga ruangan "Corner Kids" yang menyajikan Pizza Hawaiian dan Pandan Chicken untuk hidangan kanak-kanak .. 



Sementara itu , sebagai hidangan pencuci mulut terdapat pelbagai pilihan kuih-muih melayu tempatan seperti Abok-Abok Sago , Lompang , Kuih Keria , Buah Melaka Kuih Sago , pelbagai pastri Perancis , Puding Roti & Mentega , Krim Caramel dan buah-buahan segar ..











Bagi mereka yang ingin menunaikan solat , jangan risau kerana kemudahan surau ada disediakan di tingkat 8 ..

Selera Nusantara Buffet Dinner

Tarikh: Dari 13 - 31 Mei 2019 
Masa: 7:00 petang - 10:00 malam
Tempat: Sukkah Coffee House, Aras 2 
Harga: MYR99 nett per dewasa
Untuk pertanyaan, pembelian baucar atau tempahan, sila hubungi :
+604 637 7856 atau 
e-mel : restaurant.mgr@olivetreehotel.com.my



Ramadan Room Deal
Untuk percutian yang tenang bersama orang yang anda sayangi pada bulan Ramadhan ini, lawati Bilik Deluxe kami yang moden dan bergaya untuk percutian Ramadan yang tidak dapat dilupakan.



Ramadan Room Deal - MYR270 + malam kedua RM240 setiap bilik malam termasuk:

  • Sahur (boleh didapati dari 12 malam hingga 5:00 untuk perkhidmatan bilik) atau Sarapan pagi di Sukkah untuk 2 orang
  • Diskaun 20% untuk Makan Malam Buffet Ramadan
  • Makan Malam Buffet Ramadan Percuma untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun
  • Perkhidmatan ulang-alik berjadual 2-way percuma untuk IKEA Penang, Queensbay Mall, Gurney Plaza dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
  • Diskaun 10% untuk perkhidmatan urut di Thai Oasis Family Wellness Centre di Elit Avenue
Untuk maklumat lanjut, boleh refer :

Olive Tree Hotel Penang

No.76, Jalan Mahsuri, 
11950 Bayan Lepas, 
Penang, Malaysia. 

Tel :  +6 04 637 7777 ext.7712  
Fax : +6 04 637 7766

Instagram : @olivetreehotelpenang



You may also like

2 comments:

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^